Ph Melaka Calonkan Adly Zahari Ketua Menteri



Pakatan Harapan (PH) menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu diberi mandat memerintah oleh rakyat pada 20 November ini.
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Adly dan kerajaan PH sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan meneruskan dasar pro rakyat yang telah diasaskan ketika mentadbir negeri itu sepanjang 22 bulan lalu.
“PH meletakkan calon di 28 kerusi, atas nama PH dan kita akan berkerja sebagai satu pasukan.
“Kalau pilih parti sebaliknya (lawan), menang PN dan BN, Pas itu hanya menumpang sedikit, akan membawa satu kekecohan yang besar kerana mereka ada dua calon Ketua Menteri.
“Kita telah menonjolkan satu tokoh yang pernah menerajui kerajaan PH. Maka dengan itu muafakat pimpinan ialah meneruskan komitmen yang sama. Dengan ini PH menamakan saudara Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri.
“Bila kita menang dia akan diangkat untuk meneruskan agenda (pro rakyat),” katanya dalam majlis pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama HARAPAN yang merupakan manifesto PH Melaka.
Menurut Anwar, muafakat PH sesungguhnya untuk meletakkan asas yang kukuh dalam politik membela rakyat dengan prinsip tatakelola yang baik.
Politik, katanya, tidak boleh digunakan untuk mengaut kekayaan serta keuntungan peribadi dan membiarkan rakyat melarat.
“Memang saya tidak boleh nafikan permasalahan yang berlaku di Melaka dan politik sengit menyebabkan rakyat berasa kian sinis dan kecewa, dan tempiasnya kepada semua ahli politik.
“Ahli politik gunakan kuasa untuk mengaut kekayaan dari saham ke pasir. Atau salah guna kuasa kayakan diri keluarga dan kroni. Itu yang harus ditolak.
“Rakyat yang menentukan sama ada mereka mahu mengekalkan satu sistem yang bobrok yang telah memungah kekayaan atau (mereka mahu) yang menjamin satu tatakelola baik berdasarkan prinsip akhlak dan ektika. Ini yang kita cuba sedaya mungkin bentangkan kepada rakyat negeri Melaka,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengingatkan rakyat Melaka untuk tidak lupa kepada kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sering bergolak dan gagal menangani Covid 19.
Kelewatan mendapatkan vaksin, katanya, menjadikan Malaysia di antara negara paling teruk menghadapi pandemik Covid di dunia dan menyebabkan hampir 30,000 kematian.
Begitu juga jurang antara miskin dan kaya yang tidak mampu dirapatkan dalam dasar kerajaan PN, malah tidak bersungguh-sungguh pula menyiasat skandal Pandora Papers yang menyebabkan RM1.8 trilion mengalir keluar negara secara diragui.
“Jurang kemiskinan antara kaya dan miskin (masih luas). Namun barisan pimpinan tersergam dengan kekayaan luar biasa, termasuk yang datang ke Melaka.
“Jangan lupa negara masih menanggung hutang RM32 bilion skandal 1MDB. Saya timbulkan mengenai Pandora Papers yang meragut kekayaan begitu besar. Seorang ada ratusan juta ringgit disimpan di tax heaven,” katanya.
Bagaimanapun Anwar tidak meremehkan kebijaksanaan pengundi Melaka untuk membuat perubahan.
Katanya, Melaka yang pernah menjadi kosmopolitan pada era empayar kesultanan lalu perlu dikembalikan kegagahannya dan kegemilangannya.
“Melaka di antara negeri di kepulauan Melayu yang telah melakar sejarah luar biasa gemilang. Kesultanan Melayu Melaka terkenal dengan tatakelola. Tetapi bila tempang berlakulah kecurangan dan mudah diserang oleh musuh.
“Namun kemajmukan Melaka itu menyebabkan ia menjadi ulung. Jelas Melayunya, jelas Islamnya tetapi ada kepelbagaian kaum, agama dan budaya sehingga dikupas oleh sarjana sejarah sebagai kosmopolitan Melaka.
“Malah orang Melayu Melaka dibesarkan dengan menghormati Laksamana Hang Tuah yang dianggap hebat, kerana Hang Tuah menguasai pelbagai bahasa yang melambangkan kepelbagaian, beliau kuasai 11 bahasa. Ini budaya yang tidak diterapkan. Yang diterapkan oleh parti tertentu ialah permusuhan kaum dan agama hingga negara kucar kacir,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33454

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 407 hits
Pakatan Harapan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu diberi mandat memerintah oleh rakyat pada 20 November ini Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Adly dan kerajaan PH sekira...
Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 291 hits
MELAKA Pakatan Harapan mengumumkan 32 inisiatif sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri Melaka selain mengumumkan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan Manife...
Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 218 hits
Fareez AzmanDatuk Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini Gambar fail AYER KEROH Datuk Se...
Adly Zahari Diumumkan Calon Km Melaka Jika Ph Menang

Adly Zahari Diumumkan Calon Km Melaka Jika Ph Menang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 220 hits
BORHAN AHMADPengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari diumumkan sebagai satu satunya calon ketua menteri Melaka jika Pakatan Harapan dipilih oleh rakyat negeri ini dalam pilihan raya negeri nanti Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi PH D...
Prn Melaka 32 Inisiatif Untuk Pengundi Melaka Adly Zahari

Prn Melaka 32 Inisiatif Untuk Pengundi Melaka Adly Zahari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 212 hits
Pengundi pengundi di Pilihan Raya Negeri Melaka diberikan 32 inisiatif dalam manifesto Pakatan Harapan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari yang mengumumkan manifesto bertemakan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan itu rata ratanya merangkumi asp...
Report Adly Zahari Promises Special Attention To Sea Embankment Projects If Pakatan Wins Melaka Poll

Report Adly Zahari Promises Special Attention To Sea Embankment Projects If Pakatan Wins Melaka Poll

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 191 hits
Melaka Pakatan Harapan chairman Adly Zahari with the manifesto for the upcoming Melaka election November 10 2021 Bernama picKUALA LUMPUR Nov 15 Land reclamation issues that affect fishing as well as the export of sand will be considered pro...
Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 343 hits
Lim menyatakan harapan agar PH tidak terus melakukan lebih banyak kesilapan terutamanya mengenai calon ketua menteri gabungan itu untuk pilihan raya negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui Pakatan Harapan telah membuat kesi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids