Pengeluaran Berperingkat Lebih Terancang
 Oleh Mahanum Abdul Aziz 

 ORANG  ramai hadir ke Pejabat KWSP di Kuala Terengganu untuk mendaftar i-Akaun  selain mengemas kini akaun masing-masing bagi memudahkan urusan  pengeluaran caruman Akaun 1. FOTO GHAZALI KORI Kuala  Lumpur: Kemudahan pengeluaran i-Sinar yang dibuka kepada sehingga lapan  juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas  pendapatan akibat COVID-19, dijangka membantu meringankan beban aliran  tunai ahli yang terkesan.
Kemudahan itu dilihat menjadi saluran sokongan atau  alternatif kepada mereka yang terjejas untuk menampung perbelanjaan  harian, terutama bagi membeli barangan keperluan asas.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid,  berkata langkah memperluaskan jumlah mereka yang layak kepada sehingga  lapan juta, menjadikan lebih ramai akan menerima manfaat itu.
Disyorkan Untuk Anda  Perincian i-Sinar diumumkan 18 November - KWSPJangan terpedaya aplikasi palsu program i-Sinar KWSPi-Sinar tidak bersyarat, kriteria permohonan selari data KWSPPARLIMEN: Program i-Sinar KWSP diperluas kepada semua ahli terjejas Beliau berkata, pengeluaran i-Sinar secara berperingkat akan  memanfaatkan mereka yang layak berbuat demikian kerana bakalmendapat  wang secaraberkala dan boleh menguruskannya dengan baik untuk  membelanjakan wang berkenaan.
Bagi KWSP pula, katanya, pengurus dana persaraan itu boleh mengurus  aset dan liabiliti dengan teratur kerana pengeluaran secara berkala  adalah lebih terancang dan tidak mengganggu kedudukan pelaburan sedia  ada.
Alhamdulillah, i-Sinar beri kelegaan kepada suri rumah yang mencarum  dan ini bukti kerajaan memahami kesempitan kami akibat pandemik  COVID-19.
Noor Ainul Yakin Ishak, Suri rumah i-Sinar membolehkan saya  merancang keperluan perniagaan kecil-kecilan dari rumah yang diusahakan  sejak diberhentikan kerja Jun lalu.
Noor Azura Sahril, Usahawan sambilan Pengeluaran menerusi i-Sinar  membolehkan saya merancang apa perlu dibuat. Permohonan dalam talian dan  pembayaran terus kepada ahli adalah bukti kerajaan mahu membantu  rakyat.
Connie Sylvie Moncal, Suri rumah Enam bulan menganggur besar  kesannya, saya bersyukur layak keluar simpanan KWSP demi kelangsungan  hidup kerana belum dapat pekerjaan. 

MOHD Afzanizam. FOTO AZIAH AZMEEMuhammad Ramadhan Mohd Sawal, Bekas kakitangan syarikat penerbangan  Banyak bayaran tertunggak sejak diarah cuti tanpa gaji sejak Mac lalu,  maka saya akan gunakan pengeluaran i-Sinar untuk langsaikan apa yang  perlu dan membuat perancangan secara berhemat.
Mohamad Faiz Zakaria, Pekerja syarikat pengangkutan Pakar saran  individu ada tabungan cukup, aset mudah cair tak perlu usik simpanan  Akaun 1 kan wang ini," katanya kepada BH bagi mengulas mengenai  pelaksanaan kemudahan i-Sinar.
Mengenai kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon i-Sinar,  Mohd Afzanizam berkata, ia bertujuan memastikan penerima wang KWSP  adalah pencarum yang sah.
Dengan banyak kes penipuan kebelakangan ini, katanya, ahli KWSP bakal  menanggung kerugian jika pengeluaran tidak dipantau dan tiada prosedur  operasi standard (SOP) untuk mencegahnya.
"Persoalan sama ada kemudahan i-Sinar pilihan terbaik perlu  dikembalikan kepada individu itu sendiri. Sekiranya mereka yang terjejas  akibat COVID-19 mempunyai tabungan mencukupi dan aset mudah cair,  sebaiknya simpanan KWSP terutama simpanan dalam Akaun 1 tidak perlu  diusik.
"Ini adalah keperluan hari tua yang juga penting. Lagipun, KWSP sentiasa memberikan pulangan dividen yang kompetitif.
"Namun, jika seseorang itu hanya mempunyai sumber KWSP sebagai jalan untuk kelangsungan hidup, maka bolehlah dikeluar
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/pengeluaran-berperingkat-lebih-terancang.html