Pengalaman Menginap Di Park Inn By Radisson Putrajaya Satu Yang Luar Biasa


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Setelah dua tahun kita dilanda pandemik dan juga dikurung tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat tahun 2022 semua telah kembali hampir normal. Negara kita juga telah mula sikit-sikit beralih kepada andemik hidup dalam persekitaran Covid. Sekarang ini banyak aktiviti-aktiviti yang dulu disekat telah mula boleh dilakukan secara terbuka dan beramai-ramai



Waktu ini lah ramai juga yang seperti rama-rama yang keluar dari kepompong semua menda nak buat dalam masa terdekat ini juga. Masa ini lah nak travel luar negara dan tak kurang juga yang nak staycation dalam negara pun ada. Macam Maha sendiri tidak rancang lagi untuk pergi jauh-jauh luar negara cukup dapat beristirehat dalam negara santai-santai pun satu kelegaan sangat. Dapat relax dan tenang dari segala masalah. Sebab itu Maha pilih untuk menginap di hotel dalam negara sahaja






Habiskan cuti hujung minggu kali ini ke sebuah lagi hotel setelah lama tidak bermalam di hotel. Kali ini Maha pergi tak jauh mana pun dekat sahaja iaitu Park Inn by Radisson Putrajaya. Sebab dengar cerita hotel ni masih baru dalam dua tahun sahaja pasti fasiliti dan juga segala kemudahan yang ada pun baru juga. Jadi bermalam hujung minggu untuk cari kelainan dan juga merasai suasana di hotel ini


Hotel ini terletak sempurna betul-betul diantara dua lokasi bandar popular di negara kita iaitu Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Juga berada dekat dengan akses kepada Lebuhraya Utara Selatan. Diapit pula dengan dua buah universiti popular iaitu Uniten dan juga IUKL. Sebab itu hotel Park Inn ini sangat strategik bagi mereka yang bukan sahaja nak stay santai-santai dengan keluarga tapi juga yang ada urusan perkerjaan. 




Hari tu Maha dapat menginap di bilik Executive Room kerana kebanyakan bilik mereka hampir penuh sebab hujung minggu selepas cuti Hari Raya dan juga cuti panjang Hari Wesak. Jadi dapat merasa bilik yang exclusive dan sangat luas dengan katil King Size yang empuk dan nyaman. Juga segala peralatan dan kemudahan dalam bilik dihias moden ini memberi aura yang positif selepas bangun tidur. Kemudahan yang ada dalam bilik ni seperti :
- Wifi Percuma- 40 inchi LED skrin rata- Kemudahan minuman kopi dan teh- Iron dan Iron board sendiri- Pengering rambut- Tempat mandi pancuran hujan- Jubah mandi - Almari baju- Ruang meja kerja tersendiri- Peti sejuk mini
Serta banyak lagi yang ada bagaikan duduk dalam bilik yang dijaga rapi serta lengkap hanya ambil dan gunakan sahaja. Itu yang kita mahukan bila kita pergi menginap kat mana-mana hotel. Segala kemudahan ada dan juga tidak membuatkan kita bertambah tekanan. Bilik yang Maha dapat itu memang berhawa dingin jadi dilarang dalam bilik untuk menghisap rokok. Maha baca dari review lain hotel ini ada lebih kurang 220 bilik perlbagai jenis daripada Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Executive Room dan Junior Suite Room. Jadi banyak pilihan dengan harga yang berbeza mengikut jenis bilik






Maha kalau masuk hotel perkara pertama yang akan Maha tengok adalah ruang penyambut tetamu mereka. Kalau ia bersih luas dan susun atur yang menarik Insha Allah dalam bilik pun akan selesa dan memberi pengalaman yang baik seperti mana hotel Park Inn by Radisson ini juga. Ruang penyambut tetamu sangat besar dan dekorasi modern serta susun atur yang kemas sangat mengalu-alukan kedatangan kita. Juga kakitangan yang mesra dan ramah bila disapa dan memberi bantuan bila diperlukan





Ruang penyambut tetamu ini disambungkan dengan juga kemudahan yang sangat penting dalam pemilihan hotel penginapan bagi Maha iaitu ruang makan atau kafe. Ini akan Maha ulaskan dalam posting yang seterusnya berkaitan dengan makanan yang disediakan disini. Kalau check ini akan disertakan sekali dengan sarapan pagi itu biasa. Tapi kat sini ada juga ada sediakan makanan untuk Weekend Hi-Tea dan juga makan malam Steamboat Buffet Dinner. Pengalaman best tu nanti Maha kongsikan diposting review seterusnya khas untuk makan-makan kat hotel ini sahaja



Juga kat aras bawah itu ada kemudahan lain yang penting dalam mencari hotel yang selesa bagai Maha iaitu ada kolam renang dan juga ada gymnasium. Kat sini kolam renang mereka terbuka dengan pemandangan luas serta ada pengasingan untuk kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Juga ada ruang pensalinan baju dan bilik air yang dekat. Manakala gynasium kat sini mengadap dengan kolam renang tu jadi pemandangan pun nampak air yang membiru dan tenang jer





Paling penting mencari penginapan kat hotel mesti kena ada kemudahan tempat letak kereta yang banyak. Kelebihan kat Park Inn by Radisson ini adalah parking mereka sangat banyak keliling hotel dan terbuka tidak tersorok bawah bangunan. Juga parking ada bayaran kalau tetamu hotel akan dapat kadar rata bayaran macam Maha hari tu hanya RM1 sahaja untuk sekali masuk. Jadi itu penting tambah yang datang bawa keluarga ramai dan juga yang bekerja untuk dapat tempat letak kereta dekat dan banyak




Kalau korang tanya duduk hotel Park Inn by Radisson ini dekat nak pergi tempat menarik memang banyak sangat. Korang sendiri tahu ia berada di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Putrajaya jadi banyak lokasi menarik boleh pergi dengan hanya berjalan kaki atau menaiki kenderaan dalam masa kurang dari 10 minit. Antara lokasi yang berhampiran sini adalah :
- De Centrum Mall (2 minit berjalan kaki sahaja)- Kelab Golf Palm Garden (5 minit memandu kenderaan)- IOI City Mall Putrajaya (5 minit memandu kenderaan)- Tasik Putrajaya (10 minit memandu kenderaan)- Dewan Pameran MAEPS (10 minit memandu kenderaan)- Farm In The City Petting Zoo (18 minit memandu kenderaan)- Bangi Water Theme Park (20 minit memandu kenderaan)
Jadi kalau menginap kat sini tak bosan kalau bawa anak-anak banyak tempat menarik boleh pergi dekta sangat. Bagi yang ada kerja di Putrajaya sini pun dekat jer nak pergi ulang-alik di sana. Bagi Maha ia adalah tempat penginapan yang strategik untuk mengakses kemana-mana sahaja dengan kemudahan jalan raya dan juga pengankutan awam seperti Grab dan Taxi pun ada sini. Kalau keluarga datang untuk majlis konvokasyen anak-anak juga boleh menginap kat sini sebab sebelah sahaja dua universiti hebat dan juga dekat dengan UKM dan UPM. 



Maha sempat tengok apa lagi kemudahan yang ada kat hotel ini selain daripada fasiliti keperluan juga ada Function Room. Kat sini ada lebih kurang 9 bilik mesyuarat yang boleh muatkan 10-30 orang manakala ruang acara yang besar boleh muat sehingga 180 orang besar tu kalau nak buat majlis. Macam besar-besar seperti kenduri kahwin, majlis bertunang, majlis akad nikah, majlis makan malam, majlis perasmian atau tandatangan MOU dan juga macam-macam lagi lah. Ditambah dengan parking yang banyak jadi buat majlis kat sini tak perlu risau akan keselesaan dan kemudahan semua ada. 


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang hotel ni boleh terus hubungi mereka sebab Maha hanya kongsikan pengalaman Maha bermalam kat sini sahaja. Kalau nak tahu harga untuk penginapan dan kemudahan function room korang boleh hubungi meraka mungkin boleh dapat harga yang lebih istimewa. Bagi Maha menginap sini puas hati dan juga selesa. Memberi pengalaman yang berbeza dengan tempat lain. Maha sangat-sangat rekomen kepada yang nak cari hotel berdekatan dengan Putrajaya dan KL. Kalau rating pula Maha boleh bagi kat sini :
Bilik : 5/5 

Kemudahan : 4.5/5 

Keselesaan : 5/5 

Harga : 4.5/5


Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan boleh hubungi : Tel : 603-8911 1999Whatsapp : 010-211 4681Email :  [email protected]









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/05/pengalaman-menginap-di-park-inn-by-radisson-putrajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meriah Bufet Makanan Dari Pagi Sampai Ke Malam Di Park Inn By Radisson Putrajaya

Meriah Bufet Makanan Dari Pagi Sampai Ke Malam Di Park Inn By Radisson Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 267 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Masih belum habis lagi mood staycation kat Park Inn by Radisson Putrajaya Sebelum ini Maha cerita pasal kemudahan dan juga kei...
Pengalaman Menginap Di Regalo Hotel Kota Laksamana Melaka

Pengalaman Menginap Di Regalo Hotel Kota Laksamana Melaka

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 215 hits
AssalamualaikumBismillahTahun ini tidak dapat balik Sabah untuk beraya maka kami pun beraya di Melaka Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki ke Bandar Bersejarah Suami dah banyak kali ke sini Perjalanan dari Pontian Johor ke Melaka mengam...
Jus Aloe Vera New Image Memang Jus Luar Biasa

Jus Aloe Vera New Image Memang Jus Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 151 hits
JUS ALOE VERA NEWIMAGE Aloe vera kerap kali disebut sebagai Tanaman Ajaib dalam hal ini merupakan sesuatu yang tidak terlalu dilebih lebihkan karena kemampuannya untuk menyembuhkan penyakit diambil dari gel yang ada dalam daunnya yang tebal...
Neelofa Tak Lupa Diri Seorang Anak Luar Biasa Jarang Tunjuk Air Mata Kata Datin Noor Kartini

Neelofa Tak Lupa Diri Seorang Anak Luar Biasa Jarang Tunjuk Air Mata Kata Datin Noor Kartini

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 203 hits
nbsp nbsp Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan keperibadian Neelofa yang sentiasa memuliakan kedua ibu bapanya dan sentiasa berusaha memajukan diri terutama dalam perniagaan Kartini berkata Neelofa juga...
Pengalaman Naik Atv Adventure Park Kl Kemensah Syokkk Weyhh

Pengalaman Naik Atv Adventure Park Kl Kemensah Syokkk Weyhh

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 212 hits
Salam to all readers Pengalaman Naik ATV Adventure Park KL Kemensah Syokkk Weyhh Gara gara Sue Whatsapp aku raya ke 2 pishang duduk rumah katanya kau takde plan nak hiking ke Azwar Raya ke 2 dia dah tanya aku plan masuk hutan weyh Sungguhpu...
Anak Kelahiran Sabah Penny Wong Jadi Menteri Luar Australia

Anak Kelahiran Sabah Penny Wong Jadi Menteri Luar Australia

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 737 hits
Menteri Luar Australia yang baharu Penny Wong berjabat tangan dengan Gabenor Jeneral David Hurley selepas mengangkat sumpah semasa majlis di Rumah Kerajaan di Canberra pada 23 Mei 2022 Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet Anak S...
Risau Anak Main Luar Rumah Ini Perkara Mama Perlu Buat Untuk Lindungi Mereka

Risau Anak Main Luar Rumah Ini Perkara Mama Perlu Buat Untuk Lindungi Mereka

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 182 hits
Kalau asyik duduk di rumah anak anak akan menjadi mudah bosan Biarpun mungkin ada aktiviti yang boleh dilakukan tetapi jika asyik terperap saja akan membuatkan anak menjadi stres Sesekali ada baiknya untuk bawa anak bermain di luar rumah ke...
Politik Manis Di Luar

Politik Manis Di Luar

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 439 hits
Keadaan cuma terkawal kerana di belakang nya PM dan Sultan Johor Kepada pemimpin bangsa Johor suka juga diingatkan Jangan terlebih bangga dan terleka dengan melancarkan projek billions dan mewah hakikatnya prasarana seperti jalanraya sama t...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation