Janji Temu Kwsp Online Cara Buat Appoiment Bagi Urusan Di Kaunter


JANJI TEMU KWSP ONLINE:CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER

Jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP terdekat bagi urusan berkaitan KWSP seperti berkaitan daftar i-Akaun,i-Lestari,i-Sinar dan lain-lain,ahli KWSP perlu membuat janji temu KWSP secara online sebelum hadir ke cawangan.
Bagaimanakah cara buat temu janji bagi urusan di kaunter KWSP?
Untuk makluman ahli KWSP,mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu KWSP Online.
Hanya ahli yang membuat temujanji / appoinment dapat berurusan di kaunter KWSP.
APA ITU JANJI TEMU KWSP ONLINE?
Platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.
Maksudnya,sebelum hadir ke kaunter KWSP untuk pelbagai urusan,ahli perlu buat janji temu secara online terlebih dahulu.
Sila  booking slot ikut masa dan cawangan terlebih dahulu sebelum keluar ke kaunter melalui portal KWSP.
TEMPOH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN JANJI TEMU KWSP ONLINE
Ahli  boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.
CONTOH
Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
SOALAN LAZIM JANJI TEMU KWSP 
Pukul berapa waktu operasi kaunter KWSP?
Berikut adalah Waktu Operasi Kaunter
8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja *.
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada 29 Julai 2020.
9.00 pagi hingga 4.00 petang hari bekerja sahaja *.
*Waktu Operasi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang  terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.
Bagaimana cara untuk buat janji temu?
CARA BUAT JANJI TEMU KWSP ONLINE
Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:
Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.
Apa perkhidmatan yang ditawarkan?
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan) Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri) Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri) Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan) Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA) Perundingan Perancangan Persaraan Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah) *Perkhidmatan Perundingan kami adalah PERCUMA Perkhidmatan Kaunter yang ditawarkan adalah:
Pengeluaran Pendaftaran Aduan Majikan Gagal Mencarum Lain-lain Perkhidmatan Selain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli)) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari pautan ini kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals
Berapa orang boleh hadir ke KWSP untuk urusan?
Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.
CONTOH
Sekiranya Ahli ingin berurusan di cawangan KWSP bersama Pasangan atau Ahli Keluarga yang lain, tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan.
Macam mana nak sahkan permohonan janji temu online?  
Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.
Bilakah waktu sesuai untuk hadir ke cawangan KWSP?
Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.
Boleh ker tukar tarikh atau batalkan janji temu?
Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu
Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.
Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Bagaimana jika lewat hadir?       
Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.
The post JANJI TEMU KWSP ONLINE:CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/janji-temu-kwsp-onlinecara-buat-appoiment-bagi-urusan-di-kaunter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Untuk Memohon I Sinar Kwsp Online Tarikh Bayaran I Sinar Kelayakan Permohonan

Cara Mudah Untuk Memohon I Sinar Kwsp Online Tarikh Bayaran I Sinar Kelayakan Permohonan

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 669 hits
Cara Mudah Untuk Memohon i Sinar KWSP Online Untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan cara cara untuk mengeluarkan duit KWSP dari akaun 1 dengan membuat permohonan di portal i Sinar Siapakah Yang Layak Untuk Memohon i sinar diwujudkan un...
Cara Mohon Kwsp I Sinar Akaun 1 Daftar I Akaun Kwsp Online

Cara Mohon Kwsp I Sinar Akaun 1 Daftar I Akaun Kwsp Online

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 721 hits
Cara mohon kwsp i Sinar akaun 1 daftar i akaun kwsp online Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haritu saya ada buat video youtube berkaitan dengan cara mohon kwsp i sinar secara online kelayakan syarat untuk keluar duit 10k dari aka...
Pengeluaran Wang Kwsp Dikenakan Zakat Ini Syarat Dan Cara Kiraan

Pengeluaran Wang Kwsp Dikenakan Zakat Ini Syarat Dan Cara Kiraan

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 704 hits
hai assalammualaikum Zakat Pengeluaran Wang KWSP Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan Korang tau tak bila kita keluarkan duit KWSP jika cukup syarat kita wajib bayar Zakat KWSP Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau ni nad kongsikan berkenaan...
Cara Buka Akaun Sspn I Plus Secara Online

Cara Buka Akaun Sspn I Plus Secara Online

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 416 hits
SSPN i adalah merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi SSPN i adalah berlandaskan syariah The post appeared first on
Cara Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer Secara Online

Cara Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer Secara Online

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 759 hits
Elak Kena Tipu Dengan Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer Secara Online Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Sudah lama wujud isu scammer di negara kita tetapi ianya masih berleluasa hingga kini Bukan hanya scammer semakin r...
Cara Dapatkan Bank Statement Rhb Bank Secara Online

Cara Dapatkan Bank Statement Rhb Bank Secara Online

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 3312 hits
AssalamualaikumBismillahSebelum korang login pastikan korang menggunakan Internet Explorer atau Mozila Firefox untuk login RHB secara online Google tak support untuk view penyata Penyata bank RHB hanya boleh download dalam bentuk PDF sahaja...
Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

Panduan Cara Mohon Rm10 000 I Sinar Kwsp Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 500 hits
Mulai hari ini 21hb Disember 2020 permohonan untuk pengeluaran i Sinar Kategori 1 telah dibuka secara online Di sini ana nak kongsikan cara untuk membuat permohonan i Sinar Kategori 1 sebagai panduan dan rujukan kita bersama Sebagai panduan...
Cara Daftar I Akaun Di Kiosk Kwsp Dengan Cepat Mudah

Cara Daftar I Akaun Di Kiosk Kwsp Dengan Cepat Mudah

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 629 hits
Cara Daftar i Akaun Menggunakan Kiosk KWSP Dengan Cepat Mudah Saya tak tahu pun yang kita sebenarnya boleh daftar i Akaun menggunakan Kiosk sahaja Caranya memang mudah dan prosesnya juga sangat cepat Langkah Langkah Pendaftaran i Akaun Di K...
Permohonan I Sinar Online Pengeluaran Kwsp Akaun 1

Permohonan I Sinar Online Pengeluaran Kwsp Akaun 1

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 714 hits
Permohonan i Sinar secara online kini dibuka kepada semua pencarum KWSP yang ingin mengeluarkan simpanan di dalam akaun 1 mereka Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini Kategori 1 Ahli yang tidak mencarum sekurang kura...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong