Penghargaan Kepada Cikgu Luar Biasa Untuk Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2022
Penghargaan Kepada Cikgu Luar Biasa Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 | Salam semua, tema Hari Guru pada tahun ini adalah " Guru Tunjang Sekolah Sejahtera".
Sebelum itu, sis nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru di seluruh Malaysia. Tanpa guru, siapalah kita kan. Kita yang sekarang adalah hasil didikan seorang yang bergelar guru.
Besar pengorbanan guru hingga ada hari istimewa untuk meraikan guru - guru yang tidak penat lelah untuk mendidik anak bangsa.
Kemeriahan Hari Guru tahun ini dapat dilihat dari perkongsian gambar - gambar dan juga video di media sosial. Meriah !. Ya lah, sudah 2 tahun pandemik, tahun ini Hari Guru dapat disambut dengan suasana yang normal. Alhamdulillah
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 Dalam masa yang sama, McDonald's Malaysia tidak melupakan pengorbanan para guru yang telah banyak berkorban dalam mendidik anak murid.
Sudah masuk enam tahun penganjuran untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's. Anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. Ramai sungguh calon guru.
Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara
McDonald’s Malaysia telah mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022.
Anugerah ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak murid
Kalau korang nak tahu kisah - kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh klik pautan di bawah :
https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate
McDonald's Malaysia Memberi Penghormatan Kepada Guru Luar Biasa
Menurut Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia
“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Tambah beliau lagi setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri.
Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,”“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid."Beliau juga sangat kagum dengan semangat guru melalui pembacaan kisah - kisah yang telah dihantar untuk pencalonan sejak bermulanya pandemik.
Ini menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara.
Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,”Katanya.
Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022.
Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.
Sejak penganjuran pertama kali diadakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's telah disampaikan kepada 131 guru yang telah menggalas tanggungjawab yang melebihi tugas hakiki.
Semuanya adalah untuk mendidik, memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara.
Para guru yang menerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald's, pegawai KPM dan juga pihak media.
Pencalon untuk pemenang anugerah ini juga turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan
Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022
Tahniah sekali lagi diucapkan buat para guru yang telah terpilih untuk anugerah ini.
Sambutan Hari Guru Oleh McDonald's MalaysiaSelain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini.
Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi
McDonald’s juga telah mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat.
Sempena sambutan Hari Guru, baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan.
Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan 16 Mei hingga 30 Jun 2022.
Latarbelakang McDonald'sMcDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan melebihi 70 juta sehari di lebih 100 buah negara.
Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara.
McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 15,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan kerjaya, latihan dan pembangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2022/06/anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds-untuk-cikgu-luar-biasa.html