Free 0 25 Gram Goldbar Bila Join Dealer Emas Orodesign Mac 2024
Kisah penyimpan emas. Saya kongsikan kisah ini dari nukilan seorang rakan seller emas juga. Semoga kita dapat manfaat dari perkongsian beliau.
Kisah 1 gram dan kisah 100 Dinar Emas.Sepanjang 12 tahun terlibat dengan emas, saya jumpa banyak kisah-kisah menarik dalam dunia emas nie.
Ada kisah yang menyebabkan saya ketawa dan ada kisah yang menyebabkan saya teruja.
Ia adalah cerita mengenai sifat konsisten seorang manusia @ istiqamah.
Ok, ada 3 cerita.
Cerita pertama: seorang hamba Allah yang ingin menyimpan emas, membuka akaun simpanan emas GAP dengan 1 gram.
Lepas tu dia langsung tak pernah tambah gram dalam akaun GAP dia. Sikit pun tak tambah.
Dia pakai konsep bukak akaun dan tinggal. Mungkin dia ingat 1 gram tu boleh beranak jadi 10 gram kot selepas setahun. kikiki...
Selepas setahun lebih dari tarikh buka akaun gap, dia tutup akaun 1 gram tersebut.
Tamatlah riwayat akaun GAP 1 gram tu
Cerita kedua: seorang cikgu @ kak Ita yang buka akaun GAP untuk anaknya pada tahun 2014.
Start dari hari buka akaun tersebut, kak Ita topup akaun GAP anaknya 1 gram setiap bulan TANPA GAGAL.
Sekarang akaun GAP tersebut dah ada 73 gram emas (as on November 2020)
Ini adalah kuasa 1 gram yang berterusan setiap bulan. Setelah 6 tahun akan nampak hasilnya.
Cerita ketiga: 100 Dinar Emas.
Nak dengar cerita 100 Dinar Emas? Ini adalah salah satu pengalaman menarik pernah saya saksikan 🥳
"Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya".
Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit... dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.
Hamba Allah ini sangatlah konsisten dengan hobi mengumpul Dinar Emas sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas
Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.
Yang saya tahu.. dia kumpul sedikit demi sedikit. Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.
Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas. Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.
Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)
(sila tengok gambar)
Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya (tengok gambar komen pertama). Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.
Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.
Saya tanya dia "Bang.. kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?
Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".
"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"
"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.
"Saya nak beli tanah" jawab dia...
"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset " Balas saya.
nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM150,000
Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah
Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.
1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.
Tengok macammana brother ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.
Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.
Takper.. asalkan bergerak dan jangan berhenti.
2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.
Jadi jual ajerlah.. tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus.. sangat bagus.
Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.
Tawaran Menjadi Ahli Orodesign & Belanja Emas Harga KilangKempen bulan Mac 2024 telah pun bermula, cuma saya sahaja agak lewat kongsikan buat pembaca. Maaf ya
Kempen Keahlian Emas Orodesign kali ini lebih meriah!
Keahlian ini dibuka bukan untuk orang Malaysia sahaja tetapi turut Singapore dan Brunei! Cuma postage kami poskan di dalam Malaysia sahaja ya.
Daftar RM399 seumur hidup.
Free Gift emas 0.25gram 999.9 untuk new dealer/ahli.
Goldbar Emas 999.9 0.25 gramHarga semasa RM 117.00Anda dapat PERCUMA
Kepada yang nak jadi ahli semata-mata untuk simpan emas sahaja kerana nak harga kilang. Maka yes saya amat sarankan please join Orodesign.
Harga emas Orodesign terbukti lebih MURAH dari jenama lain dan dari kedai emas.
KUALITI 999.9 % ya, bukan 999.0 atau 945 atau 916
Apabila anda menjadi ahli Orodesign, perbezaan harga emas jauh bezanya, sehingga ribuan ringgit. Sangatlah rugi apabila anda beli emas kualiti dan mutu yang sama tetapi margin tinggi.
Kepada yang nak bisnes emas, jadi tokei emas, nak bina networking emas pula di bawah anda, ini adalah inisiatif yang HQ berikan kepada anda!
Bila-bila masa boleh buat, semua ahli berdaftar boleh dapat income ini.
Insentif RM150/perdealer
Perkenalkan DUA orang layak dapat 1 tiket lucky draw (1g x 50 keping )
Perkenalkan LIMA orang layak melawat kilang EMAS MAA ORODESIGN di Kedah.
Saya pernah dapat ya lucky draw dari HQ Orodesign iaitu Syarikat MAA Precious Metals Sdn Bhd. Special kan? Yes, feeling seronok!
Bukan senang ye nak dapat masuk kilang emas ni, peluang terbaik jangan dilepaskan insya Allah
Saya sambung lagi, keistimewaan khas buat dealer yang bersungguh-sungguh buat networking (cawangan), kami akan berikan
KHAS TEAM ZNGoldMine7 (MOHD ZAMAN) - This our Master Dealer, u guys akan dapat ya promosi yang beliau kongsikan ini.
Bawa EMPAT orang dealer baru, percuma emas 0.25gram 999.9.
Bawa LAPAN orang dealer baru, percuma emas 0.5gram 999.9.
Bawa DUA BELAS orang dealer baru, percuma emas 1gram 999.9.
Menarik kan offer ini, jika empat orang dealer/ahli baru anda dapat 4 x RM150 (income dari HQ) + 0.25 g emas goldbar 999.9 (bernilai RM 117)
= RM 600 + Emas 999.9 0.25 gram
Duit komisyen dapat, emas pun dapat, jangan lupa peluang lucky draw. 2 orang dealer 1 lucky draw, 4 orang dealer = 2 lucky draw
Pernah ya, seorang dealer dapat lucky draw tiga kali = 3 g emas lucky draw!
Memang boleh kerana layak, bermaksud beliau telah mendapat 6 orang ahli baru untuk sertai team emas Orodesign!
Jom jadi ahli Orodesign hari ini, Usah lengah ye kerana kempen ini akan ditutup dan kelebihan mungkin berubah lagi.
Yuran = RM 399 / seumur hidup
Kelebihan : emas dan harga upah murah, harga lebih rendah dari pasaran dan pesaing emas
Insentif income : RM150 per dealer, RM1 setiap 10gram pembelian dari anak buah anda, peluang emas percuma dari HQ dan Master Dealer.
Klik link untuk terus sertai kami, www.wasap.my/60189100852/nakjoinkempenmac2024
Nak baca lebih lanjut tentang Orodesign, baca sini;
Kelebihan Jadi Dealer Emas OrodesignSoalan Lazim OrodesignSijil Ketulenan Emas Orodesign
Branch Orodesign : CyberjayaAlhamdulillah, pembelian emas Orodesign secara cash and collect atau pembelian dalam talian kemudian collect di Cyberjaya hampir siap sepenuhnya. Bos kata, En Zaman, nak pastikan setiap negeri ada branch Orodesign.
Sama-sama kita doakan
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2024/03/join-emas-orodesign-dapat-percuma-emas-999-0.25-gram.html