Pengembara Berkereta Melalui Tuas Woodlands Guna Kod Qr Mulai 19 Mac


 
Untuk masuk atau keluar Singapura, pengembara tidak perlu lagi menghantar pasport kepada pegawai ICA di kaunter kereta, sebaliknya hanya perlu mengimbas kod QR dalam aplikasi MyICA. (Gambar fail)SINGAPURA: Pengembara yang tiba dan keluar dari Singapura dengan kereta melalui tempat pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh menggunakan kod respons pantas (QR) bagi menggantikan pasport untuk pelepasan imigresen yang lebih cepat dan mudah mulai 19 Mac.
Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, pengembara tidak perlu lagi menghantar pasport kepada pegawai ICA di kaunter kereta, sebaliknya hanya mengimbas satu kod QR yang diperoleh sebelum tiba di pusat pemeriksaan.
Untuk tujuan ini, pengembara perlu memuat turun aplikasi MyICA pada peranti mudah alih mereka dan memasukkan butiran pasport di dalam aplikasi itu untuk menghasilkan kod QR yang unik.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
Dalam pada itu, menurut ICA, butiran pasport penduduk Singapura akan dimasukkan secara automatik menerusi SingPass apabila mereka mengakses aplikasi MyICA atau menggunakan fungsi kamera terbina dalam pada aplikasi mudah alih untuk mengimbas Zon Boleh Dibaca Mesin (MRZ) pada muka surat biodata mereka di dalam pasport.
MRZ merupakan dua atau tiga baris aksara di bahagian bawah muka surat biodata pasport mereka.
Menurut ICA, warga asing yang pernah mengunjungi Singapura sebelum ini boleh menggunakan kamera terbina dalam aplikasi MyICA bagi mengimbas MRZ untuk memasukkan maklumat pasport mereka.
Bagaimanapun, pengunjung kali pertama dan mereka yang memasuki Singapura menggunakan pasport berbeza daripada kunjungan terakhir perlu menyerahkan pasport untuk pelepasan imigresen dan hanya boleh menggunakan kod QR untuk pelepasan imigresen pada perjalanan seterusnya.
ICA berkata, pengembara di dalam kereta sama boleh memasukkan butiran pasport dan menghasilkan kod QR untuk satu kumpulan bagi pelepasan imigresen.
Agensi itu berkata, inisiatif kod QR ini membolehkan pengembara menikmati pengalaman yang lebih pantas dan mudah dengan anggaran penjimatan masa kira-kira 20 saat untuk kereta dengan empat pengembara kepada hampir seminit untuk kenderaan dengan 10 pengembara.
“Selepas inisiatif ini dilancarkan, pengembara masih boleh memilih untuk menyerahkan pasport fizikal mereka kepada pegawai di kaunter, seperti amalan pada masa ini,” katanya.
ICA berkata, pihaknya merancang untuk meluaskan penggunaan kod QR ini secara progresif ke zon pelepasan lain di pusat pemeriksaan darat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/pengembara-berkereta-melalui-tuas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berita Terkini Bursa Menangguhkan Saham Country Heights Berkuatkuasa Mulai 8 Mac

Berita Terkini Bursa Menangguhkan Saham Country Heights Berkuatkuasa Mulai 8 Mac

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 137 hits
Bursa telah mengumumkan penangguhan perdagangan bagi Country Heights Holding Berhad kerana gagal mengemukakan Laporan Kuartal Keempat bagi tempoh kewangan berakhir pada 31 Disember 2023 untuk dibuat ketersediaan kepada orang ramai dalam jan...
Harga Mycity Pass Rapid Kl Satu Hari Turun Kepada Rm6 Mulai 8 Mac

Harga Mycity Pass Rapid Kl Satu Hari Turun Kepada Rm6 Mulai 8 Mac

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 270 hits
Rapid KL telah mengumumkan bahawa akan ada penyesuaian harga sedikit untuk pas MyCity yang akan berkuat kuasa esok 8 Mac 2024 Khususnya pas MyCity satu hari akan berharga RM6 mulai sekarang berbeza dengan harga semasa RM5 Seperti yang diter...
Harnessing Efficiency The Benefits Of A Mac Time Tracking App

Harnessing Efficiency The Benefits Of A Mac Time Tracking App

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 184 hits
In the fast paced world of work today where time is often equated with efficiency having the appropriate tools to organize and track your work hours becomes paramount Mac users can make use of specialized time tracking software which seamle...
Program Makan Siang Gratis Mulai Dibahas Pdip Upaya Bangun Skenario Pemilu Sudah Selesai

Program Makan Siang Gratis Mulai Dibahas Pdip Upaya Bangun Skenario Pemilu Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 178 hits
Padahal rekapitulasi baru dilakukan Ini tentu saja menyentuh aspek aspek hukum dan aspek etika dari penyelenggara negara
Satgas Pangan Polri Klaim Harga Beras Di Makassar Mulai Turun Ini Sebabnya

Satgas Pangan Polri Klaim Harga Beras Di Makassar Mulai Turun Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 380 hits
Satgas mengimbau masyarakat Makassar tidak panic buying Ia berharap masyarakat memilih beras SPHP yang juga kualitasnya premium
Kadar Pertukaran Usd Myr Yang Diterbitkan Oleh Google Pada 15 Mac 2024 Adalah Tidak Tepat

Kadar Pertukaran Usd Myr Yang Diterbitkan Oleh Google Pada 15 Mac 2024 Adalah Tidak Tepat

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 194 hits
Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia BNM tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang sedang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD MYR yang salah diterbitkan oleh Google pa
Free 0 25 Gram Goldbar Bila Join Dealer Emas Orodesign Mac 2024

Free 0 25 Gram Goldbar Bila Join Dealer Emas Orodesign Mac 2024

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 436 hits
Kisah penyimpan emas Saya kongsikan kisah ini dari nukilan seorang rakan seller emas juga Semoga kita dapat manfaat dari perkongsian beliau Kisah 1 gram dan kisah 100 Dinar Emas Sepanjang 12 tahun terlibat dengan emas saya jumpa banyak kisa...
Honor Magic6 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Mac

Honor Magic6 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Mac

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR 11 Mac 2024 HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro flagship baharu yang dinanti nantikan pada 20 Mac ini Pelancaran ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang Mod...
Pampasan Tanah Kerajaan Persekutuan Setuju Selesai Babit Kem Syed Sirajuddin Pm Anwar

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Drama Dr Pontianak 2

Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Cara Masuk Whatsapp Web Bikin Chat An Di Laptop Makin Seamless

Jadwal Al Nassr Vs Al Ahli Di Final Saudi Super Cup 2025 Malam Ini Penentuan Juara

Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ini Pengalaman Aku Drive Kereta Bezza 1 0 Auto Yang Murah Dan Mampu Milik

Taman Safari Indonesia Perkukuh Kehadiran Di Malaysia Sebagai Destinasi Keluarga Hidupan Liar Bertaraf Dunia

Pendamping Produk Halal Umkm Kubu Raya Cara Daftar Halal Self Declare Tahun 2025

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Filem Blood Brothers Bara Naga

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat