Airbnb Di Leknes Lofoten Aurora Dari Balkoni Rumah Saja


P.s : ‘Booking Link’ ada di hujung post. Dan istimewa untuk ‘first timer’ Airbnb, boleh dapatkan kredit RM 120 melalui link yang saya kongsikan
Di Lofoten kami hanya berjalan di 2 tempat utama iaitu Svolvaer dan Leknes, sebab 2 ini saja yang ada ‘supermarket’.
Dan juga sebab ini kali pertama kami nak cuba pandu kereta di negara bersalji tebal. Jadi tak berapa yakin nak jauh-jauh.
Di Leknes, kami sewa Airbnb.
Sejurus masuk rumah ini, wahh! Melopong melihatkan cantiknya pemandangan dari ruang tamu.
Ruang atas untuk kita. Ruang bawah adalah garaj.
Ruang tamu berkaca Rumah ini ruang tamunya bersambung dengan dapur dan ruang makan. Ada balkoni di luar ruang tamu.
Ruang tamunya juga semua berkaca. Maksudnya boleh nampak luar 100%.
Main di balkoni penuh salji
Anak-anak di ruang tamu
Baby Hajar pun nak main salji (umur 8 bulan)
Pemandangan matahari terbit dari balkoni rumah
Walaupun kita boleh nampak luar, tiada siapa di luar akan nampak kita sebab rumah ini tersorok di balik bukit kecil berbatu.
Kalau ada pun satu stor besar rumah merah di sebelah rumah. Ianya milik tuan rumah dan tiada sesiapa menginap di situ.
Tepi kiri kanan depan tiada rumah. Jadi nak buka tudung walaupun keluar balkoni, pun boleh.
Lengkap serba-serbi Kami suka sangat rumah ini sebab pemandangannya cantik, rumah selesa dan dapurnya lengkap serba-serbi.
Maksud dapur lengkap ini termasuklah ada ‘dishwasher’, oven, ‘stove’, ‘coffee maker’, peti ais dan ‘freezer’ dan pinggan mangkuk macam biasa.
Rumah ini ada 3 bilik tidur (lupa nak ambil gambar) yang setiap satunya ada tingkap dengan pemandangan gunung.
Bilik air rumah ini pula ada satu saja, lengkap dengan tab mandi, shower, mesin basuh, etc.
Tab mandi nya ada tingkap panjang menghadap pemandangan gunung. Subhanallah..
Dekat dengan ‘supermarket’ Rumah ini juga dekat sangat dengan pekan Leknes, iaitu tempat di mana bertumpunya kebanyakan ‘supermarket’. Pandu dalam 10 minit saja dari rumah.
Antara ‘supermarket’ di sini termasuklah REMA 1000, Extra, Lofosenteret. Bank pun ada.
Restoran yang ada menu halal
Pakaian yang panas tahan sejuk, dari jenis Merino Wool
Banyak makanan baby. Memang baby dan anak kecil ramai di sini, walaupun musim sejuk.
Makanan sedia dipanaskan
Pada hari biasa ‘supermarket’ akan buka jam 7am hingga 11pm. Tapi semuanya akan tutup pada hari Ahad, kecuali ‘supermarket’ REMA 1000 yang di buka bahagian kecil saja jam 10am hingga 10pm.
Di sini lah kami beli baju jenis Merino Wool untuk baby Hajar dan juga topi. Kain jenis Merino Wool nampak nipis, tapi hangat.
Snow Sled Pemilik rumah ini pun sangat ‘helpful’. Tanya lah apa saja, mereka akan cepat respon.
Mereka ini lah juga yang sudi pinjamkan ‘snow sled’ untuk anak-anak kami.
Abi tarik Hannah dalam snow sled. Ini jalan masuk rumah kami.
Slope tepi rumah seronok main snow sled
Hannah di tarik dalam snow sled
Rumah ini terletak di kawasan berbukit, jadi memang menjadi lah nak main ‘snow sled’. ‘Slope’ di rumah ini licin dan anak-anak seronok main.
Asal celik mata saja minta main di luar.
Fire Place Rumah ini juga menggunakan sistem pemanasan api, iaitu ada ‘fire place’ yang berfungsi menghangatkan satu rumah.
Kena letak kayu dan api. Tapi bukan lah macam dalam movie yang ‘fire place’ nya terbuka.
Yang ini, tertutup.
Anak-anak teruja dengan ‘Fire Place’
Tuan rumah dah memang sediakan kayu di luar rumah. Ada banyak sangat. Mereka juga demo cara guna ‘fire place’
Saya teruja dengan benda baru ini, anak-anak lebih lagi. Masa ini lah Muhammad belajar bab ruang, oksigen, api dan macam-macam lagi lah.
Tapi jangan risau, kalau tak cukup panas juga rumah, ada ‘mobile heater’. Takat ini kami sekeluarga sangat ‘cosy’ dalam rumah.
Aurora Dari Balkoni Rumah Alhamdulillah juga rumah ini mudah sangat nak jumpa Aurora.
2 malam kami jumpa Aurora di rumah ini. Yang malam tak jumpa adalah sebab satu malam itu berawan dan satu malam lagi salji sedang turun sangat lebat.
Lepas salji berhenti (stop snowing), tak sangka Aurora muncul.
Di balkoni rumah inilah pertama kali kami jumpa Aurora yang bergerak membentuk ‘spiral’.
P.s : Klik untuk ikuti pengalaman Aurora kami dari balkoni rumah.
Subhanallah
Cantiknya Subhanallah. Tak sangka lah boleh nampak depan mata sendiri. Allahuakbar!
Bayangkan kita nampak cahaya hijau bergerak dari satu garis dan kemudian membentuk bulatan ‘spiral’ dan ianya terus bergerak dari 7pm hingga hampir 6am.
Subhanallah kagum sungguh. Gerakannya tak rawak tapi sempurna tersusun. Masya-Allah..
Bak kata salah satu ‘review’, ‘this place sits right under the northern light belt’, maka Insya-Allah senang sangat jumpa Aurora walaupun dalam kehangatan rumah.
Teruja Tengok Bintang Di sini juga saya berpeluang rasa bagai duduk sebelah bintang. Bintang-bintang di sini nampak dekat sangat dengan kita, macam boleh capai.
Segala bintang yang kita belajar masa sekolah, semua dalam satu langit pada satu waktu yang sama, termasuklah bintang-bintang yang saya tak tahu apa namanya.
Subhanallah..
Betul-betul rasa bagai dalam syurga.
Tempah Airbnb ini Kalau kawan-kawan nak tempah Airbnb ini, boleh ‘check-it out’ di https://abnb.me/U1iloJ4kdU
Kalau kawan-kawan masih belum ada akaun Airbnb dan nak dapatkan kredit RM 120 dari Airbnb; boleh daftar di link berikut https://abnb.me/e/Jnkz2n7kdU
Download Itenary Lofoten Trip Kami

Download Tahniah! Sila semak emel anda dalam 3-5 minit dari sekarang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.diaryofmuhammad.com/airbnb-di-leknes-lofoten-aurora-dari-balkoni-rumah-saja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muka Ketat 2 Bulan Tak Ada Job Almy Dedah Fizz Fairuz Duduk Rumah Saja 3 Bulan

Muka Ketat 2 Bulan Tak Ada Job Almy Dedah Fizz Fairuz Duduk Rumah Saja 3 Bulan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 768 hits
Pasti korang tahu bahawa pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru baru ini namun hakikatnya dia tidak menerima tawaran lakonan hampir tiga bulan BACA Menerusi Insta...
Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

Itinerari Menjejak Aurora Di Lofoten Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 276 hits
Sebagai rasa terima kasih kerana mengikuti catatan perjalanan kami ke Lofoten bersama anak anak dan keterujaan kami bertemu Aurora maka kami hasilkan eBook Lofoten khas untuk anda Buat masa ini kami tuliskan itinerari ringkas di dalam eBook...
Penginapan Di Svolvaer Lofoten Yang Mesra Kanak Kanak Aurora Terang Sangat Di Sini

Penginapan Di Svolvaer Lofoten Yang Mesra Kanak Kanak Aurora Terang Sangat Di Sini

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 439 hits
P s Booking Link dengan diskaun 10 ada di hujung post Hari ini saya nak kongsikan tentang penginapan kami di Lofoten yang duduk dari dalam bilik saja pun boleh nampak dan ambil gambar Aurora Kami bermalam di pekan Svolvaer untuk hari pertam...
Bukan Saja Pecah Masuk Curi Barang Habis Setiap Katil Pintu Rumah Dicalit Dengan Minyak Dagu

Bukan Saja Pecah Masuk Curi Barang Habis Setiap Katil Pintu Rumah Dicalit Dengan Minyak Dagu

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 962 hits
Tiada sesiapa pun yang sedar kata mangsa yang mendakwa rumah mereka dipecah masuk oleh suspek dalam kejadian baru baru ini Menurut Fatien Abdul kediaman mereka dipecah masuk pada malam Jumaat dan kesemua penghuni rumah itu kehilangan telefo...
Mausembang Rahsia Suri Rumah Raih Pendapatan Jutaan Ringgit

Mausembang Rahsia Suri Rumah Raih Pendapatan Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 421 hits
JAWATAN KOSONG 2018 https www maukerja my Twitter https twitter com MauKerjaMY Instagram https instagram com MauKerja Facebook https www facebook com MauKerja NEKAD BERHENTI KERJA WANITA INI KINI MAMPU RAIH PENDAPATAN JUTAAN RINGGIT Menjadi...
Tiba Di Rumah Duka Jenazah Aiptu Ainur Disambut Tangis Keluarga

Tiba Di Rumah Duka Jenazah Aiptu Ainur Disambut Tangis Keluarga

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 677 hits
Suasana haru dan tangis seketika pecah begitu jenazah Iptu Ainur Rofiq Kanit Pidana Umum Satreskrim Polres Jember tiba di rumah duka Erna Ratnawati istri almarhum tidak kuasa menahan tangis begitu jenazah dibaringkan di ruang tamu rumah yan...
Tips Mengecat Rumah Sendiri

Tips Mengecat Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1415 hits
Segala ilmu disimpan disini buat rujukan dikemudian hari Tips mengecat dinding rumah sendiri 1 Mula2 kena la pilih warna2 pilihan yang dirasa sesuai dan sedap mata memandang Pilihan warna boleh dapatkan dirujuk template warna daripada kedai...
Suri Rumah Rugi Rm7 500 Angkara Old Money Collector

Suri Rumah Rugi Rm7 500 Angkara Old Money Collector

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 334 hits
The ReporterSeorang suri rumah mendakwa kerugian RM7 500 selepas terpedaya dengan tawaran membeli syiling lama oleh individu tidak dikenali bulan lepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangs...
Derita Pemilik Rumah Usang Di Tengah Apartemen Thamrin 5 Tahun Kesulitan Air Bersih

Derita Pemilik Rumah Usang Di Tengah Apartemen Thamrin 5 Tahun Kesulitan Air Bersih

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 267 hits
Rumah tua itu masih berdiri tegak Dari kejauhan terlihat genteng batu bata merah tak terawat Fisiknya tidak berubah Plafon kayu lapuk Begitu pula cat putih rumah yang tak terurus
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat