Pengiraan Umur 2 Tahun Bagi Anak Susuan Mengikut Kalender Hijrah Atau Masihi



SOALAN:
Saya ingin bertanya tentang tahun kiraan bagi anak susuan; adakah mengikut kalendar hijrah atau masihi. Ini kerana saya mengambil anak angkat perempuan, kalau ikut bulan Islam 17/11/2018 cukup umurnya dua tahun tetapi mengikut kalendar masihi 9/12/2018 baru genap dua tahun. Memandangkan adik ipar saya baru bersalin, adakah tidak ada pendapat yang mengatakan boleh mengikut kiraan bulan masihi? Jika ada saya hendak memberikan anak itu untuk disusukan oleh adik ipar saya supaya saya menjadi mahram anak angkat tersebut.

JAWAPAN:

Firman Allah ﷻ:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah al-Baqarah: 233)

Ayat ini menunjukkan bahawa had umur fitam (فِطام) atau putus susu adalah dua tahun. Kriteria ini juga digunakan untuk meletakkan had maksimum umur untuk menjadikan mahram akibat penyusuan. Ini disokong oleh ayat lain yang menyebut:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: 14)

Imam Syafie menerangkan dalam al-Umm (7/108) bahawa Syarak menggunakan kriteria bulan Qamariyyah atau hilaliyyah dalam penentuan hukum Syarak. Ini kerana kriteria bulan mengikut hilal itu lebih makruf dalam kalangan manusia, khususnya masyarakat sewaktu diturunkan wahyu berbanding sistem-sistem lain, termasuklah dalam pengiraan tahun bagi penyusuan. Beliau menguatkan konsep ini dengan firman Allah ﷻ:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah (peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji.” (Surah al-Baqarah: 189)

Oleh itu, mazhab al-Syafie menetapkan bahawa syarat sah pemahraman melalui penyusuan ialah susuan di bawah umur dua tahun Qamariyyah. Berkata Imam al-Nawawi:

وَيُعْتَبَرُ الْحَوْلَانِ بِالْأَهِلَّةِ
“Dan diambil kira dua tahun itu mengikut kiraan anak-anak bulan.” [Raudhah al-Tolibin (9/7)]

Begitu juga hadith, al-Daraqutni meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لاَ رَضَاعَ إِلاَّ مَا كَانَ فِى الْحَوْلَيْنِ
“Penyusuan adalah dalam lingkungan umur dua tahun.” [Riwayat al-Daraqutni (4/174)]

Di dalam hadith yang lain daripada Ummu Salamah R.Anha, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لاَ يُحَرِّمُ مِنَ الرَّضَاعَةِ إِلاَّ مَا فَتَقَ الأَمْعَاءَ فِى الثَّدْىِ وَكَانَ قَبْلَ الْفِطَامِ
“Anak susuan tidak menjadi mahram melainkan sebab susu yang masuk ke dalam perutnya semasa menyusu sebelum anak itu bercerai daripada tetek.” [Riwayat al-Tirmidzi (1152)]

Maksud bercerai daripada tetek adalah sebelum anak itu mencapai usia dua tahun, sebagaimana firman Allah SWT yang lalu.

Seterusnya hadith, daripada Aisyah R.Anha, katanya:

أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا رَجُلٌ، فَكَأَنَّهُ تَغَيَّرَ وَجْهُهُ، كَأَنَّهُ كَرِهَ ذَلِكَ فَقَالَتْ: إِنَّهُ أَخِى. فَقَالَ: انْظُرْنَ مَا إِخْوَانُكُنَّ، فَإِنَّمَا الرَّضَاعَةُ مِنَ الْمَجَاعَةِ
“Nabi SAW masuk menemuinya ketika dia bersama-sama seorang lelaki. Wajah Baginda berubah seolah-olah membenci keadaan itu. Lalu Aisyah berkata: “Dia ialah saudara susuanku.” Baginda pun bersabda: “Pastikan siapa saudara kamu, penyusuan hanya semasa anak kecil berasa lapar.” [Riwayat al-Bukhari (4814) dan Muslim (1455)]

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa antara syarat-syarat sah pemahraman melalui cara susuan ialah hendaklah bayi yang disusukan itu berumur bawah dua tahun Qamariyyah.

Inilah pendapat majoriti fuqaha' daripada kalangan ulama mazhab Syafie, Hanbali dan Abu Yusuf serta Muhammad al-Syaibani daripada mazhab Hanafi. Manakala menurut mazhab Maliki, mereka memberikan kelonggaran sehingga dua tahun dua bulan jika bayi berkenaan tidak berhenti susu sebelum dua tahun kerana memakan makanan lain selain susu. Begitu juga pendapat Abu Hanifah, beliau meletakkan had maksimum kepada dua tahun setengah. Dalil yang beliau gunakan ialah ayat al-Quran:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut); ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu.” (Surah al-Nisa’: 23)

Menurut beliau, Allah ﷻ menetapkan bahawa kemahraman akibat penyusuan berlaku secara mutlak tanpa dipengaruhi dengan tempoh penyusuan, melainkan sebenarnya terdapat dalil bahawa tempoh penyusuan selepas dua tahun setengah bukan yang dimaksudkan tetapi tiga puluh bulan berdasarkan ayat:

وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” [Rujuk Bada’i` al-Sona’i` (4/6) oleh Imam al-Kasani]

Terdapat pandangan yang diutarakan oleh Syeikh Ibn Taimiyyah daripada mazhab Hanbali bahawa sebahagian ulama' Salaf seperti Ummul Mukminin Aisyah, Atho’ dan al-Laith, mengatakan bahawa boleh memberikan susu badan kepada individu yang berusia lebih dua tahun ke atas dengan tujuan pemahraman dengan syarat hendaklah terdapat keperluan terhadapnya seperti anak yang telah diasuh sejak kecil. Ini berdasarkan hadis daripada Aisyah R.Anha:

أَنَّ سَالِمًا مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ كَانَ مَعَ أَبِي حُذَيْفَةَ وَأَهْلِهِ فِي بَيْتِهِمْ فَأَتَتْ تَعْنِي ابْنَةَ سُهَيْلٍ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنَّ سَالِمًا قَدْ بَلَغَ مَا يَبْلُغُ الرِّجَالُ وَعَقَلَ مَا عَقَلُوا وَإِنَّهُ يَدْخُلُ عَلَيْنَا وَإِنِّي أَظُنُّ أَنَّ فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْضِعِيهِ تَحْرُمِي عَلَيْهِ وَيَذْهَبْ الَّذِي فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ فَرَجَعَتْ فَقَالَتْ إِنِّي قَدْ أَرْضَعْتُهُ فَذَهَبَ الَّذِي فِي نَفْسِ أَبِي حُذَيْفَةَ
“Sesungguhnya Salim bekas hamba Abu Hudzaifah, bersama Hudzaifah, dan isterinya tinggal serumah. Maka anak perempuan Suhail (iaitu isteri Abu Hudzaifah) datang menemui Nabi ﷺ, dia berkata; “Sesungguhnya Salim telah dewasa dan berfikir seperti orang yang sudah dewasa, akan tetapi dia masih bebas masuk menemui kami, sesungguhnya saya khuatir dalam diri Abu Hudzaifah ada sesuatu.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda kepadanya: “Susuilah dia, sehingga dia akan menjadi mahrammu, dengan begitu akan hilang apa yang menjadi fikiran Abu Hudzaifah.” Tidak lama kemudian, dia kembali dan berkata: “Sesungguhnya saya telah menyusuinya, maka hilanglah fikiran yang bukan-bukan dari diri Abu Hudzaifah.” [Riwayat Muslim (2637)]

Disebut dalam riwayat Imam Malik dalam al-Muwatto bahawa Rasulullah ﷺ bersabda dalam kes di atas:

أَرْضِعِيهِ خَمْسَ رَضَعَاتٍ، فَيَحْرُمُ بِلَبَنِهَا
“Hendaklah anda menyusukannya sebanyak lima kali susuan barulah menjadi mahram dengan susuan anda.” [Riwayat Malik (12)]

Manakala hujah jumhur ulama', seperti mana yang dinukilkan daripada Imam al-Nawawi dalama seperti berikut: “Majoriti ulama' berhujah dengan firman Allah Taala..:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah al-Baqarah: 233)

...dan dengan hadis yang disebut oleh Imam Muslim (telah disebutkan di atas) bahawa penyusuan hanya semasa anak kecil berasa lapar, dan dengan hadis lain yang masyhur, dan para ulama' majoriti itu menanggungkan maksud hadis Sahlah ini ke atas bahawasanya ini adalah kes khusus untuk beliau dengan Salim. Imam Muslim juga telah meriwayatkan bahawa Ummu Salamah dan sekalian isteri Rasulullah ﷺ (selain Aisyah) berpendapat yang berbeza dengan Aisyah tentang ini. Wallahua’lam.” [Rujuk al-Minhaj Syarh al-Nawawi `Ala Muslim (10/30-31)]

Berdasarkan penerangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa para ulama' bersepakat bahawa pengiraan tahun dalam hukum penyusuan adalah berdasarkan kalendar bulan (Hijriyyah) dan bukannya kalendar matahari, sama ada Masihi atau selainnya. Manakala para ulama' berbeza pendapat tentang penentuan had umur yang mengharamkan pernikahan dengan penyusuan sama ada dua tahun, dua tahun dua bulan atau dua tahun setengah. Sebahagian ulama' membenarkan pada umur yang lebih daripada itu apabila terdapat hajat mendesak. Semoga penjelasan ini dapat memberikan jawapan kepada penanya. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/pengiraan-umur-2-tahun-bagi-anak-susuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Anak Mama Nyanyi Masa Umur 2 Tahun

Video Anak Mama Nyanyi Masa Umur 2 Tahun

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 570 hits
Bila buka FB arini keluar post mama 9 tahun dulu Video Anak Mama Nyanyi Masa Umur 2 Tahun lagu Are You Sleeping Sambil main guitar Mama suka sangat video ni Dari dulu lagi So harini nk share kat sini lah Ni masa Umur dia 2 Tahun Hidung teng...
Anak Anda Lahir Waktu Pagi Atau Malam Ketahui Peribadi Anak Anda Mengikut Waktu Lahir

Anak Anda Lahir Waktu Pagi Atau Malam Ketahui Peribadi Anak Anda Mengikut Waktu Lahir

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 304 hits
Siapa sangka waktu bayi lahir boleh memberi pengaruh besar terhadap keperibadiannya sehingga dia dewasa Mari lihat berdasarkan waktu bila anak anda lahir Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan Mungkin sukar untuk ...
Tergamak Buat Isteri Anak Lelaki Macam Ni Isteri Anak Berumur 11 Tahun Dikerat Lapan Oleh Suami

Tergamak Buat Isteri Anak Lelaki Macam Ni Isteri Anak Berumur 11 Tahun Dikerat Lapan Oleh Suami

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 2698 hits
SUSULAN penemuan mayat dikerat lapan di Kampung Ladang Krubong Melaka petang semalam seorang lelaki warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan Suspek dipercayai telah membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum mengerat anggota badan man...
Kalau Pernah Bagi Air Teh Atau Air Kopi Pada Anak Sila Hentikan Segera

Kalau Pernah Bagi Air Teh Atau Air Kopi Pada Anak Sila Hentikan Segera

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 499 hits
Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental kanak kanak Oleh itu diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak anak kecil ini...
Apa Kita Kena Buat Bila Anak 7 Tahun By Daie Hadhari

Apa Kita Kena Buat Bila Anak 7 Tahun By Daie Hadhari

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 429 hits
Apa kita kena buat bila anak 7 tahun by Daie Hadhari Dhia next year 7 tahun bila mummy terbaca artikel ni Rasa menarik pulak Banyak ilmu baru dari perkongsian Daie Hadhari ni Dan artikel ni sebenarnya mummy terima dari group WhatsApp Apa ki...
Senarai Kerja Rumah Mengikut Usia Anak Latih Anak Buat Kerja Rumah Agar Besar Tak Jadi Raja

Senarai Kerja Rumah Mengikut Usia Anak Latih Anak Buat Kerja Rumah Agar Besar Tak Jadi Raja

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 601 hits
Senarai kerja rumah mengikut usia anak Latih anak buat kerja rumah agar besar tak jadi raja Semalam berdebat dengan pelajar MF sambil sambil layan diorang buat kerja saja duduk sembang sembang Ada pelajar MF dok cakap pasal couple dan awek ...
Kesan Susi Pudjiastuti Lima Tahun Jadi Anak Buah Jokowi Di Kabinet

Kesan Susi Pudjiastuti Lima Tahun Jadi Anak Buah Jokowi Di Kabinet

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 217 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti tak bisa berkata banyak saat ditanya kesannya lima tahun bekerja bersama Presiden Joko Widodo atau Jokowi di kabinet Menurut dia terlalu banyak kesan yang didapatnya selama menjadi menteri Jok...
Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 591 hits
Pendarahan selepas bersalin adalah punca utama kematian ibu di kebanyakan negara di seluruh dunia Pendaftaran Obstetrik Kebangsaan telah melaporkan pada tahun 2012 kadar pendarahan serius selepas bersalin adalah 0 09 iaitu masih di bawah pa...
12 Tahun Lagi Mungkin Ibu Hamil Boleh Lahirkan Anak Di Angkasa Lepas Pakar

12 Tahun Lagi Mungkin Ibu Hamil Boleh Lahirkan Anak Di Angkasa Lepas Pakar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 383 hits
Pakar tidak tolak kemungkinan bayi pertama bakal dilahirkan di ruang angkasa lepas dalam tempoh 12 tahun akan datang Dr Egbert Edelbroek yang merupakan pengasas dan Ketua Eksekutif Spaceborn United berkata mereka sedang merancang satu misi ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids