Penghantar Makanan Pelanggan Harap Kedai Makan Buka Sampai 10 Malam


Yasmin Ramlan
Dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali kedua di beberapa negeri dan wilayah persekutuan sejak 13 Jan lalu, kebanyakan waktu operasi perniagaan telah dipendekkan.
Dengan kerajaan kemudian mengumumkan beberapa pelonggaran dalam prosedur operasi standard (SOP), waku operasi restoran dan kedai makan masih dihadkan kepada pukul lapan malam sahaja.
Kebanyakan penghantar makanan dan pelanggan yang dihubungi Malaysiakini berharap pelonggaran itu dapat dilanjutkan kepada tempoh operasi tersebut, sekurang-kurangnya kepada pukul 10 malam.
Mereka menyifatkan lanjutan itu akan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak.
Penghantar Food Panda yang mahu dikenali sebagai Pak Tam, 40, berkata pendapatannya terjejas hampir RM100 sehari sejak empat hari pelaksanaan PKP.
“Kalau kedai tutup pukul lapan malam, biasanya pukul tujuh malam mereka sudah bersiap untuk tutup. Jadi jumlah penghantaran kami banyak berkurang," katanya.
Jika mula bekerja jam lapan pagi, dia berkata boleh membuat penghantaran sekitar 40 kali sehari. Selepas pelaksanaan PKP, jumlah itu kini kurang daripada 30 penghantaran. Dari segi pendapatan pula, dia berkata ia telah berkurang daripada RM250 kepada kira-kira RM180 sehari.
"Lanjutan ini bukan untuk keuntungan kami saja, tetapi pihak lain juga termasuk orang ramai. Kami harap boleh lanjutkan sehingga 10 malam," katanya.

Bagi seorang lagi penghantar Food Panda, Ganesh, dia perlu bekerja jauh lebih lama bagi mendapat pendapatan harian yang sama seperti sebelum ini.
“Dulu kita mungkin kerja enam jam (sehari), boleh elak panas. Jadi lepas PKP, kita ambil jadual dari lapan pagi sampai lapan malam, iaitu 12 jam.
"Mula pukul enam petang, pesanan sudah berlambak masuk," kata pemuda berusia 30 tahun ini yang tinggal di Johor Bahru, Johor.
Sudah tiga tahun menjadi penghantar makanan, Ganesh berkata pendapatan tidak akan begitu terjejas jika seseorang itu rajin untuk bekerja lebih lama.
"Tetapi bukantak terjejas langsung sebab sebelum ini boleh ambil pesanan sampai jam 12 tengah malam, sekarang sudah kurang empat jam," katanya.
Awal pagi pelanggan kurang
PKP telah dikuatkuasakan di lima negeri - Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah - serta wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kelantan akan turut dikenakan perintah sama bermula hari ini.
Bagi kawasan ini, restoran, trak makanan, gerai makanan, dan tempat makan lain hanya dibenarkan beroperasi pada jam enam pagi hingga lapan malam dan untuk perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran sahaja.
Penghantar Grab Food, Faizal berkata meskipun dia mula bekerja lebih awal, iaitu pada jam lapan pagi, ia tidak banyak membantu memandangkan belum banyak pesanan pada masa itu.
"Kalau mula awal pagi pun pesanan kurang sebab tak ramai pelanggan yang pesan," kata pemuda berusia 24 tahun ini yang turut menyuarakan simpati kepada peniaga yang mula berniaga pada waktu petang.
Pendapat sama disuarakan Azmi, juga penghantar Grab Food. Sebagai pekerja separuh masa, dia tidak terlalu merasakan perubahan ketara tetapi berkata dia akan menjadi lebih sibuk bermula jam enam petang.
"Kalau boleh lanjutkan sehingga 10 malam. Bila tutup lapan malam, pesanan jadi terhad dan kami perlu berkejar untuk balik awal," katanya.
Beberapa pihak sudah menyuarakan tuntutan sama sebelum ini. Antaranya Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang mendakwa ada perniagaan anggotanya yang merosot 80 peratus sejak pelaksanaan PKP.
Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) pula menyuarakan tuntutan sama dengan asas pelanggan tiada tempoh masa mencukupi untuk membeli makanan selepas waktu bekerja.
Pengurus projek yang hanya ingin dikenali sebagai Haniza, 29, sering menggunakan khidmat penghantaran makanan dan berharap kerajaan meneliti semula waktu operasi kedai makan dan restoran.
“Memandangkan makanan hanya boleh bawa balik, kenapa tidak boleh dilanjutkan sehingga 10 malam? Ia boleh kurangkan beban bagi kami yang bekerja sehingga lewat petang untuk membeli makanan.
“Pada masa sama boleh bantu kedai makan jana pendapatan,” katanya, sambil menambah berikutan waktu operasi yang dipendekkan, pesanannya pernah ditolak kerana restoran tidak sempat menyediakannya.
Tiada keperluan untuk PKP 2.0
Begitu juga dengan Ain, 25, yang berkata sudah empat kali pesanannya ditolak sejak 13 Januari lalu.
"Bila dapat tahu restoran buka sampai lapan malam saja, saya terus terfikir sempat atau tidak untuk beli makanan sebab waktu habis kerja pun tak menentu.
"Bagi yang penat pulang kerja, tentulah tak ada masa untuk masak sendiri," katanya yang bekerja sebagai kerani.

