Pengawal Peribadi Tembak Mati Majikan Dua Lagi Di Pulau Pinang Dihukum Gantung


Predeep Nambiar 
GEORGE TOWN: Seorang pengawal peribadi berusia 41 tahun yang menembak mati majikannya serta dua lain di tengah sebuah lebuh raya sibuk di sini, empat tahun lalu, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Ja’afar Halid dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh majikannya, Ong Teik Kwon, 32, penghibur Choi Hon Ming, 32, dan penjual bunga, Senthil Murugaiah, 38.
Dia turut dipenjara 15 tahun kerana cuba membunuh Dr Arivarni Kershnian, 33, pekerja kilang Lee Hong Boon, 32, jurukamera RTM Mohamad Amirul Amin Mohamed Amir, 28, dan pegawai bank Poh Bee Joo, 32.
Ja’afar dituduh melakukan kesalahan itu di Jambatan Pulau Pinang (arah selatan) di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, antara jam 7.15 hingga 7.30 malam pada 1 Disember 2016.
Beliau di dakwa mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan bagi tuduhan bunuh dan cubaan bunuh yang masing-masing membawa hukuman mati serta penjara seumur hidup.
Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Abdul Wahab Mohamed berkata, pembelaan gagal membuktikan tertuduh tidak waras atau di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.
Katanya, pendakwaan pula berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa tertuduh sengaja melakukan kesalahan itu.
Sementara itu, peguam bela Anbananthan Yathiraju yang ditemui di luar mahkamah berkata, beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Ini kerana pihaknya yakin cukup bukti untuk membuktikan tertuduh tidak waras mengikut definisi perubatan serta undang-undang.
Kejadian pada 2016 di lebuh raya di Pulau Pinang itu antara kes jenayah yang masih menjadi perbualan orang ramai di negeri itu.
Polis berkata, Ja’afar bersama majikannya dalam kereta BMW sebelum menembak matinya.
Tertuduh kemudian dilaporkan turun dari kereta dan terus melepaskan tembakan yang membunuh dua individu serta mencederakan lima yang lain.
Susulan kejadian itu, laluan sepanjang 1km Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup selama enam jam untuk membolehkan polis mencari bahan bukti.
Perarakan pengebumian majikan Ja’afar yang digelar mesra sebagai ‘Datuk M’ (‘M’ bermaksud muda) diadakan besar-besaran menyebabkan laluan utama di negeri itu ditutup kepada lalu lintas selama beberapa jam.
Ketika perbicaraan pada 2018, mahkamah dikemukakan dokumen menunjukkan Ja’afar pernah bertugas sebagai pengawal peribadi untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (2008-2009) dan Nurul Izzah Anwar (2009-2010).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/pengawal-peribadi-tembak-mati-majikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Cubaan Terjun Jambatan Pulau Pinang Gagal

Dua Kali Cubaan Terjun Jambatan Pulau Pinang Gagal

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 698 hits
OP SAR DUA KALI CUBAAN BUNUH DIRI GAGALSeorang wanita tempatan nekad terjun Jambatan Kedua Pulau Pinang pagi tadi sekitar jam 7 00 pagi berjaya diselamatkan pada kedudukan 1 8 batu nautika Timur Teluk Tempoyak Pengarah Maritim Negeri Pulau ...
Kuala Krai Pesara Paskal Dihukum Gantung Sampai Mati

Kuala Krai Pesara Paskal Dihukum Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 375 hits
Seorang pesara Pasukan Khas Laut dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun pada 2017 Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman ...
Feri Pulau Pinang Tingkatkan Kualiti Bukan Hentikan Perkhidmatan

Feri Pulau Pinang Tingkatkan Kualiti Bukan Hentikan Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 348 hits
Oleh Zuhainy ZulkiffliDisember 13 2020 bhnews bh com myGEORGETOWN Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbang semula cadangan bagi menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan bot katamaran Malah perkhidmatan pengangkutan awam laut yan...
Zon Merah Di Pulau Pinang Berkurangan Cprc

Zon Merah Di Pulau Pinang Berkurangan Cprc

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 310 hits
Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan menunjukkane Zon merah di Pulau Pinang mengalami pengurangan sejak Ahad lalu Sebelum ini zon merah di negeri itu berada pada paras empat daerah berkurangan secara drastik Selepas mencatat...
Tedia A Feri Pulau Pinang Yang Lagend Akan Di Berhentikan Sehingga 31 12 2020

Tedia A Feri Pulau Pinang Yang Lagend Akan Di Berhentikan Sehingga 31 12 2020

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 382 hits
Perkhimatan Feri Akan BerakhirUtk makluman semua bulan ni bulan terakhir feri pulau pinang akan beroperasi dan mulai tahun hadapan akan gantikan dengan feri laju seperti yang digunakan di Pulau Langkawi sementara atau lama tak pasti terlalu...
Maqis Pulau Pinang Rampas 9 Kontena Bawang Dari Myanmar

Maqis Pulau Pinang Rampas 9 Kontena Bawang Dari Myanmar

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 268 hits
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk sembilan kontena bawang merah dari Myanmar di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara di sini pada Khamis lalu Pengarahnya ...
Khidmat Feri Pulau Pinang Diganti Selepas 126 Tahun Berbakti

Khidmat Feri Pulau Pinang Diganti Selepas 126 Tahun Berbakti

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 372 hits
Feri Pulau Pinang adalah perkhidmatan feri tertua di Malaysia menghubungkan antara terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Georgetown GEORGETOWN Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubu...
Mendiang Karpal Singh Dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang

Mendiang Karpal Singh Dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 333 hits
Bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor mendiang Karpal Singh dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Zainal Rahim Seman dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama sempena Sambutan Ulang ...
Bayaran Air Mentah Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

Bayaran Air Mentah Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 340 hits
NOORULHUDA MOHAMMED ALI LEMBAGA Sumber Air Negeri Kedah menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah berkaitan tuntutan harga air mentah daripada Sungai Muda kepada Pulau Pinang Walaupun PBAPP meny...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri