Pengiraan Hari Raya Mungkinkah Hari Raya Tahun Ini Jatuh Pada 2 Mei 2022
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
PENGIRAAN HARI RAYA, MUNGKINKAH HARI RAYA TAHUN INI JATUH PADA 2 MEI 2022. Gempar hari ini bila ada sesetengah pihak telah mendakwa dan menetapkan penetapan hari raya jatuh pada 2 Mei 2022 bersamaan hari isnin yang sebelum ini diikutkan takwim hijrah raya tahun ini adalah pada 3 Mei 2022 iaitu hari selasa.
Hal ini adalah suatu yang menggemparkan bagi umat islam bukan sahaja di Malaysia bahkan luar negara kerana terdapat beberapa fenomena alam yang boleh mempengaruhi penetapan hari raya.
Raya Tahun Ini Adakah Pada 2 Mei Atau 3 Mei 2022?
Bermula dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan agama Indonesia, menurut mereka perkiraan hari raya bagi mereka akan jatuh pada 1 Mei 2022. Hal ini adalah selepas penyelidikan keatas pergerakan bulan oleh Kementerian agama Indonesia menemui bahawa mereka mungkin akan beraya pada 1 Mei 2022.
2 Mei atau 3 Mei kita berhari raya ?
Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan menyambut hari raya Aidilfitri. Ketika ini, telah timbul isu tarikh sebenar Aidilfitri 1443 Hijrah sama ada 2 Mei 2022 atau 3 Mei 2022.
Ada pihak yang mendakwa Aidilfitri akan jatuh pada 2 Mei walaupun yang tertera di dalam takwim pada 3 Mei.
Persoalannya,Yang mana satu betul?
Secara teknikalnya, Bulan akan memasuki fasa Bulan baru atau ijtimak pada 1 Mei 2022, jam 04:38 AM manakala cerapan hilal (anak Bulan) Syawal 1443 akan dilaksanakan pada petang 1 Mei 2022 tersebut atau bersamaan 29 Ramadan 1443 hijrah.
Bagi menentukan masuknya awal bulan baru di dalam takwim hijrah, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (cerapan) dan Hisab (kiraan) berpandukan syarat kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :-
– Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) keduanya tidak kurang dari 6.4 darjah.
Kriteria ini merupakan kriteria yang baru digunakan bermula tahun 1443 hijrah.
Sebelum ini, kriteria yang digunakan adalah :-
– Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 2 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) keduanya tidak kurang dari 3 darjah.
Atau ,
– Ketika Bulan terbenam, umurnya tidak kurang dari 8 jam selepas waktu ijtimak ( fasa Bulan baru ) berlaku.
Jika hilal kelihatan pada 29 haribulan hijrah ; kita akan memasuki bulan baru hijrah.
Jika hilal tidak kelihatan tetapi keadaan Bulan telah memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan ;
Kita akan memasuki bulan baru.
Jika hilal tidak kelihatan dan keadaan Bulan tidak memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah, sesuatu bulan hijrah itu akan digenapkan menjadi 30 hari.
Jika seseorang mendakwa melihat hilal, ia perlu melaporkan kepada pihak berautoriti bagi menetusahkan sama ada apa yang didakwa itu betul – betul hilal atau sebaliknya melalui bukti gambar, kesaksian dan sebagainya. Keputusan rasmi akan diumumkan penyimpan mohor besar Raja – Raja melalui media bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
Berbalik kepada topik utama iaitu bila Aidilfitri 1443 Hijrah. Disini saya sediakan sedikit analisis ringkas berkenaan keadaan Bulan pada hari cerapan hilal Syawal 1 Mei 2022 nanti berpandukan data kiraan Astronomi.Data yang diambil adalah data Bulan bagi Tanjung Cincin, Pulau Langkawi, Kedah.
Tanjung Cincin dipilih kerana ia merupakan titik rujukan paling barat di Malaysia yang diambil kira oleh JAKIM dan JUPEM manakala Tanjung Atiam, Lahad Datu, Sabah pula lokasi paling timur. Semakin ke barat, semakin tinggi peluang hilal kelihatan.
Analisis :-
Ketika Matahari terbenam di Tanjung Cincin pada 1 Mei 2022 ;
– Altitud Bulan sekitar 5.27 darjah di atas ufuk.
– Jarak lengkung ( elongasi ) Bulan ~ Matahari sekitar 5.64 darjah.
Walaupun altitud Bulan telah melepasi syarat kriteria Imkanur Rukyah iaitu tidak kurang dari 3 darjah tetapi jarak lengkung ( elongasi ) masih dibawah syarat tidak kurang dari 6.4 .
Ini menunjukkan, keadaan Bulan pada 1 Mei 2022 itu tidak memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah sepenuhnya seperti yang didakwa sebahagian pihak. Kredit : Facebook Muhammad Syafiq
Kesimpulannya,
Kebarangkalian untuk hilal kelihatan pada hari cerapan iaitu pada 1 Mei 2022 agak rendah atas banyak faktor seperti keadaan Bulan yang rendah di ufuk akan diganggu serakan cahaya Matahari, faktor cuaca, langit berawan dan sebagainya.
Kebarangkalian tinggi Ramadan 1443 Hijrah akan digenapkan menjadi 30 hari. 2 Mei 2022 hari terakhir berpuasa dan 3 Mei 2022 kita akan menyambut hari raya Aidilfitri.
Apa – apa pun, kita tunggu pengumuman rasmi.
Pandangan JAKIM Mengenai Penetapan Hari Raya
Penetapan Hari Raya, Tunggu Pihak Autoriti Untuk Penetapan
Masyarakat islam tidak perlulah panik berkenaan penetapan hari raya. Ini adalah kerana kita hanya perlu tunggu pengumuman rasmi. Jangan diikutkan sebaran palsu mengenai penetapan hari raya.
PENGIRAAN HARI RAYA, MUNGKINKAH HARI RAYA TAHUN INI JATUH PADA 2 MEI 2022
Mr Mizan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/04/pengiraan-hari-raya.html