Dia juga berpandangan tiada keperluan lagi untuk memendekkan waktu operasi restoran seperti PKP kali pertama tahun lalu, apatah lagi kali ini kebanyakan sektor dibenarkan beroperasi.
"Sekarang bukan boleh makan di restoran pun, bungkus saja. Jadi tak ada masalah untuk buka sampai jam 10 atau 12 tengah malam. Rakyat sudah buktikan boleh ikut SOP," katanya lagi.
Eksekutif komunikasi korporat Nur Hanani, 29, juga merasakan tiada keperluan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan bagi PKP kali ini.
"Dulu masa PKP pertama mungkin boleh terima tapi sekarang kita sudah nampak kesannya. Ia tak masuk akal," katanya yang menggunakan khidmat penghantaran makanan hampir setiap hari.
Katanya, walaupun orang yang bekerja dari rumah boleh membuat pesanan lebih awal untuk malam malam, ramai yang tidak sempat berbuat demikian kerana kesibukan, selain ada juga yang bekerja di luar waktu biasa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/penghantar-makanan-pelanggan-harap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkan Kedai Makan Beroperasi Hingga 10 Malam Fahmi Fadzil

Benarkan Kedai Makan Beroperasi Hingga 10 Malam Fahmi Fadzil

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 286 hits
POSTED BY AMIR WLRKerajaan digesa supaya membenarkan kedai makan dan penghantaran makanan beroperasi sehingga 10 malam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata ini berdasarkan...
Operasi Kedai Makan Dan Restoran Dilanjutkan Sehingga 10 Malam Bermula 22 Januari 2021

Operasi Kedai Makan Dan Restoran Dilanjutkan Sehingga 10 Malam Bermula 22 Januari 2021

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 509 hits
Assalamualaikum Hari ini 21 Januari 2021 Agak lama tak menulis Juga tak menjengah blog sendiri Kekangan waktu Maklumlah awal tahun Agak sibuk dengan tugas hakiki Tambahan pula bila diumumkan PKP ekoran kes covid19 yang mencanak naik di nega...
Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan Tak Terhad Hingga 8 00 Malam

Kerajaan Kaji Semula Terhadap Waktu Operasi Kedai Makan Tak Terhad Hingga 8 00 Malam

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Putrajaya melalui Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula waktu operasi premis makanan supaya tidak lagi terhad hingga 8 malam seperti ditetapkan SOP Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata ka...
K Jaan Dapatkan Nasihat Kkm Mengenai Waktu Operasi Kedai Makan

K Jaan Dapatkan Nasihat Kkm Mengenai Waktu Operasi Kedai Makan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 264 hits
Kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengenai sama ada waktu operasi restoran atau kedai makan di negeri negeri yang kini melaksanakan perintah kawalan pergerakan boleh dilanjutkan atau sebaliknya Ini selepas ker...
Tutup Kedai Makan Jam 8 Boleh Bendung Covid

Tutup Kedai Makan Jam 8 Boleh Bendung Covid

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 332 hits
Hashtag yang dikatakan trending di media sosial terutamanya Twitter Semuanya gara gara kedai makan terpaksa tutup jam 8 malam Serius aku tak faham bagaimana kedai makan tutup jam 8 malam boleh bendung Covid 19 sedangkan semua makanan hanya ...
Hiburan Cuba Cuba Jadi Penghantar Makanan Waris Nak Ingatkan Diri Agar Sentiasa Bersyukur

Hiburan Cuba Cuba Jadi Penghantar Makanan Waris Nak Ingatkan Diri Agar Sentiasa Bersyukur

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 339 hits
Penyanyi rap yang berasal dari Negeri Sembilan Waris telah mencuri tumpuan peminat dan pengikutnya di Instagram apabila dia ada memuat naik foto memaparkan dia kini menjadi penghantar makanan ataupun lebih dikenali sebagai rider Sumber Inst...
5 Tempat Makan Yang Baik Dengan Pemandangan Malam Menakjubkan

5 Tempat Makan Yang Baik Dengan Pemandangan Malam Menakjubkan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 486 hits
5 Tempat Makan Yang Baik Dengan Pemandangan Malam Menakjubkan Makan malam dengan pemandangan yang indah adalah salah satu suasana romantik Makan malam bersama pasangan dengan pemandangan cantik waktu malam akan membuatkan ianya menjadi sala...
Baru Disahkan Hamil Elak Makan Makanan Jenis Ini Bahaya Untuk Kandungan

Baru Disahkan Hamil Elak Makan Makanan Jenis Ini Bahaya Untuk Kandungan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 405 hits
Bagi seorang wanita mengandung pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian Jom ketahui makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan Apabila bergelar wanita mengandung p...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Why Dr M Was Right About Anwar

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dibilang Underdog Pelatih Filipina U 23 Menyengat Indonesia Aja Cuma Bisa Cetak 1 Gol

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu