Penginapan Selesa Dan Nyaman Sepanjang Perjalanan Ke Gunung Bromo


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Baru dapat nak update lagi tentang percutian Maha ke Gunung Bromo bulan lepas punyalah lama. Korang boleh baca post sebelum ini beberapa lokasi pelancongan menarik yang korang boleh pergi bila ada kat daerah Pasuruan ini selain Bromo tu. Post kali ni pulak Maha nak kongsi beberapa tempat penginapan yang korang boleh pilih jika datang bercuti di sana ada yang dekat ada yang jauh sikitlah. 
Ada yang bajet murah dan juga ada yang bajet mewah. Macam biasa korang boleh pilih ikut kemampuan dan juga tujuan utama korang datang bercuti ke sana. Maha cuma senaraikan sahaja apa yang Maha dan tengok sendiri dan juga tinggal sepanjang bercuti di sana. Mungkin korang ada tempat lain yang lebih seronok dan murah. Jom kita lihat senarai yang Maha pernah pergi

Royal Tretes View Hotel and Convention
Bayangkan pemandangan yang menakjubkan dari Gunung Welirang dan Gunung Arjuno, taman tropika hijau romantis dan suasana yang tenang. Royal Tretes View Hotel & Convetion menawarkan lokasi yang indah serta bilik-bilik yang bergaya dan luas, dan suasana yang tenang. Ini terbukti bila masa Maha sampai sahaja tengok pemandangan luar hotel dari lobi sangat menggkagumkan. Tambah lagi kalau waktu pagi dengan kabus dan juga pemandangan matahari. 





Hotel ini menawarkan lokasi yang menakjubkan yang menghadap pegunungan, di kawasan Tretes yang tenang, di Prigen Jawa Timur. Lebih kurang satu jam perjalanan dari Surabaya. Ruang yang luas digabungkan dengan setiap keselesaan moden di setiap bilik. Kalau korang nak percutian yang indah dan akan menghabiskan masa korang di kamar hotel ini adalah pilihan yang sempurna. Korang boleh lihat detail harga dan promo di laman sesawang mereka https://www.royaltretesview.com

Inna Tretes Hotel & Resort
Ini juga adalah salah satu hotel yang sangat menarik bagi Maha bukan sahaja bilik tapi juga dekorasi tamannya. Kat sini korang dapat lihat mereka binakan taman Little Kyoto yang berlatarbelakangkan pemandangan gunung yang sangat cantik dan indah. Sesuai untuk bergambar kenang-kenangan. Juga diserikan dengan deruan air terjun daripada sumber mata air pergunungan di salur terus ke hotel dan kolam renang mereka yang luas. Juga kat sini ada satu gua namanya Goa Jepang yang menjadi peninggalan sejarah semasa zaman pemerintahan dan masih boleh dilihat dengan jelas tapi tidak boleh masuk






INNA Tretes adalah hotel bertaraf tiga bintang yang menawarkan 70 bilik terdiri daripada 2 suite, 34 deluxe dan 34 bilik standard. Persekitaran Tretes yang tenang dan berangin adalah pilihan yang ideal untuk pertemuan intim, seminar dan bengkel. Kemudahan jamuan disediakan untuk menampung sehingga 250 peserta. Ia terletak 2700 kaki di atas paras laut dan dikelilingi oleh keindahan pemandangan semulajadi,iaitu Gunung Welirang dan Gunung Arjuno. Ia hanya mengambil masa satu jam perjalanan dari Surabaya. Kalau nak info lanjut boleh layari laman sesawang mereka http://www.innatretes.com.

Surya Hotel & Cottage 
Hotel ini mempunyai 137 bilik hotel, suite dan kotej, dengan 44 bilik design moden klasik, 94 bilik Surya yang baru diubah suai dan cottages yang direka sebagai bilik minimalis pintar. Sangat selesa untuk pelancong yang datang dengan urusan perniagaan atau percutian bulan madu. Terletak di kawasan resort gunung Pasuruan - Jawa Timur dalam lingkungan 4.2 hektar.






Reka bentuk hotel ni menarik dan kalau korang perasan di bahagian luar hotel di binakan replika Candi. Hotel ni konsep modern dan juga lebih menarik serta selesa dengan dekorasi yang simple. Kalau rasa nak cuba menginap kat sini boleh lah layari laman sesawang mereka https://www.suryahotelprigen.com.

Taman Dayu Golf Club & Resort
Taman Dayu Golf Club dibuka pada tahun 1995, kelab golf yang mesra keluarga dan terletak di kaki bukit hijau Gunung Welirang. Kelan golf ini adalah sebahagian daripada resort bersepadu yang merangkumi 600 hektar tanah utama termasuk perumahan dan juga banglo. Ini adalah sesuai untuk mereka kaki golf yang memang suka akan sukan ini dan juga percutian mewah dan bergaya.







Taman Dayu menggabungkan kehijauan tropika dan prestij antarabangsa dalam suasana pemandangan yang indah, pada ketinggian 300 hingga 800 meter yang segar dan sejuk di lereng Prigen. Maha cuma singgah jer lah sini tak mampu nak bermalam kat sini hehehe tapi kalau korang nak nikmati ala bintang atau orang koporat boleh lah layari laman sesawang mereka https://www.tamandayu.com.

Ancala Inn Bromo
Tempat penginapan Ancala Inn adalah tempat tidur dan sarapan yang sangat berdekatan pergunungan Bromo. Hotel ini adalah sangat murah untuk kaki pendaki yang hanya datang untuk naik ke gunung. Bilik selesa walaupun tak besar mana tapi boleh lah untuk sekadar merehatkan diri diwaktu malam selepas penat mendaki. Kesejukan semulajadi di sini tidak memerlukan sebarang kipas dan air mandian sangat sejuk yer.



Kalau menginap di sini korang boleh nikmati pemandangan kampung di sekeliling dan juga gunung ganang, kemudian berjalan ke pasar tradisional dan menatap malam berbintang. Manariknya hadapan bilik hotel ada taman sayur-sayuran yang diusahakan oleh pekerja hotel ini. Sebab sini kawasan sejuk jadi memang sangat menjadi tanaman mereka. Dari sini lah kami semua hari tu tinggal sebelum menaiki jep khas ke Gunung Bromo. Kena bangun awal pagi pukul 3.00 pagi waktu Indonesia untuk bergerak ke sana.




Jangan dibandingkan Ancala dengan hotel-hotel lain yang Maha ceritakan kat atas tadi. Cuma sini lebih dekat dan juga dapat berehat dengan selesa pun dah ok. Mungkin bajet rendah boleh lah bermalam di sini dalam lingkungan harga lebih kurang RM94 sahaja satu malam. Boleh booking kat laman sesawang mereka di http://ancalabromo.com.

Jadi ini adalah beberapa penginapan yang menarik sekiranya korang melalui daerah Pasuruan untuk sampai ke Gunung Bromo ni. Ada yang mahal ada yang bajet dan ada juga yang cantik mengutamakan hiasan dekorasi atau juga keselesaan bilik. Masih ada banyak lagi tempat lain yang korang pernah tinggal boleh kongsikan diruangan komen di bawah. Mana tahu ia membantu kawan-kawan lain yang juga mencari tempat penginapan jika nak bercuti ke sana. Selamat bercuti dan selamat berjalan-jalan.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/10/pilihan-penginapan-selesa-dan-nyaman-pasuruan-bromo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Tips Tidur Nyaman Di Pesawat Saat Perjalanan Jauh

4 Tips Tidur Nyaman Di Pesawat Saat Perjalanan Jauh

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 278 hits
4 tips agar tidur di pesawat saat perjalanan jauh terasa nyaman
Jus Oren Dua Bahan Kurangkan Mual Muntah Perut Tak Selesa Sepanjang Hamil

Jus Oren Dua Bahan Kurangkan Mual Muntah Perut Tak Selesa Sepanjang Hamil

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 550 hits
Bagi wanita mengandung yang mempunyai alahan teruk apa saja makanan yang masuk mesti akan keluar balik Betul tak Tak kisahlah selepas makan atau minum kalau yang jenis muntah memang akan fobia Bila kerap muntah badan akan menerima kesannya ...
Bajetkedah2020 Isu Gunung Pulai Baling

Bajetkedah2020 Isu Gunung Pulai Baling

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 194 hits
SELASA ALOR SETAR Menteri Besar Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir telah mengadakan perbincangan bersama pihak Yayasan Islam Negeri Kedah Holdings Sdn Bhd serta Jabatan Mineral dan Geosains mengenai usaha untuk mengubah kawasan kuari di G...
Lokasi Sulit Dijangkau Kebakaran Gunung Di Karawang Hanguskan 50 Hektare

Lokasi Sulit Dijangkau Kebakaran Gunung Di Karawang Hanguskan 50 Hektare

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 174 hits
Kepala Pelaksana Badan Penanggulangan Bencana Daerah Karawang Asep Wahyu mengatakan lokasi kebakaran yang berada di dataran tinggi antara dua gunung sulit ditembus mobil pemadam kebakaran hingga ketitik lokasi
2 Pendaki Asal Jambi Hilang Di Gunung Dempo Sejak 8 Hari Lalu

2 Pendaki Asal Jambi Hilang Di Gunung Dempo Sejak 8 Hari Lalu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 328 hits
Kepala Basarnas Pagaralam Alfariz mengungkapkan jejak tersebut diantaranya barang barang yang disinyalir milik kedua pendaki seperti baju celana sandal dan celana dalam Lokasi penemuan berada di pelataran sebelum puncak Gunung Dempo
Pendakian Ke Gunung Lawu Sementara Ditutup Akibat Badai

Pendakian Ke Gunung Lawu Sementara Ditutup Akibat Badai

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 157 hits
Semua jalur pendakian Gunung Lawu ditutup per Minggu sore hingga Senin Hal ini dikarenakan adanya badai yang tengah menerjang area Gunung Lawu
Ribuan Warga Kaki Gunung Semeru Di Batu Diungsikan Akibat Angin Puting Beliung

Ribuan Warga Kaki Gunung Semeru Di Batu Diungsikan Akibat Angin Puting Beliung

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 200 hits
Ribuan warga desa di kaki Gunung Semeru di Kota Batu diungsikan akibat angin puting beliung yang terjadi terus menerus sepanjang hari
Kawasan Gunung Ranti Banyuwangi Kembali Terbakar 4 Wisatawan Nekat Mendaki

Kawasan Gunung Ranti Banyuwangi Kembali Terbakar 4 Wisatawan Nekat Mendaki

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 203 hits
Usai Maghrib sekitar pukul 18 20 api makin membesar dan merembet hingga ke sisi barat hutan Api mulai mencapai ke arah timur yang memiliki luas hutan sekitar 10 Hektar
Hutan Di Plawangan Senaru Gunung Rinjani Terbakar Pendakian Ditutup Untuk Sementara

Hutan Di Plawangan Senaru Gunung Rinjani Terbakar Pendakian Ditutup Untuk Sementara

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 262 hits
Buat yang mau mendaki Rinjani sebaiknya jangan ke sana dulu ya Ubah jadwal kamu sampai Gunung Rinjani aman
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization