Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki Diplomat


Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki – Diplomat
BAITULMUQADDIS, 21 Sept (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) — Pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka oleh United Kingdom (UK), Australia dan Kanada sekali lagi mengesahkan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, kata Timbalan Menteri Luar Palestin Omar Awadallah kepada RIA Novosti pada Ahad.
Terdahulu pada hari sama, UK, Australia dan Kanada secara rasmi mengiktiraf kenegaraan Palestin.
Pada Sabtu, Presiden Perancis Emmanuel Macron turut mengesahkan bahawa Perancis akan mengiktiraf Negara Palestin pada 22 Sept sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Awadallah berkata pengiktirafan itu adalah hasil daripada proses yang dibina melalui usaha diplomatik selama bertahun-tahun.
“Selain itu, langkah pengiktirafan ini dibuat ketika berlakunya genosid terhadap rakyat Palestin dan serangan Israel terhadap hak-hak rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis,” katanya dalam satu temu bual.
Dengan keputusan ini, negara-negara berkenaan menyatakan bahawa terdapat cara praktikal untuk mencapai penyelesaian dua negara, iaitu melalui pengiktirafan sebuah negara Palestin.
Mereka juga menegaskan bahawa mereka mahu Negara Palestin menjadi sebahagian daripada rantau Timur Tengah kerana penubuhannya akan membawa keselamatan, kestabilan dan keamanan.
Oleh itu, pengiktirafan ini mengesahkan tanpa sebarang keraguan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, dan bahawa semua negara yang sebelum ini mengiktiraf Israel hanya mengiktirafnya dalam sempadan 1967, di luar wilayah Palestin yang diduduki,” kata Awadallah.
Beliau berkata perkara itu bertentangan dengan dasar pendudukan Israel yang melibatkan rampasan tanah secara paksa, tindakan “pengilhakan” wilayah Palestin atau cubaan mengenakan kedaulatan Israel ke atasnya.
Awadallah turut menegaskan bahawa jenayah yang dilakukan Israel, yang kini dianggap sebagai negara penyangak, telah mendorong banyak negara untuk mengambil langkah lebih pantas dalam melaksanakan penyelesaian dua negara.
BACA: UK, Kanada & Australia Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin
Sumber: BERNAMA
The post Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki – Diplomat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/21/pengiktirafan-palestin-sahkan-israel-tiada-kedaulatan-ke-atas-tanah-diduduki-diplomat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netanyahu Kecam Pengiktirafan Palestin Puluhan Diplomat Keluar Dewan Pbb

Netanyahu Kecam Pengiktirafan Palestin Puluhan Diplomat Keluar Dewan Pbb

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1238 hits
NEW YORK Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam keras langkah beberapa negara Barat mengiktiraf negara Palestin dengan menyifatkannya sebagai satu titik hitam dalam sejarah politik antarabangsa Netanyahu berkata tindakan itu seo...
Tanah Mendap Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul

Tanah Mendap Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 482 hits
Tanah Mendap Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul Paip bawah tanah yang bocor dipercayai menjadi punca kepada kejadian tanah mendap hingga menyebabkan jalan runtuh berdekatan Hospital Vajira di Thailand pagi tadi Beberapa k...
Persatuan Mahu Hak Tanah Adat Dalam Pindaan Akta Orang Asli

Persatuan Mahu Hak Tanah Adat Dalam Pindaan Akta Orang Asli

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 441 hits
POASM berpegang pada persetujuan TPM Zahid Hamidi yang menurutnya bersetuju tanah dan wilayah adat dimasukkan dalam kajian Orang Asli mengharapkan pindaan Akta Orang Asli mengiktiraf tanah dan wilayah adat kata POASM PETALING JAYA Persatuan...
Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 811 hits
KUANTAN Masalah dadah di kawasan tanah rancangan Felda terutamanya di daerah ini boleh diselesaikan sekirangan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengedar dadah atau tokan bukan hanya tertumpu menangkap penagih dadah sem...
Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1995 hits
Penyanyi terkenal Zizi Kirana baru baru ini mencuri perhatian peminat apabila berkongsi perkembangan selepas menyertai misi kemanusiaan Flotila Sumud Global ke Semenanjung Gaza Tak pasti bila pulang ke Malaysia Menerusi perkongsian di Zizi ...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Bans Lack Bite In Malaysia

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Glimmer Of Hope From Fifa President At 47th Asean Summit Faded As Fifa Upholds Fam S Suspension Fines


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Lirik Lagu Amira Othman Irfan Haris Rasa Takdir

Fatin Menyesal Bedah Bariatrik Prince Syed Dedah Dah Lama Dibenci Mentua

Drama Deejay Kampung

Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai

Allison Williams Legs And Feet In Tights 7