Pengerusi Pn Wajar Presiden Kata Pemimpin Bersatu


Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker berkata ia bagi elak cetuskan kekeliruan dari segi autoriti dan risiko lemahkan rantaian pentadbiran.
Dua pemimpin Bersatu berkata jawatan pengerusi Perikatan Nasional wajar disandang presiden parti komponen yang miliki mandat dan kuasa eksekutif tertinggi dalam parti masing-masing. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Dua pemimpin Bersatu berkata jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) wajar disandang oleh presiden parti komponen supaya tidak cetuskan isu autoriti kepimpinan dan kekeliruan dari sudut mandat ahli serta bidang kuasa
Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker berkata dari sudut prinsip dan amalan politik yang sihat, jawatan itu wajar disandang presiden parti yang memiliki mandat tertinggi dalam struktur parti masing-masing.
“Pelantikan individu selain daripada kalangan presiden bukan sahaja mencetuskan kekeliruan dari segi autoriti kepimpinan, malah berisiko melemahkan rantaian pentadbiran.
“Ia juga menyukarkan penyelarasan gabungan serta menjejaskan keberkesanan pembuatan keputusan strategik,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata melantik pengerusi PN daripada kalangan timbalan atau naib presiden atau pihak luar berpotensi menimbulkan kekeliruan dari sudut mandat ahli, bidang kuasa serta kuasa membuat keputusan.
“Saya tidak pasti mengenai struktur dalaman PAS, namun kebiasaannya dalam kebanyakan parti politik, kuasa eksekutif tertinggi terletak pada presiden,” katanya dalam satu kenyataan.
Tun Faisal berkata timbalan, naib Presiden serta wakil-wakil parti komponen yang menjadi anggota majlis tertinggi PN tetap mempunyai peranan penting berdasarkan jawatan yang disandang dalam PN.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin Bersatu itu menyokong Presiden PAS Hadi Awang sebagai pilihan paling rasional dan wajar sebagai pengerusi PN.
Pandangan ini muncul ketika satu nama mendapat sokongan terbuka daripada ketua sayap PAS dan Pemuda negeri, setakat ini.
Terdahulu hari ini, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Sanusi Nor, dapat persetujuan Ketua Dewan Ulama Ahmad Yahaya sekiranya dicadangkan untuk jawatan pengerusi PN.
Terbaharu, Pemuda PAS Selangor menyatakan sokongan penuh kepada Sanusi, menegaskan “PN memerlukan kesinambungan yang lebih segar kepada rakyat dan negara”.
FMT mendapat pengesahan daripada Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden bahawa PAS belum memuktamadkan calon untuk jawatan pengerusi PN.
Kelmarin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan isu jawatan pengerusi PN akan dibawa ke majlis tertinggi gabungan yang dianggotai presiden parti-parti komponen. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2026/01/pengerusi-pn-wajar-presiden-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Bersatu Pn Tak Akan Terkubur

Pemimpin Bersatu Pn Tak Akan Terkubur

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 68 hits
Shakira BuangPN tidak akan berkubur seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya masih berfungsi dengan Bersatu kekal sebagai parti komponen gabungan itu kata Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz Menurut Tun Faisal setakat ini tia...
Ada Hikmah Mca Tiada Dalam Kabinet Kata Pemimpin Pemuda

Ada Hikmah Mca Tiada Dalam Kabinet Kata Pemimpin Pemuda

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 126 hits
Timbalan Ketua Pemuda MCA Mike Chong Yew Chuan berkata ketiadaan wakil parti itu dalam rombakan Kabinet membolehkannya memainkan peranan semak dan imbang MCA tidak mempunyai wakil dalam Kabinet kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim PETA...
Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 172 hits
Malaysiakini nbsp Beberapa pemimpin PAS hari ini menyampaikan pesanan yang membayangkan hubungan parti itu dengan Bersatu semakin meruncing Walaupun tidak menyebut sebarang nama mahupun parti secara khusus pesanan itu dibuat selepas pelanti...
Mara Tumpu R D Perkasa Produk Bumiputera Kata Pengerusi

Mara Tumpu R D Perkasa Produk Bumiputera Kata Pengerusi

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 106 hits
Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan biaya khidmat nasihat dan pemantauan tidak cukup perluas jangkauan produk keluaran Bumiputera Pengerusi M Asyraf Wajdi Dusuki bersama Pengasas Aris Burger Haris Embong pada majlis pelancaran di Kompleks U...
Tiada Hala Tuju Lagi Pemuda Pas Selangor Desak Putus Hubungan Dengan Bersatu

Tiada Hala Tuju Lagi Pemuda Pas Selangor Desak Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 95 hits
Pemuda PAS Selangor mendesak PAS Pusat memutuskan hubungan dengan BERSATU menyifatkan kerjasama sedia ada tidak memberi manfaat kepada perjuangan parti Pemuda PAS Selangor mahu gabungan politik Melayu dibentuk semula Ketua Pemuda PAS Selang...
Menjelang Pru16 Pas Akan Bincang Kesan Politik Perlis Kerjasama Bersatu

Menjelang Pru16 Pas Akan Bincang Kesan Politik Perlis Kerjasama Bersatu

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 113 hits
Mohamad FadliKUALA LUMPUR PAS akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan kesan isu politik di Perlis termasuk kerjasama dengan Bersatu kata Naib Presiden Mohd Amar Abdullah Amar berkata isu berkenaan masih belum dibincangkan ...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Last Supper In 2025 Hello 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiket Kidzania Murah

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Selamat Tahun Baru 2026 You All

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026