Pengeluaran Wang Kwsp Dikenakan Zakat Ini Syarat Dan Cara Kiraan


hai assalammualaikum Zakat Pengeluaran Wang KWSP, Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan - Korang tau tak, bila kita keluarkan duit KWSP, jika cukup syarat, kita wajib bayar Zakat KWSP. Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau, ni nad kongsikan berkenaan Zakat KWSP, syarat dan cara kiraan.   Zakat terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah adalah zakat yang kita bayar setiap tahun dalam bulan Ramadan manakala dalam Zakat Harta, dibahagi kepada Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat Takaful dan akhir sekali Zakat KWSP.  Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma bezanya, wang KWSP ni tak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran apabila memenuhi syarat " Sempurna Milik "
 Dalam waktu sekarang, kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang KWSP melalui Skim i-Lestari dan i-Sinar disebabkan pandemik, dan ini dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tapi adakah pengeluaran dibuat pada waktu sekarang perlu membayar zakat? Hah korang kene baca sampai habis




Zakat Pengeluaran Wang KWSPWang KWSP adalah harta simpanan  yang dicarum drpd pendapatan pekerja dan caruman majikan di dalam akaun KWSP pekerja berdasarkan akta KWSP
 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan.  Di bawah akta KWSP, semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian pendapatannya didalam kumpulan wang ini. Caruman tersebut akan dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun caruman terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima
 
 Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara.   Ia juga boleh dikeluarkan atas pelbagai sebab lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP. Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya). Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum, mereka terlepas kewajiban dari membayar zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna.  Namun, apabila pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya (sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP) syarat “Sempurna Milik” tu terlaksana dan mereka wajib membayar Zakat KWSP.  
  Jenis Zakat KWSP 1) Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) -  2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain 2) Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna ) -  2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP Syarat Zakat KWSP
 - Pencarum KWSP yang telah menerima wang simpanan, atau telah layak mengeluarkan wang KWSP tersebut, tetapi memilih untuk terus menyimpan di KWSP, yang dibenarkan untuk mengeluarkan pada bila-bila masa seperti simpanan yang melebihi ‘Ringgit Malaysia Satu Juta’ adalah wajib mengeluarkan zakat setiap tahun apabila telah cukup nisab dan haul kerana wang tersebut telah sempurna menjadi miliknya. - Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya
- Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun
 Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya. Kaedahnya sebagaimana berikut:1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan. - Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab.
2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. - Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan
 Galakan ini termasuk semua jenis pengeluaran samaada pengeluaran penuh atau sebahagian yang dibenarkan KWSP dan telah cukup nisab
  Nisab Dan Kadar Zakat KWSP 
Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)

Kiraan Zakat KWSP
Jumlah Wang KWSP yang dikeluarkan** x 2.5%
contoh : RM20,000.00 x 2.5 %
Jumlah Zakat = RM500.00 
  
 Contoh Pengiraan Zakat KWSP

Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00

Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00
Boleh gunakan Zakat Kalkulator untuk mengira zakat korang. Senang semua dah tersedia.


Zakat juga boleh dibuat secara online. Semua dihujung jari.

 Keperluan Mendesak Dikecualikan Zakat KWSP Ok macam nad kata tadi, waktu sekarang, waktu pandemik, pencarum yang mengeluarkan duit KWSP, adakah wajib membayar zakat juga? Jawapannya, tidak wajib.
 Dalam situasi sekarang, ramai yang menghadapi masalah kewangan disebabkan covid, menyebabkan ramai hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut utk menampung keperluan hidup, jadi ia terlepas dari kewajipan zakat

Namun, jika pengeluaran dibuat dalam keadaan bukan terdesak, kewajipan zakat mereka wajib membayar zakat.
  

Akhir kata, jangan bertangguh lagi kerana dalam setiap bahagian harta kita, sebenarnya ada hak orang lain. Bahkan, zakat adalah cara bagi umat Islam menyucikan harta dan jiwa. Begitulah indahnya ajaran Islam agar setiap umatnya saling membantu dan mengasihani antara satu sama lain. Jangan takut, jangan resah. Kita tak akan sesekali jatuh miskin dengan berzakat mahupun bersedekah seperti mana janji Allah 
Untuk info lanjut boleh layariWebsite: https://www.zakatselangor.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/zakatselangor/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Youtube: https://www.youtube.com/user/LZStube
Twitter: https://twitter.com/zakatselangor/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2020/12/pengeluaran-wang-kwsp-dikenakan-zakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zakat Kwsp Pengeluaran Wang Kswp Wajib Zakat Atau Tidak

Zakat Kwsp Pengeluaran Wang Kswp Wajib Zakat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kerana kerajaan telah mengumumkan mengenai kebenaran untuk pencarum KWSP membuat pengeluaran wang KWSP mereka melalui Skim i Lestari dan i Sinar Ini adalah khabar gembira dan sedikit melegakan buat ahli ...
Pengeluaran Duit Kwsp I Lestari Dan I Sinar Perlu Bayar Zakat Ke

Pengeluaran Duit Kwsp I Lestari Dan I Sinar Perlu Bayar Zakat Ke

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 740 hits
Esok dah bermula permohonan untuk pengeluaran caruman KWSP I Sinar dan pengeluaran I Lestrai pula masih berlangsung sekurangnya sehingga bulan Mac depan kalau Cik Sue tak silap Semalam borak borak dengan Mr D terkeluar topik dan persoalan k...
Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 494 hits
Mulai hari ini 21hb Disember 2020 permohonan untuk pengeluaran i Sinar Kategori 1 telah dibuka secara online Di sini ana nak kongsikan cara untuk membuat permohonan i Sinar Kategori 1 sebagai panduan dan rujukan kita bersama Sebagai panduan...
Ke Mana Rm14 Juta Wang Zakat Asnaf Fisabilillah Maiwp Telah Diagih

Ke Mana Rm14 Juta Wang Zakat Asnaf Fisabilillah Maiwp Telah Diagih

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 341 hits
FAZLI RADZILaporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 mendedahkan sebanyak RM14 73 juta wang zakat tahun lalu bagi asnaf fisabilillah tidak digunakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah bagi tujuan sepatutnya dan yang memerlukan meng...
Kwsp Pengeluaran I Sinar Tidak Bersyarat Hanya Kriteria Pastikan Permohonan Selari

Kwsp Pengeluaran I Sinar Tidak Bersyarat Hanya Kriteria Pastikan Permohonan Selari

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Pengeluaran i Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP dalam satu maklum balas yang dikeluarkan hari ini men...
Janji Temu Kwsp Online Cara Buat Appoiment Bagi Urusan Di Kaunter

Janji Temu Kwsp Online Cara Buat Appoiment Bagi Urusan Di Kaunter

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 369 hits
JANJI TEMU KWSP ONLINE CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER Jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP terdekat bagi urusan berkaitan KWSP seperti berkaitan daftar i Akaun i Lestari i Sinar dan lain lain ahli KWSP perlu membuat s...
Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 1114 hits
Cara Pengiraan Zakat Pendapatan Apa itu dan maksud serta jadual zakat Pendapatan di seluruh Malaysia Zakat pendapatan wajib bayar setiap tahun WAJIB jika anda merupakan orang Islam Di Malaysia anda wajib langsaikan pendapatan sebelum 31 Dis...
Lupa Id Kata Laluan I Akaun Kwsp Cara Reset Password

Lupa Id Kata Laluan I Akaun Kwsp Cara Reset Password

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 517 hits
LUPA ID KATA LALUAN i AKAUN KWSP CARA RESET PASSWORD Ahli KWSP ada masalah terlupa LUPA ID KATA LALUAN i AKAUN KWSP Kami akan kongsikan cara untuk reset kata laluan i Akaun KWSP bagi kes LUPA ID KATA LALUAN i AKAUN KWSP Sebelum belajar cara...
Cara Memohon I Sinar Online Kwsp Bagi Permohonan Kategori 1

Cara Memohon I Sinar Online Kwsp Bagi Permohonan Kategori 1

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 611 hits
AssalamualaikumBismillahi Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID 19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup Kriteria dan kelayakan untuk memohon i Sinar terbahagi kepada 2 kategori seper...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu