Pengguna Lebuhraya Terpaksa Berpatah Balik Tunda Perjalanan Akibat Km198 Lpt Di Tutup


 


KUANTAN  -- Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terpaksa berpatah balik dan menunda perjalanan mereka susulan penutupan jalan di Kilometer (KM) 198.8, arah Timur dan Barat dekat  Gambang dan Sri Jaya sekitar 8.30 pagi tadi.
Pesara Mohamed Radhi Samat, 64, berkata beliau kini masih mencari laluan alternatif untuk pulang ke Shah Alam, Selangor selepas dimaklumkan mengenai penutupan laluan di LPT Fasa 1 (LPT1) dan jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur akibat banjir.
Katanya, mereka yang terdiri daripada 15 orang melibatkan empat keluarga bertolak ke Kuala Terengganu,  pada Jumaat bagi mengikuti rombongan menghantar anak saudara mereka   melangsungkan perkahwinan di sana.
"Kami tak sangka terkandas...mulanya saya ingat ada kemalangan yang menyebabkan jalan sesak, tapi apabila memeriksa media sosial ramai yang berkongsi gambar mengenai banjir di LPT1.
Harapnya keadaan akan surut pada waktu petang atau malam kerana ada antara kami yang bekerja esok. Jika masih tiada pilihan, kami terpaksa berpatah balik dan berharap keadaan pulih awal pagi Isnin," katanya kepada Bernama.
Peniaga Hafizah Aina Halimi, 30,  yang berhasrat ke Kuala Lumpur berkata beliau terpaksa menunda perjalanannya selepas mendapat tahu jalan berkenaan ditutup kerana dinaiki air menerusi media sosial.

“Saya tengah bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur awal pagi tadi sebelum diberitahu adik berkenaan situasi tersebut dan saya terus buka Twitter LPT untuk semak perkara itu...mungkin kalau jalan dah dibuka semula saya akan ke ibu negara esok,” katanya kepada Bernama.
Pemilik akaun Instagram @farahlee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 32, melalui perkongsiannya memaklumkan, beliau yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik susulan penutupan jalan di Gambang.
“Kita agak sedih sikit, bertolak keluar awal pagi dari Terengganu tetapi sebelum keluar dari Gambang jalan dah ditutup,” katanya menerusi laman sosial itu.
Sementara itu, pemegang konsesi LPT1, ANIH Berhad menerusi kenyataannya pagi tadi menasihatkan pengguna lebuh raya dari Pantai Timur yang ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas tamat cuti hujung tahun hari ini, untuk menangguhkan perjalanan mereka kerana laluan itu dinaiki air setinggi dua meter sepanjang satu kilometer.
Bagaimanapun, ANIH Berhad dalam kenyataan terbaharu memaklumkan laluan KM198 LPT1 Gambang-Sri Jaya dibuka semula kepada semua jenis kenderaan pada 3.30 petang ini dengan dua lorong ke arah Timur dibuka sepenuhnya, manakala bagi laluan ke Kuala Lumpur, hanya lorong laju dibenarkan dilalui kenderaan buat masa ini.  #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/banjir-pengguna-lebuhraya-terpaksa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujan Lebat Beberapa Jalan Terpaksa Di Tutup Akibat Insiden Tanah Runtuh Banjir Di Pahang

Hujan Lebat Beberapa Jalan Terpaksa Di Tutup Akibat Insiden Tanah Runtuh Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 485 hits
KUANTAN Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa jalan di Pahang terpaksa ditutup akibat tanah runtuh atau dinaiki air Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata Jalan Raub Bukit Fraser ditutup kepada semua ke...
Pengguna Lpt2 Di Saran Rancang Perjalanan Susulan Banjir Di Km198 Lpt1 Dekat Gambang

Pengguna Lpt2 Di Saran Rancang Perjalanan Susulan Banjir Di Km198 Lpt1 Dekat Gambang

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 357 hits
KUALA TERENGGANU Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 disaran merancang perjalanan mereka susulan banjir di kedua dua arah di Kilometer 198 Lebuhraya Pantai Timur 1 iaitu di antara Persimpangan Bertingkat Sri Jaya dan Gambang Pahang ketika ini...
Lagi Isu Kerajaan Malaysia Terpaksa Membayar Pampasan Akibat Membatalkan Projek Najib Salah Siapa

Lagi Isu Kerajaan Malaysia Terpaksa Membayar Pampasan Akibat Membatalkan Projek Najib Salah Siapa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 424 hits
TAK KESAH JIKA PERLU BAYAR PAMPASAN RATUSAN JUTA SELEPAS USAHASAMA DENGAN SINGAPURA DALAM PROJEK HSR TERBATAL KERANA YANG PENTING KRONI MESTI DIUTAMAKAN Tarikh deadline untuk memuktamadkan keputusan berkenaan hala tuju perjanjian projek ker...
Tnb Tutup 91 Pencawang Akibat Banjir Di Pahang Dan Johor

Tnb Tutup 91 Pencawang Akibat Banjir Di Pahang Dan Johor

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 558 hits
Oleh Media Mulia PETALING JAYA Tenaga Nasional Berhad telah menutup sementara bekalan ke 91 pencawang elektrik di Pahang dan Johor berikutan banjir akibat hujan lebat yang berterusan Sehingga pukul 6 petang ini 67 pencawang elektrik di Jeng...
Terpaksa Bedah Potong Tangan Akibat Kemalangan

Terpaksa Bedah Potong Tangan Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 414 hits
Pasir Gudang Polis giat mengesan pemandu lori bagi membantu siasatan kes langgar lari di Kilometer 28 Lebuhraya Pasir Gudang di sini semalam yang mengakibatkan pekerja selia selenggara jalan menjalani pembedahan potong tangan akibat keceder...
Akibat Dilanggar Lari Pak Cik Sis Terpaksa Dipotong Tangan

Akibat Dilanggar Lari Pak Cik Sis Terpaksa Dipotong Tangan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 455 hits
SEMALAM tular satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook bernama Mohd Ridzuan Mohd Razali berkaitan seorang pak cik yang terlibat kemalangan telah selamat menjalani pembedahan Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian daripada wargan...
Paip Banjir Sebanyak 17 Loji Rawatan Air Di Tujuh Daerah Di Pahang Terpaksa Di Tutup

Paip Banjir Sebanyak 17 Loji Rawatan Air Di Tujuh Daerah Di Pahang Terpaksa Di Tutup

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 521 hits
KUANTAN Sebanyak 17 loji rawatan air di tujuh daerah di Pahang terpaksa ditutup ekoran banjir menurut Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP menerusi kenyataan di sini hari ini memaklumkan secara keseluruhan 26 LRA terjejas akibat banjir namun s...
Innalillahi Paru Paru Yusuf Mansur Terluka Akibat Covid 19 Tak Sadar Sempat Pamit Ke Istri

Innalillahi Paru Paru Yusuf Mansur Terluka Akibat Covid 19 Tak Sadar Sempat Pamit Ke Istri

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 235 hits
Yusuf Mansur tanpa sadar sempat menyampaikan pamit kepada istrinya ketika COVID 19 membuat kondisinya semakin buruk Yusuf Mansur mengaku ucapan pamit yang tak disadarinya itu terlontar lantaran dia sudah tidak kuat dengan efek dari penyakit...
Bacaan Doa Sebelum Memulakan Perjalanan Rumi Dan Jawi

Bacaan Doa Sebelum Memulakan Perjalanan Rumi Dan Jawi

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 721 hits
Bacaan Doa Sebelum Memulakan Perjalanan Rumi Dan Jawi Sebelum anda semua melangkah naik memulakan perjalanan seharusnya anda mengamalkan Memulakan Perjalanan untuk keberkatan dan menglindungi diri dari apa apa bahaya Ia juga mempermudahkan ...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Team Hakim Acara Kalam Arabi Zon Jeram Dan Tg Karang Daerah Kusel 2025

Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

Cuci Rambut Dan Rawatan Kulit Kepala

Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n

Bagaimana Membaiki Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Suntikan Im Unidepo

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style