Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan




MELAKA - Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 32 inisiatif sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selain mengumumkan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan.
Manifesto 'Pelan Tindakan - Maju Bersama Harapan' itu merangkumi aspek kesihatan, kebajikan, ekonomi penduduk, usahawan dan negeri serta reformasi pentadbiran kerajaan Melaka.
Mengumumkan inisiatif itu, Adly yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, berkata isu kesihatan, ekonomi dan kestabilan politik dilihat sebagai perkara paling penting perlu diatasi di Melaka.
Katanya, antara inisiatif itu termasuk menggubal enakmen antilompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan Melaka, selain mengiktiraf kedudukan ketua pembangkang setaraf EXCO.
"PH juga akan memberikan hak peruntukan tahunan setara kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti.
"Selain itu, PH akan mewajibkan setiap ADUN membuat pengisytiharan harta dan menjadikan amalan tender terbuka sebagai teras proses perolehan negeri.
"Pelaksanaan teras ini ditulis sebagai pelan tindakan sebab selepas mandat diperoleh, tugas utama PH Melaka adalah bertindak memastikan kesejahteraan, kemakmuran dan kestabilan politik negeri dapat dijayakan," katanya pada majlis pengumuman Pelan Tindakan - Maju Bersama Harapan di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua Timbalan Pengerusi PH, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengumumkan Adly sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka jika PH menang pada PRN Melaka, 20 November ini.
Ia sekali gus mengakhiri khabar angin mengenai kemungkinan calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan yang juga bekas Ketua Menteri Melaka era pentadbiran Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Idris Haron kembali memegang jawatan itu.
Anwar berkata, Adly yang pernah memegang jawatan itu kira-kira 22 bulan bermula Mei 2018, dipilih secara konsensus oleh barisan kepemimpinan PH.
"Kita sudah menonjolkan satu tokoh yang pernah memimpin kerajaan PH Melaka. Naratif kita konsisten, apa saja langkah mengembalikan mandat PH harus kita dukung.
"Dengan itu, muafakat dan konsensus yang tercapai antara kepemipinan adalah meneruskan komitmen yang sama dan dengan ini menamakan Adly sebagai calon Ketua Menteri Melaka apabila kita menang," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/pengerusi-ph-melaka-adly-zahari-sebagai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 504 hits
Pakatan Harapan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu diberi mandat memerintah oleh rakyat pada 20 November ini Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Adly dan kerajaan PH sekira...
Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 377 hits
Lim menyatakan harapan agar PH tidak terus melakukan lebih banyak kesilapan terutamanya mengenai calon ketua menteri gabungan itu untuk pilihan raya negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui Pakatan Harapan telah membuat kesi...
Tinjauan Dapati Nama Adly Lebih Menonjol Sebagai Calon Ketua Menteri

Tinjauan Dapati Nama Adly Lebih Menonjol Sebagai Calon Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 253 hits
November 9 2021 Nama Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka dilihat lebih menonjol berbanding nama nama dari parti lain yang turut dikaitkan dengan jawatan tersebut Demikian pandangan Koordinator Penyelidik REFSA Fakhrurrazi Rashid yang b...
Ph Melaka Calonkan Adly Zahari Ketua Menteri

Ph Melaka Calonkan Adly Zahari Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 388 hits
Pakatan Harapan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu diberi mandat memerintah oleh rakyat pada 20 November ini Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Adly dan kerajaan PH sekira...
Report Adly Zahari Promises Special Attention To Sea Embankment Projects If Pakatan Wins Melaka Poll

Report Adly Zahari Promises Special Attention To Sea Embankment Projects If Pakatan Wins Melaka Poll

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 216 hits
Melaka Pakatan Harapan chairman Adly Zahari with the manifesto for the upcoming Melaka election November 10 2021 Bernama picKUALA LUMPUR Nov 15 Land reclamation issues that affect fishing as well as the export of sand will be considered pro...
Adly Zahari Diumumkan Calon Km Melaka Jika Ph Menang

Adly Zahari Diumumkan Calon Km Melaka Jika Ph Menang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 256 hits
BORHAN AHMADPengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari diumumkan sebagai satu satunya calon ketua menteri Melaka jika Pakatan Harapan dipilih oleh rakyat negeri ini dalam pilihan raya negeri nanti Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi PH D...
Isteri Banduan Liwat Kalah Saman Fitnah Rm2 Juta

Isteri Banduan Liwat Kalah Saman Fitnah Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 506 hits
Setelah tujuh tahun menanti akhirnya kebenaran memihak kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang sebelum ini teruk difitnah Pembangkang dengan pelbagai isu karut marut Pada semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden PK...
Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 320 hits
MELAKA Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipecat daripada UMNO sah menyertai parti komponen Pakatan Harapan masing masing PKR dan Parti Amanah Negara Bekas ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan berkata beliau dan bekas ADUN Sung...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

When Silence Turns To Violence Call To Reform Mental Health

Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip