Persatuan Mahu Hak Tanah Adat Dalam Pindaan Akta Orang Asli


POASM berpegang pada persetujuan TPM Zahid Hamidi, yang menurutnya bersetuju tanah dan wilayah adat dimasukkan dalam kajian.
Orang Asli mengharapkan pindaan Akta Orang Asli mengiktiraf tanah dan wilayah adat, kata POASM.PETALING JAYA: Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) menuntut kerajaan memasukkan soal hak ‘tanah dan wilayah adat’ (TWA) dalam pindaan Akta Orang Asli (AOA) kelak
POASM membuat tuntutan itu susulan perkembangan ‘town hall’ anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pada Isnin, di mana peserta yang antaranya ketua-ketua masyarakat Orang Asli dimaklumkan bahawa masyarakat Orang Asli kena memohon kerajaan negeri menyediakan undang-undang berkaitan tanah adat, memandangkan tanah adalah hak negeri.
Presiden POASM, Ajis Sitin, menyifatkan kenyataan itu “amat mengecewakan”.
“Pertamanya, kerana sudah banyak penghakiman mahkamah telah mengiktiraf TWA. Kelazimannya apabila mahkamah memutuskan demikian, keputusan itu akan jadi undang-undang negara,” katanya kepada FMT.
“Keduanya, di dalam AOA sedia ada Seksyen 6 dan Seksyen 7 berkaitan tanah Orang Asli. Bila perizaban TWA tidak boleh masuk pula.”
Seksyen 6 menyatakan pihak berkuasa negeri boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan yang diduduki kebanyakannya atau hanya oleh Orang Asli sebagai “suatu kawasan Orang Asli”.
Seksyen 7 pula menyatakan pihak berkuasa negeri boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan yang diduduki hanya oleh orang asli sebagai “suatu rizab Orang Asli” dengan syarat-syarat tertentu.
“Rata-rata masyarakat Orang Asli mengharapkan supaya akta pindaan ini mengiktiraf TWA,” kata Ajis.
Pada 8 Sept lepas, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan akan meminda AOA serta beberapa pendekatan baharu lain untuk memulangkan semula hak kepada masyarakat Orang Asli.
Ajis mengesahkan Zahid bersetuju supaya TWA dimasukkan dalam kajian pindaan AOA sewaktu mesyuarat khas Majlis Perundingan Orang Asli.
Pada 11 Ogos, Zahid, yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, berkata isu tanah Orang Asli antara perkara pokok yang dibincangkan dalam mesyuarat yang beliau pengerusikan itu.
Katanya ketika itu, lebih 1,000 sesi libat urus melibatkan pelbagai pihak berkepentingan telah dilaksanakan, dan sesi hari itu amat penting sebelum isu tanah Orang Asli dibincangkan di peringkat Majlis Tanah Negara, yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Zahid berkata walaupun pentadbiran tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri menjadi tunjang utama bagi memastikan setiap pindaan yang dicadangkan benar-benar mengambil kira kepentingan semua pihak, serta selaras dengan dasar dan bidang kuasa negeri. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/persatuan-mahu-hak-tanah-adat-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa

Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1524 hits
Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa KOTA KINABALU 15 Sept Bencana tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak kanak setakat ini dengan 11 kematian dilaporkan hari ini dan satu kemat...
Tanah 99 Tahun

Tanah 99 Tahun

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1102 hits
Tanah di Kampung Sungai Baru memang bukan tanah MAS seperti di Kampung Baru yg berstatus pegangan kekal Sebaliknya ialah tanah pajakan yg ada tempoh tertentu biasanya 99 tahun Bila tempoh leasehold hampir tamat nilainya memang akan jatuh ka...
Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya Kk

Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya Kk

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1064 hits
Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya KK Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku dari Jalan Tanjung Lipat ke Bandaraya Kota Kinabalu susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu Menerusi perkong...
Tragedi Papar Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak 10 Tahun Maut Ditimbus Tanah Runtuh

Tragedi Papar Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak 10 Tahun Maut Ditimbus Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3564 hits
KOTA KINABALU Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul Papar akhirnya ditemukan pada 8 45 malam sebelum operasi tamat pada 2 05 pagi...
Banjir Tanah Runtuh Di Tuaran Penduduk Diminta Berjaga Jaga

Banjir Tanah Runtuh Di Tuaran Penduduk Diminta Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1306 hits
Banjir tanah runtuh di Tuaran penduduk diminta berjaga jaga Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menggendong seorang kanak kanak di kawasan yang dinaiki banjir di Kampung Tanjung Tuaran untuk dipindahkan ke rumah penduduk lain Foto ihs...
Tupai Jatuh Ke Tanah

Tupai Jatuh Ke Tanah

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1070 hits
Taktik licik pegawai imigresen yang disyaki bersekongkol dengan sindiket counter setting terbongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur menemui wang simpanan mencecah jutaan ringgit serta barangan berharga dalam serb...
Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2444 hits
Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut KOTA KINABALU 16 Sept Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul Papar akhi...
Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3103 hits
Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih KOTA KINABALU 15 Sept Seorang maut manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini Jurucakap Jabatan Bomba dan Peny...
Pauk Lebai Pas Anggap Jual Beli Tanah Di Kampung Baru Macam Nikah Cerai

Pauk Lebai Pas Anggap Jual Beli Tanah Di Kampung Baru Macam Nikah Cerai

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3852 hits
Che IbrahimPuak ni dia ingat apa yang mereka lakukan tahun 2021 dulu serupa nikah jah la tak setuju boleh cerai Peduli apa kepada kesannya
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Rm5 Meals And Curiosity Malaysians Size Up Rafizi S Affordable Revolution

Warna Baju Raya 2026

Makan Buffet Dinner Di Renaissance Johor Bahru Hotel Dengan Geng Makan Makan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Program Jualan Agro Madani Mega Di Penagatan Ulu Keningau

Paklong Kopitiam Shah Alam Menu Halal Sedap Suasana Cozy

Lirik Wangi Rindu By Osc

Panggilan Terakhir Dari Asrama Cerita Seram Benar Malam Durjana

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Zamzuriah Zahari Terang Bulan Chord