Penginapan Di Svolvaer Lofoten Yang Mesra Kanak Kanak Aurora Terang Sangat Di Sini


P.s : ‘Booking Link’ dengan diskaun 10% ada di hujung post
Hari ini saya nak kongsikan tentang penginapan kami di Lofoten, yang duduk dari dalam bilik saja pun boleh nampak dan ambil gambar Aurora.
Kami bermalam di pekan Svolvaer untuk hari pertama dan 2 malam terakhir. Kabin hotel ini bernama Anker Brygge.
Ianya menggunakan konsep rumah seperti kabin nelayan (fisherman cabin atau orang sini panggil Rorbu)
Lofoten sebenarnya merupakan kepulauan perkampungan nelayan.
‘An archipelago draped by Norwegian Sea’
Rumah para nelayan kebanyakannya memang sama rupa, dan ada 2 warna yang sama iaitu sama ada rumah warna merah, atau rumah warna kuning ‘mustard’
Ciri Kabin Hotel Anker Brygge Dalam kabin rumah kecil ini ada :
✅ 2 bilik tidur yang setiap satunya dilengkapi bilik air (satu bilik di bawah dan satu di atas)
✅ Ruang tamu beserta TV
✅ Ruang makan yang bersambung dengan dapur kecil
✅ Dapur yang lengkap dengan alatan memasak, peti ais kecil dan ‘freezer’ kecil dalamnya, microwave, ‘dishwasher’, ‘coffee maker’ dan lengkap dengan pinggan mangkuk, gelas dan mug.
‘Dishwasher’ itu memang seronok betul lah. Habis makan, susun saja periuk, pinggan mangkuk, cawan semua dalam itu. Dia basuh bersih. Tanggal segala minyak.
Ruang tamu kabin hotel. Penting untuk kami anak 4 sebab di sini lah tempat rehat sebentar selepas sakan main salji di luar
Ruang tamu terus nampak dapur
Dapur lengkap. Meja tepi itu adalah meja makan yang boleh dibuka – macam konsep meja ikea
Dishwasher. Lepas makan, susun semua pinggan mangkuk periuk sudu garfu. Kemudian tekan butang mula dan ianya akan tolong basuhkan. Licin bersih.
Peti ais mini lengkap dengan ‘freezer’. Tinggi baby Hajar saja (baby Hajar waktu ini umur 8 bulan)
Bilik tidur utama di tingkat bawah. Lengkap bilik air.
Bilik tidur di tingkat atas untuk anak-anak. Tengok Aurora dari bilik ini lebih menarik sebab nampak pemandangan atas.
Setiap bilik tidur dilengkapi bilik air dan bilik mandi yang panas. Pijak lantai rasa panas di musim sejuk. Alhamdulillah.
Kanak-kanak dibenarkan duduk percuma di kabin hotel ini.
Cumanya sebab kami bawa 4 anak, kami kena ambil 2 rumah.
Kata pengurusan, 1 rumah kabin hanya membenarkan maksima 5 penghuni. Lebih seorang walaupun baby pun tak boleh ‘nego’.
Ia peraturan di sini.
Syukur kami bawa mak apak sekali, jadi tak perlu lah kami suami isteri duduk rumah berasingan. 1 rumah untuk mak apak, 1 rumah adalah kami.
Syukur Alhamdulillah sangat-sangat sepanjang kami bermalam di sini, memang mudah sangat jumpa Aurora.
Mudah erti kata tengok dari dalam bilik saja pun boleh nampak ia menari-nari membesar menyeluruhi alam. (spread into the sky)
Pemandangan Aurora dari tingkap bilik atas, bilik anak-anak
Subhanallah sangat-sangat!
Andai kalian ke sini, saya sarankan minta bilik yang betul-betul di tepi gunung, bernombor 229 atau 230.
Pemandangan sambil menyusukan baby Hajar di bilik utama, bilik 230. Subhanallah.
Harganya sama saja dengan bilik yang terlindung. Jadi elok minta terus bilik yang punya pemandangan cantik.
Ini juga kerana kebiasaannya Aurora muncul dari arah gunung, ‘view’ berlatarbelakangkan gunung pula memang sangat cantik.
Kami bermalam di sini 2 kali.
Kali pertama masa baru sampai Lofoten. Lapangan Terbang Svolvaer adalah dalam 10 minit ‘drive’ dari sini.
Kali kedua adalah selepas balik dari Leknes. Alhamdulillah kali kedua ini yang dapat bilik sebelah gunung.
5 Sebab Anker Brygge Kegemaran Keluarga Kami Saya suka nak cadangkan kabin hotel ini sebab :
Pemandangan dari bilik sangat-sangat-sangat cantik. Hilang segala penat naik kapal terbang dan layan ragam anak-anak.
Anak-anak teruja nak bersihkan meja yang di timbuni salji
Di musim sejuk iaitu February, salji menimbun sekeliling bilik. Jadi anak-anak bebas main salji bila-bila masa. Asal bersiap dengan ‘winter attire’, boleh terus keluar dan main.
Buka pintu saja untuk keluar main salji
Nota : Seeloknya datang February sebab saya baca kalau bulan December atau January, Lofoten akan kerap hujan dan salji (raining and snowing)
Bila ini terjadi, susah sikit mau jumpa Aurora dan nak berjalan pun kurang selesa.
Sangat dekat dengan ‘supermarket’ Ada banyak ‘supermarket’ di sini.
Saya tak sebut kedai runcit sebab bunyi kedai runcit macam kedai yang kecil.
‘Supermarket’ di sini nak menunjukkan yang kedai di sini yang jual barang runcit makanan, minuman dan keperluan harian; adalah besar dan sangat banyak pilihan.
Bangunan Kiwi itu adalah salah satu supermarket. Bangunannya bersambung dengan supermarket yang lain.
Jalan kaki dalam 8-10 minit kalau tak berhenti menikmati pemandangan.
Ada 4 ‘supermarket’ besar iaitu Coop, Extra, Kiwi, REMA 1000 dan ada juga kedai menjual barangan elektronik kalau nak cari ‘adapter’. Kedai elektronik tersebut bernama Power.
Aurora muncul tepi kabin hotel Subhanallah memang langsung tak sangka. Takde pula saya ingat baca mana-mana ‘review’ bagitau yang di sini mudah jumpa Aurora.
Agaknya orang di sini dah kerap sangat jumpa sampai rasa takde apa dah.
Dari bilik atas saja
Menurut salah seorang penjaga kedai kasut di sini, Aurora memang datang setiap minggu.
Tapi macam biasa, dia tak berani jamin kalau kami tanya malam ni agaknya datang tak Aurora?
Mengikut pengalaman kami, Alhamdulillah memang mudah jumpa Aurora bila langit cerah tanpa awan. Lagi seronok sebab duduk dalam bilik saja pun boleh nampak.
Lepas main salji, anak-anak bergambar sebentar berlatarbelakangkan Aurora, kemudian sambung main
Pilihan makanan ‘breakfast’ yang boleh makan Saya tak sangka untuk ‘complimentary breakfast’ di sini, sebagai Muslim, macam-macam kami boleh makan.
Mungkin juga sebab makanan lebih banyak berasaskan menu ikan, roti kering dan cheese.
Orang di sini memang suka makan roti keras. Macam-macam jenis roti keras tersedia. Saya belum pernah jumpa roti lembut macam di Malaysia.
Roti keras ini biasanya makan dengan pelbagai jem, dengan ikan, dengan cheese atau makan begitu saja.
Harga bilik di sini, saya sarankan untuk kawan-kawan periksa di laman Booking dot com ya, sebab harga adalah mengikut per-pax.
Untuk dapatkan diskaun 10% semasa tempah Anker Brygge ini, kawan-kawan boleh tempah di link ini https://www.booking.com/s/34_6/deeja033
Download Itenary Lofoten Trip Kami

Download Tahniah! Sila semak emel anda dalam 3-5 minit dari sekarang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.diaryofmuhammad.com/penginapan-di-svolvaer-lofoten-yang-mesra-kanak-kanak-aurora-terang-sangat-di-sini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 271 hits
Sebagai rasa terima kasih kerana mengikuti catatan perjalanan kami ke Lofoten bersama anak anak dan keterujaan kami bertemu Aurora maka kami hasilkan eBook Lofoten khas untuk anda Buat masa ini kami tuliskan itinerari ringkas di dalam eBook...
Airbnb Di Leknes Lofoten Aurora Dari Balkoni Rumah Saja

Airbnb Di Leknes Lofoten Aurora Dari Balkoni Rumah Saja

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 399 hits
P s Booking Link ada di hujung post Dan istimewa untuk first timer Airbnb boleh dapatkan kredit RM 120 melalui link yang saya kongsikan Di Lofoten kami hanya berjalan di 2 tempat utama iaitu Svolvaer dan Leknes sebab 2 ini saja yang ada sup...
Sedih Sangat Sebab Terbayang Kalau Ayah Kita Kat Tempat Pakcik Tu

Sedih Sangat Sebab Terbayang Kalau Ayah Kita Kat Tempat Pakcik Tu

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 401 hits
Hati mana yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang lelaki berusia masih mengerah tenaga untuk mencari rezeki halal demi sesuap nasi Disaat kita alpa dengan kemewahan yang ada masih ada insan yang sedang berjuang untuk mencari rezeki di ...
Suka Sangat Dengan Obsess Lipmatte Birthday Limited Edition

Suka Sangat Dengan Obsess Lipmatte Birthday Limited Edition

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 693 hits
Hi uolls as k fiezz ada buat pengumuman yang k fiezz sekarang ni salah seorang Agen Obsess Cosmetic Boleh baca di sini Holla dengan cantik hehe Jadi k fiezz nak kongsi produk produk di bawah label Obsess Cosmetic Kalau korang baca di entry ...
Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

Cafe Kotak Malaysia Saji Makanan Indonesia Dan Sangat Pedas

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 1194 hits
Hai guys dah lama rasanya tak update pasal makanan kat sini So kali ini ada tempat makan baru kat Bangi iaitu Kotak Ya Kotak Pelikkan macam dah takde nama lain kotak yang dorang pilih Tak sure kanapa cafe ini pilih nama kotak sebagai nama k...
Lid Kata Lemah Sangat Matemik

Lid Kata Lemah Sangat Matemik

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 261 hits
Lemah sangat matemik Biar saya berikan kira kiranya Untuk dapat 10 380 undi dari 42 pengundi Cina dan 57 Melayu pecahan undi Cina dan Melayu mesti seperti 1 30 Cina 25 Melayu2 40 Cina 18 Melayu3 50 Cina 11 MelayuMaka 5 undi Melayu 30 Cina a...
3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah Nombor 1 Penting Sangat

3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah Nombor 1 Penting Sangat

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 461 hits
3 Cara Meningkatkan Jumlah Viewers Youtube Dengan Mudah Nombor 1 Penting Sangat Salam semua Sekarang ni dah ramai yang berjinak jinak untuk menjadi seorang youtuber Kawan kawan blogger ni pun rasa ramai jugak youtuber kan Nak jadi seorang y...
Mensesneg Wakil Panglima Tni Sangat Membantu Urusan Teknis Organisasi

Mensesneg Wakil Panglima Tni Sangat Membantu Urusan Teknis Organisasi

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 211 hits
Menteri Sekretaris Negara Pratikno menegaskan menghidupkan kembali posisi wakil Panglima TNI justru meringankan tugas Panglima TNI Apabila Panglima harus memenuhi undangan negara tetangga Wakil Panglima TNI bisa mengambil alih tugas pimpina...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri