Sungguh Menyayat Hait Guru Jalan Kaki 40km Ke Sekolah Dia Pernah Tahan Kereta Tumpang Lori Pasir


Guru jalan kaki 40km ke sekolah, “Dia pernah tahan kereta, tumpang lori pasir”

PETALING JAYA: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Peribahasa itu jelas sesuai dengan kegigihan seorang guru yang sanggup berjalan kaki sejauh 40 kilometer (km) dari rumahnya di Kota Tinggi, Johor menuju ke sebuah tabika perpaduan yang terletak dalam daerah sama.
Bukan itu sahaja, guru berkenaan turut akan menahan kenderaan yang lalu di kawasan tersebut, termasuk lori pasir demi menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik.
Kisah yang dilalui guru berdedikasi berusia lewat 20-an itu dikongsi Mohd Asmawi Ab Rasip yang juga berkhidmat sebagai seorang guru di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor di Facebooknya pada Khamis.
Menurut Mohd Asmawi, sejak dua minggu lalu dia selalu terserempak dengan guru wanita tersebut ketika dalam perjalanan ke sekolah tempatnya mengajar pada pukul 7 pagi.
Namun sepanjang tempoh dua minggu itu, guru berusia 33 tahun itu berkata dia hanya berkesempatan menumpangkan guru wanita tersebut sebanyak tiga kali.
“Saya tinggal di Felda Linggiu, Kota Tinggi dan bertugas di Bandar Tenggara. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah dalam 15 hingga 20 kilometer (km).
“Sewaktu hendak keluar simpang dari kampung saya, saya selalu terserempak dengan cikgu tersebut yang sedang berjalan kaki dengan memakai baju sukan sambil bawa beg galas ,” katanya kepada mStar Online.
 
Mohd Asmawi menumpangkan guru wanita tersebut sebanyak tiga kali. – Gambar ihsan Mohd Asmawi.
Bagaimanapun MOhd Asmawi berkata sewaktu pertama kali terserempak dengannya di satu persimpangan jalan dua minggu lalu, dia ragu-ragu untuk menumpangkan guru berkenaan kerana keadaannya yang agak mencurigakan.
“Saya fikir dia sedang lari rumah kerana dia pakai baju sukan dan berbeg galas yang agak besar.
“Agak pelik melihat seseorang berjalan kaki di awal pagi di Jalan Linggiu, Bandar Tenggara, Johor ini.
“Dalam hati kata kesian dan tertanya-tanya dari manakah dia berjalan kaki seorang diri macam tu,” katanya.
Pada Ahad lalu, Mohd Asmawi berkata dia sekali lagi terserempak dengan guru tersebut yang hanya dikenali sebagai Sazira sewaktu hendak pergi ke sekolahnya.
“Kali ini dia lambai tangan nak tumpang. Saya berhentikan kereta dan bagi dia naik. Waktu tu saya tak tanya nama dia sebab memang niat nak tumpangkan sahaja sampai ke destinasi.
“Dia beritahu dari rumahnya dia tahan kereta guru lain dari SMK Linggiu dan selepas itu tumpang saya ke Bandar Tenggara. Saya tak turunkan dia sampai depan sekolah kerana saya sendiri pun nak kejar punch card.
“Sebelum turun dekat Bandar Tenggara, saya pesan jika saya jumpa dia, saya akan tumpangkan tetapi saya tak boleh tunggu atau berjanji,” katanya.
Mohd Asmawi berkata guru wanita itu sudah berkhidmat sebagai guru tabika perpaduan selama 10 tahun.
“Dia beritahu dah jadi guru tabika 10 tahun. Lapan tahun berkhidmat di Skudai (Johor) dan dua tahun lagi di Bandar Tenggara,” katanya.
Posting Mohd Asmawi menjadi tular di media sosial sejak Khamis malam.
Ditanya mengapa guru wanita itu memilih cara sedemikian untuk ke sekolah, Mohd Asmawi berkata dia diberitahu oleh Sazira bahawa dia terpaksa menahan kenderaan yang lalu-lalang dan berjalan kaki kerana keretanya rosak selepas terbabit dalam kemalangan semasa hendak ke tempatnya mengajar dan keretanya itu sedang dibaiki.
“Dia kata tiga minggu terpaksa jalan kaki dan menumpang kenderaan lain ke tempat kerja. Rumahnya pula terletak di Kota Tinggi.
“Menurut ceritanya, semasa saya jumpa dia di kawasan lombong pasir, dia tumpang lori sampai ke situ. Tapi saya tak tanya siapa tumpangkan dia sampai ke tempat kerja,” kata guru mata pelajaran Sejarah itu.
Selepas menumpangkan Sazira pada Ahad lalu, Mohd Asmawi berkata dia tercari-cari guru wanita tersebut pada Isnin dan Selasa lalu tetapi kelibatnya tidak kelihatan.
Akhirnya pada Rabu lalu, guru di sebuah sekolah menengah di Bandar Tenggara itu terserempak semula dengan Sariza lalu menumpangkannya.
“Saya tanya dia sebelum saya tumpangkan tu dia naik dengan siapa. Dia kata tumpang pak cik yang hantar cucu ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Tenggara.
“Kebetulan saya kenal pak cik tu sebab dulu dia pernah mengajar saya mengaji… Pak Cik Saat namanya,” katanya.
Mohd Asmawi berkata dia kali terakhir menumpangkan Sariza pada Khamis lalu.
“Kali ini dia kata dari rumah dia, dia tumpang seorang guru pendidikan khas SK Linggiu.
“Semasa dalam perjalanan itu dia dapat mesejWhatsApp daripada seorang guru SMK Linggiu bertanyakan mengenai lokasinya kerana mahu menumpangkannya.
“Mujurlah sesi persekolahan hanya bersisa beberapa hari sahaja lagi,” katanya.
Mohd Asmawi bersama rakan setugasnya di sebuah sekolah menengah di Bandar Tenggara.
Dalam pada itu Mohd Asmawi berkata dia memuat naik posting tersebut bersama dengan gambar guru wanita itu sedang berjalan kaki di Facebooknya pada Khamis malam kerana kagum dengan kesungguhannya untuk mendidik anak bangsa.
Bagaimanapun Mohd Asmawi berkata dia kecewa apabila posting tersebut disalah erti segelintir individu.
“Posting itu bukan dengan niat untuk meminta bantuan. Timbul banyak salah faham. Saya cuma mahu kongsi kegigihan guru wanita itu.
“Walaupun dia berdepan kesusahan tiada alasan untuk dia tidak pergi mengajar, andai kata perlu jalan kaki pun diredahnya,” katanya.
Malah, Mohd Asmawi turut mengulas mengenai dakwaan netizen yang bertanya mengapa guru tersebut tidak menggunakan perkhidmatan Grab.
“Untuk makluman, kawasan ini terletak di luar bandar, jadi tiada perkhidmatan Grab.
“Setahu saya hanya ada satu bas sahaja untuk kemudahan penduduk sekitarnya. Di sini ada masalah pengangkutan awam dan jadual perjalanan.
“Biasanya bas hanya akan dinaiki warga asing. Saya bimbang juga dengan soal keselamatan guru tersebut kerana Jalan Air Terjun menghala ke Bandar Tenggara amat sunyi,” katanya.
sumber
The post Sungguh Menyayat Hait, Guru jalan kaki 40km ke sekolah, “Dia pernah tahan kereta, tumpang lori pasir” appeared first on InfoJe.Com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infoje.com/sungguh-menyayat-hait-guru-jalan-kaki-40km-ke-sekolah-dia-pernah-tahan-kereta-tumpang-lori-pasir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyerang Pospol Di Lamongan Pecatan Polisi Pernah Terlibat Penembakan Guru Ngaji

Penyerang Pospol Di Lamongan Pecatan Polisi Pernah Terlibat Penembakan Guru Ngaji

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 284 hits
Peristiwa penyerangan pos polisi di Lamongan oleh dua orang pelaku yang sudah tertangkap polisi justru menguak cerita lama Sebab salah satu pelaku Eko Ristanto alias ER ternyata merupakan pecatan polisi yang pernah terlibat kasus pembunuhan...
Guru Besar Dipecat Kerana Menggunakan Bekalan Elektrik Sekolah Untuk Melombong Kriptowang

Guru Besar Dipecat Kerana Menggunakan Bekalan Elektrik Sekolah Untuk Melombong Kriptowang

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 375 hits
Demam kriptowang kini sudah semakin susut dengan nilai yang jatuh menjunam jika dibandingkan setahun yang lalu Tetapi masih ramai yang menaruh harapan nilainya akan kembali melonjak dalam masa terdekat Proses melombong masih dilakukan tetap...
Templat Myportfolio Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah

Templat Myportfolio Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1170 hits
Templat myPortfolio Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah perkongsian kali ini berkaitan penyediaan myPortfolio untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khususnya kepada guru Umum se...
Diterima Di Sekolah Polisi Anak Tukang Becak Cium Kaki Ayahnya

Diterima Di Sekolah Polisi Anak Tukang Becak Cium Kaki Ayahnya

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 290 hits
Seorang siswa Sekolah Polisi Negara Polda Sulawesi Selatan Muh Aswar tiba tiba berlutut di hadapan tukang bentor yang sedang mangkal Ternyata tukang bentor yang sedang menunggu penumpang itu adalah ayahnya Kemudian dia mencium kaki sang aya...
Ridwan Kamil Minta Siswa Jalan Kaki 100 Meter Sebelum Gerbang Sekolah

Ridwan Kamil Minta Siswa Jalan Kaki 100 Meter Sebelum Gerbang Sekolah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 224 hits
Ridwan Kamil Minta Siswa Jalan Kaki 100 Meter Sebelum Gerbang Sekolah Apabila ada anak yang terbiasa tidak diantar orang tuanya atau sering menggunakan transportasi umum maka disarankan agar berhenti 100 meter sebelum tiba di sekolah
Kpm Teruskan Cadangan Wujud Jawatan Pembantu Guru Di Sekolah Maszlee

Kpm Teruskan Cadangan Wujud Jawatan Pembantu Guru Di Sekolah Maszlee

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 370 hits
Imej via FB KPMBATU PAHAT Kementerian Pendidikan meneruskan cadangan mewujudkan jawatan baharu dikenali sebagai pembantu guru yang berperanan membantu guru guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran Menterinya Dr Maszlee Malik berkat...
Viral Video Guru Menendang Karena Dikepung Murid Begini Kata Pihak Sekolah

Viral Video Guru Menendang Karena Dikepung Murid Begini Kata Pihak Sekolah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 247 hits
Viral Video Guru Menendang Karena Dikepung Murid Begini Kata Pihak Sekolah Namun dia mengakui ulah siswa itu sudah kelewatan Pihaknya pun akan menyelesaikan tindakan secara internal
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari