Pengeluaran Kwsp 17 Cara Untuk Mengeluarkan Duit Kwsp Anda Sebelum Pencen



[Pengeluaran KWSP] 17 Cara Untuk Mengeluarkan Duit KWSP Anda Sebelum Pencen. Ramai sebenarnya yang belum tahu macam mana cara untuk keluarkan duit KWSP yang disimpan selama ini.
Matlamat kita simpan duit tersebut adalah untuk digunakan, bukan untuk simpan selamanya. Sampai masa kita perlu keluarkan untuk kegunaan peribadi.
Terdahulu, kerajaan membenarkan pengeluarkan KWSP sebagai wang kecemasan kepada rakyat yang kurang berkemampuan diatas nama I-Citra dan sebagainya.
Tapi tahukah anda, selain I-Citra, terdapat banyak jenis pengeluaran KWSP yang boleh anda lakukan. Jom ikut perkongsian ini.
[Pengeluaran KWSP] 17 Cara Untuk Mengeluarkan Duit KWSP Anda Sebelum Pencen Terdapat dua kategori pengeluaran KWSP :
Pengeluaran Penuh Pengeluaran Sebahagian Ciri-ciri Pengeluaran Penuh 1) Pemohon berumur 55 tahun
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai 60 tahun. Memiliki simpanan dalam akaun 55. 2) Pemohon berumur 60 tahun
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur 60 tahun ke atas. Pemohon mempunyai simpanan dalam KWSP. 3) Pekerja berpencen dan pesara pilihan
Berumur bawah 55 tahun.Pekerja dalam sektor awam ATAU Kementerian Pertahanan ATAU Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
Diberikan taraf pencen oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). 4) Hilang Daya Upaya(OKU)
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur 60 tahun ke bawah. Mempunyai simpanan dalam KWSP. Pemohon tidak bekerja. Pemohon telah hilang upaya fizikal dan mental yang telah disahkan oleh pegawai perubatan.. Hilang Upaya mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP dimana temujanji oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan di kaunter. 5) Meninggalkan negara
Warganegara Malaysia/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR ATAU Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja ATAU berhasrat meninggalkan Malaysia.
Berumur 60 tahun ke bawah Mempunyai simpanan dalam KWSP 6) Kematian
Pastikan anda mengambil langkah untuk membuat penamaan supaya waris terdekat anda dapat mengeluarkan simpanan KWSP. Ini kerana pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada waris yang sekurang kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan. Kriteria Pengeluaran Sebahagian 1) Pemohon yang berumur 50 tahun.
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun. Memiliki simpanan Wang KWSP 2) Tujuan untuk membina rumah
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur bawah 50 tahun. Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2. Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut. Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan. Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan. 3) Perumahan fleksibel
Warganegara dan Penduduk Tetap (PR). Berumur bawah 54 tahun. Membeli ATAU Membina rumah kediaman. Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP. 4) Kesihatan
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur 55 tahun ke bawah. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2. Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan). Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP. Pemohon tidak menerima rawatan alternatif. 5) Pendidikan
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur 55 tahun ke bawah. Mempunyai simpanan dalam Akaun Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf. Ahli sedang belajar di institusi domestik (program sepenuh masa, separuh masa, jarak jauh dan francais) ATAU institusi luar negara (program sepenuh masa). Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU menarik diri daripada pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menjelaskan semua tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun selepas tamat pengajian; dan menjelaskan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)). 6) Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Warganegara dan Bukan Warganegara.
Di bawah umur 55 tahun. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2. Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman. Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah (Untuk pengeluaran Individu sahaja). Rumah ahli telah didakwa sebagai cagaran. Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan. Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya. Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa. 7) Perumahan PR1MA
Warganegara sahaja. Berumur 55 tahun ke bawah. Ahli adalah pembeli rumah PR1MA. Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF). Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut. 8) Simpanan melebihi RM 1 juta
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur 55 tahun ke bawah. Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP. 9) Beli rumah
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur 55 tahun ke bawah. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2. Ahli membeli rumah kediaman. Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan. 10) Ansuran bulanan pinjaman perumahan
Warganegara dan Bukan Warganegara. Berumur 55 tahun ke bawah. Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2. Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman. Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP. Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula. 11) Haji
Berumur 55 tahun ke bawah. Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji). Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji. Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.
12) i-Citra Warganegara, bukan warganegara dan penduduk tetap (PR) Berumur 55 tahun ke bawah. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, sila hubungi KWSP di :
Laman Web KWSP see Tekan Sini
Telefon: 03-8922 6000
Faks: 03-8922 6222
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/10/pengeluaran-kwsp-17-cara-untuk-mengeluarkan-duit-kwsp-anda-sebelum-pencen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Keluarkan Duit Dari Paypal Ke Akaun Bank

Cara Keluarkan Duit Dari Paypal Ke Akaun Bank

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 318 hits
Kali ni saya nak berkongsi cara keluarkan duit dari paypal ke akaun bank kita yang sah contohnya Maybank CIMB Bank dan yang lain lain Tapi sebelum tu jom saya terangkan serba sedikit mengenai kaedah pembayaran melalui Paypal ini Apakah Itu ...
Cara Transfer Buat Pemotongan Duit Secara Bulanan Ke Tabung Haji Melalui Maybank2u

Cara Transfer Buat Pemotongan Duit Secara Bulanan Ke Tabung Haji Melalui Maybank2u

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum Rupanya ada cara mudah untuk anda transfer duit dari akaun bank ke simpanan Tabung Haji dan terus setting pemotongan duit pula secara automatik setiap bulan Jika kita nak saving simpanan ke tabung haji memikirkan terpaksa be...
6 Cara Sorok Duit Agar Hujung Bulan Tak Sesak Inilah Cara Best Yang Diajar Oleh Perunding Kewangan

6 Cara Sorok Duit Agar Hujung Bulan Tak Sesak Inilah Cara Best Yang Diajar Oleh Perunding Kewangan

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 250 hits
6 Cara Sorok Duit Agar Hujung Bulan Tak Sesak Inilah Cara Best Yang Diajar Oleh Perunding Kewangan Gaji dah dekat ni kan Ramai yang mengadu gaji tak cukup Yang paling teruk gaji dah habis sebelum gaji baru masuk Memang terseksa juga lah nak...
Ustazah Kongsi Tak Mahu Anak Meragam Masa Bangun Sebelum Tidur Buat Cara Ini

Ustazah Kongsi Tak Mahu Anak Meragam Masa Bangun Sebelum Tidur Buat Cara Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 185 hits
Anak kalau dari awal bangun mood dah on off memang buat ibu ayah rasa tak senang duduk Kadang tak tahu nak apa hingga terpaksa biar je sendiri sampailah anak rasa ok Tapi sebenarnya jika berterusan begini pun kesan pada emosi anak tak elok ...
5 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Marketing

5 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Marketing

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 331 hits
5 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Marketing Salam semua rasanya sekarang ni dengar jer perkataan affiliate semua orang dah tahu kot ke ada yang masih tak biasa dengar atau pernah dengar tapi buat tak tahu Kalau korang yan...
Nanti Kita Lihat Pulak Wartawan Harakahdaaily Minta Duit Sebab Akhbar Tak Laku

Nanti Kita Lihat Pulak Wartawan Harakahdaaily Minta Duit Sebab Akhbar Tak Laku

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 129 hits
Mahkamah putuskan bekas kakitangan Utusan berhak dapat pampasan October 25 2022 Mahkamah memutuskan hanya lapan kali pembayaran dibuat kepada bekas kakitangan dengan baki tunggakan RM59 403 367 97 perlu dijelaskan kepada semua penerima VSS ...
Cara Buat Video Powerpoint

Cara Buat Video Powerpoint

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 171 hits
Salah satu cara untuk buat video presentation adalah dengan menggunakan Powerpoint tetapi masih ramai yang tidak perasan bahawa Powerpoint boleh digunakan untuk membina video penerangan Hampir semua versi Powerpoint 2010 dan ke atas boleh d...
Cara Buka Akaun Asb Guna Aplikasi Myasnb

Cara Buka Akaun Asb Guna Aplikasi Myasnb

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 254 hits
Cara Buka Akaun ASB Guna Aplikasi MyASNB Semua dalam satu aplikasi Daftar myASNB dan mula melabur unit amanah ASNB Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan pelancaran kemudahan pendaftaran akaun dalam talian dan onboarding pelanggan digital...
Cara Share Banyak Link Di Instagram

Cara Share Banyak Link Di Instagram

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 153 hits
Instagram adalah salah satu media sosial yang paling ramai digunakan di Malaysia malah di dunia Jadi adalah menjadi satu kerugian jika anda tidak mengambil peluang yang ada untuk membuat duit di Instagram sama ada melalui affiliate review a...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya