Pengaruh Legenda Dalam Karya Kreatif


 SEDUTAN DARI 
Kertas kerja Seminar SUTERA disampaikan di Universiti Thaksin, 23.8.2023.
bertajuk: ALAM DAN LEGENDA DALAM METAFORA DAN ANALOGI SASTERAWAN UTARA.









LEGENDA

Sastera Melayu tradisi terbahagi kepada sastera istana dan sastera rakyat. . Dalam kategori sastera rakyat terdapat mitos, legenda dan cerita rakyat. Legenda  ialah cerita yang terkenal atau menjadi identiti sesuatu tempat atau sesebuah negeri. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh yang dipercayai pernah hidup pada zaman dahulu walaupun kisahnya mungkin diolah mengikut citarasa si tukang cerita  sehingga ada beberapa bahagian yang tidak dapat diterima akal dalam ukuran masa kini seperti memiliki sifat-sifat keramat, berdarah putih dan sebagainya. Cerita-cerita ini juga  mengalami tokok tambah ataupun pengurangan menerbitkan pelbagai variasi  di tempat yang berlainan.  Legenda dan cerita rakyat diperturun dari datuk kepada cucu-cucu atau diceritakan oleh tukang cerita seperti selampit yang terkenal di Perlis.  Selain itu terdapat  penglipur lara, yang juga digelar "pawang", yang menyampaikan cerita dengan cara yang menarik sebagai hiburan rakyat.

Legenda sering dikaitkan dengan sejarah walaupun kedua-dua bidang ini saling menampilkan perbezaan antara satu sama lain. Dalam bidang kesusasteraan, terdapat karya sastera yang menggunakan sejarah sebagai isi utama. Khasnya dalam novel yang dikenali sebagai novel sejarah yang terlalu banyak untuk disebut di sini. Sekadar contoh ialah novel Kalbu Qalha oleh Amelia Hashim (Dewan Bahasa dan Pustaka 2017), Anak Kedah oleh Tajuddin Abdul Rahman.( DBP 1990). Novel Sejarah menggabungkan fiksyen dan fakta sejarah untuk melahirkan sebuah karya kreatif.

Bagi sasterawan, kisah-kisah legenda lazimnya  mengisi ingatan mengusik perasaan dan mencorakkan pemikiran. Ingatan kepada kisah lama membenih karya-karya, antaranya oleh Usman Awang, Shaharom Husain, Muhammad Haji Salleh dan Faisal Tehrani.   Sejarah dan legenda bukan sekadar kenangan tetapi menjadi iktibar dan teladan. Tulisan ini lebih tertumpu kepada legenda yang diberi interpretasi baharu. Hal ini disebut sebagai kemunculan  pensejarahan baharu atau New Historicism. Pensejarahan baharu melihat fakta lama tetapi dikontruksikan semula kepada bentuk realiti baharu. Dalam perkataan Mana Sikana  “Menyusur masalalu untuk menyisir makna baharu”.(Mana Sikana 2008)  

 Negeri Kedah dan Perlis adalah negeri yang penuh legenda. Terdapat banyak cerita rakyat dan cerita-cerita bertaraf mitos berkaitan sesebuah tempat masyhur seperti Pulau Langkawi dengan legenda Mahsuri dan Kota Siputeh dengan kisah Puteri Lindungan Bulan.  Ada cerita cerita yang diklasifikasi sebagai hikayat dan bertaraf karya agung, seperti Merong Mahawangsa. Legenda lagenda  ini sering merangsang pemikiran kritis seorang penulis dalam proses kreatif penulis-penulis  kontemporari .

Pemikiran Kritis membangkitkan rangsangan untuk melahirkan karya baharu. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemikiran Kritis ? Ciri-ciri Pemikiran Kritis dapat dirumuskan seperti di bawah:

1- Berlaku Interpretasi semula serta memberi pemikiran yang berlainan dari apa yang diterima sebelum ini.  

2.Pemikiran yang baharu dan belum dikemukakan dalam mana-mana karya baik oleh penulis berkenaan atau penulis-penulis lain.

3. Menyimpang atau bercanggah daripada pendapat umum yang diterima dan digunapakai oleh masyarakat  turun temurun.

4. Membawa pemikiran dan pandangan yang baharu dan lebih bernas serta lebih  relevan, misalnya dengan isu semasa.

(Zurinah Hassan, 2020)

Mahsuri dan Raja Bersiung:

Sebagai anak Kedah, penulis membesar dengan cerita orang tua-tua tentang Mahsuri   dan Raja Bersiung. Ada cerita dari mulut nenek yang dikaitkan dengan Pulau Langkawi pada zaman dahulu. Kononnya   Putera Rom ditunangkan dengan Puteri China dan burung garuda telah bertekad untuk memisahkan mereka berdua supaya perjodohan itu tidak terjadi. Si garuda menyampaikan hasratnya kepada Nabi Sulaiman dan baginda berkata garuda tidak akan berjaya . Si garuda memukul bahtera yang membawa Putera Rom ke negeri China untuk menenggelamkannya. Mengikut cerita seterusnya, kapal yang membawa Putera Rom telah hanyut terdampar di Pulau Langkawi di mana Puteri China sedang berada. Tidak begitu jelas bagaimana hal ini berlaku tetapi keduanya telah berjumpa. Oleh kerana tidak berjaya, garuda malu kepada Raja Sulaiman lalu terbang menghilangkan diri dari dunia ini.

Legenda termasyhur Pulau Langkawi ialah Mahsuri. Ada dua perkara tentang Mahsuri yang menjadi sebutan dan perbahasan, iaitu sumpahnya ke atas Pulau Langkawi dan darahnya yang dikatakan putih. Kewujudan manusia berdarah putih tentu sahaja sukar  diterima oleh akal dan logika,  menyebabkan ramai yang tidak mempercayai  cerita tersebut. Pemikiran kembali tentang darah putih itu melahirkan sajak “Darah Putih Mahsuri” . Sajak ini cuba memberi jawapan mengapa Mahsuri berdarah putih.  Darah putih itu adalah sesuatu yang disengajakan oleh tukang cerita untuk tujuan dan niatnya yang tersendiri.  Dalam pemikiran penyair, darah putih itu sengaja dimasukkan agar cerita itu dapat menangkap perhatian dan menjadi ingatan ramai. Motif cerita ialah untuk menonjolkan fitnah dan kekejaman. Si tukang cerita memerlukan sesuatu yang unik dan berunsur kepalsuan untuk menonjolkan kebenaran. Kebenaran yang dimaksudkan ialah wujudnya fitnah dan kekejaman di kalangan manusia.

Darah Putih Mahsuri

(Apologia tukang cerita)

 
Maafkan aku Mahsuri

mengheretmu ke dalam kontroversi

lantaran pengakhiran yang kupilih

kau berdarah putih

hingga mereka terus bertengkar

itu tidak mungkin benar.

 
Tapi bagaimana

kalau kuceritakan seadanya

demi menjaga batas logika

kau sebenarnya tidak terlalu jelita

biasa dan sederhana

adakah mereka akan begitu bersimpati

apakah kau akan disayangi

dan dijadikan puteri

sanjungan Langkawi.

 
Darah putih adalah taktik kejutan

supaya kau menjadi sebutan

lalu mereka turut mengingati

racun fitnah hasad dengki

yang telah membunuhmu Mahsuri.

 
Fitnah dan kekejaman

adalah suatu kebiasaan

mungkin tak tersentuh di fikiran

untuk menonjolkannya

aku perlukan keganjilan

seperti darah putih daripada jasadmu

walaupun itu palsu.

 
Dan, aku memerlukan kepalsuan

untuk menonjolkan kebenaran.

 
(Zurinah Hassan, 2006:119)

Sebuah lagi sajak berjudul ‘Mahsuri’, memberi tumpuan kepada kedudukan Langkawi sebagai pusat pelancongan dan sumpah Mahsuri yang dikatakan  telah mengakibatkan Pulau Langkawi berada dalam kemunduran selama tujuh keturunan. Pemikiran kembali adalah bercanggah dengan pendapat umum sebelum ini . Puisi ini melontar pendapat bahawa sumpah itulah yang sebenarnya membesarkan Langkawi.

Mahsuri

Selendangmu mengibar di pantai

Menyambut tetamu pulau

Setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi

Rambutmu menjadi jalur hitam

Terapung di laut malam

Airmatamu dingin embun

Jatuh ke tujuh telaga

Dendam tujuh keturunan

Melengkung tujuh tanjung

Putihlah pulau ini

Disimbah darah Mahsuri

Mahsuri

Sumpah itulah yang telah menghidupkan langkawi

Kerana tanpamu

Langkawi tidak sebegini bererti.

 
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup

Ia hanya bermula dari khayalan seorang seniman

Pun kata orang mahsuri pernah hidup

Tetapi bahasa seorang pencerita

membuatnya lebih hidup daripada kehidupannya

Sastera mewarnai tanah air kerana tanpa mahsuri

Langkawi tidak sebegini bererti

Mahsuri membesarkan langkawi

Sastera membesarkan tanahair.

( Zurinah Hassan, 1994: 67)

Mahsuri digambarkan dengan kecantikan dan  keindahan pantai, pulau dan ombak. Bercanggah dengan pandangan biasa Sumpah Mahsuri ditafsir semula sebagai sesuatu yang sebenarnya menghidupkan Langkawi. Tanpa legenda Mahsuri Langkawi tidak menjadi begitu bererti seperti hari ini. Justeru itu, penulis melontarkan pandangan bahawa cerita-cerita rakyat  dan sastera pada keseluruhannya, dapat membesarkan tanah air. Begitulah pemikiran kritis dan proses kreatif sajak Mahsuri.

Sebuah lagi ialah legenda yang melalui pemikiran kritis ialah kisah Raja Bersiung.

JUJURNYA SEORANG HAMBA

 
Pada suatu malam yang celaka

Raja Ong Maha Prita Daria

Mengecapi kelazatan semangkuk bayam

Dengan nikmat yang luas biasa

 

 

Setelah mendengar cerita sebenar

Dia pun ketawa bergegar

Ketawanya menggila

Dan bermulalah huru-hara

 

Pada suatu pagi yang amat hiba

Wan Anum yang sarat mengandung

Merayu belas kasihan datuk penghulu

Meminta seulas nangka

Yang sedang dibawa menghadap raja

 

Setelah melihat nangka yang tercedera

Raja terlalu murka

Dengan marah tak terkawal

Raja kehilangan akal

 

Dikoyaknya perut isteri Laksamana

Hanya kerana seulas Nangka

Dipancungnya rakyat sesedap rasa

Hanya untuk menjamu selera

 

Segalanya mungkin tidak berlaku

Jika si tukang masak itu

Tahu menyembunyikan rahsia

Dan tidak terlalu jujur

Tentang darah yang tercampur

Ke dalam mangkok sayur

 

Datuk penghulu itu juga

Boleh mencipta seribu helah

Tentang Nangka yang terbelah

Tapi apakan daya

Kerana setia yang tiada tara

Mereka hanya tahu berkata ya

Kerana taat yang tidak terhad

Mereka mengangguk dan menunduk

Walau raja sedang menjilat-jilat

Semangkok lazat daripada darah rakyat

 

Apa yang berlaku telah berlaku

Kerana datuk penghulu

Dan si tukang masak itu

Adalah antara beribu-ribu

Hamba Melayu.

(Salasilah, dbp 2005,  76-77)

 
 
 Ini adalah kisah masyhur dan ngeri.  Raja Ong Maha Prita Daria yang merasa sayur bayamnya lebih enak daripada yang pernah disantapnya..   Dia bertanya mengapa sayurnya lebih sedap daripada biasa. Si tukang masak dalam ketakutan memberitahu yang semasa momotong bayam dia terhiris jari lalu darah dari jarinya tertitis ke dalam mangkuk sayur.  Setelah mendengar kata-kata tukang masak itu, raja pun ketawa dan di sinilah bermulanya huruhara.

Proses kreatif sajak ini digerakkan oleh pemikiran yang melintas iaitu  si tukang masak itu   tidak sepatutnya memberitahu raja tentang darah yang tertitis ke dalam mangkuk sayur. Sepatutnya si tukang masak tidak berterus terang . Akibat daripada sikap terlalu jujur kepada raja banyak mala petaka yang menimpa rakyat. Hal yang sama berlaku dalam kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang. Kisah ini sudah diketahui ramai. Wan Anum, isteri Laksamana yang sarat mengandung dan mengidam, telah merayu meminta nangka yang sedang dibawa oleh Tok Penghulu untuk dipersembahkan  kepada Sultan. Setelah melihat nangka yang terbelah, dan diberitahu oleh datuk penghulu akan hal yang terjadi, Raja terlalu murka lalu menghukum  isteri Laksamana sekejamnya.  

Intipati dari legenda itu ialah pemikiran bahawa segala penderitaan hidup rakyat selama ini adalah berpunca dari sikap terlalu taat kepada raja. Mentaliti fuedalisma adalah punca segala penderitaan. Ia menghalang rakyat daripada berfikir untuk menyelamatkan diri menyebabkan kuasa raja terus kekal tanpa kawalan.

Cerita legenda dan penyampainya tok selampit menjadi ingatan rakyat.  Bagi Penyair veteran Perlis, Rejab F.I. (penerima SEA Write Award 2016 ),  Selampit ialah lambang unsur-unsur tradisi yang semakin menghilang. Bagi Rejab F.I. Selampit  membawa  penduduk kampung, iaitu petani-petani untuk berkumpul dan merasa dekat sesama mereka. Selampit dan penceritaannya juga adalah jalan pelarian daripada  kenyataan hidup rakyat marhaen yang getir. Dalam sajak Selampit, penyair menggambarkan musim selepas menuai dan kemiskinan rakyat diungkap pada “tika malam berlaguh suram”.

 
Selampit

Musim panen yang ghairah

Angin timur membelai mesra

Suara pungguk sayup berhiba

Tika malam berlabuh suram:

Berkumpullah petani-petani purba

Menghayati cita rasa-ceritera

Menjangkau alam Firdausi

Bersama bidadari kayangan

Dan Sang Dewata Mulia Raya.

 
(Rejab F.I. 1986: 64,65)

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2023/08/pengaruh-legenda-dalam-karya-kreatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idea Baju Merdeka Kreatif Comel Untuk Kanak Kanak

Idea Baju Merdeka Kreatif Comel Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 449 hits
Adakah anda sedang mencari idea baju merdeka yang kreatif untuk dipakai semasa bulan kemerdekaan ini Kebiasaannya pada bulan 8 setiap tahun akan diadakan pertandingan memakai baju bertemakan hari kemerdekaan sama ada di peringkat sekolah pe...
Tempat Letak Pensel Dari Batang Aiskrim Memang Kreatif

Tempat Letak Pensel Dari Batang Aiskrim Memang Kreatif

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 358 hits
Sebelum ni kita kalau lepas makan aiskrim batangnya mesti kita buang kan So lepas ni korang kena kumpul lebih lebih lagi kalau korang sejenis yang kreatif dan suka buat kraf yang menarik dan comel Salah satunya tempat letak pensel Tempat le...
Seni Crochet Bunga Yang Menarik Dan Kreatif

Seni Crochet Bunga Yang Menarik Dan Kreatif

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 296 hits
Dulu masa zaman zaman remaja time sekolah ada gak belajar buat crochet atau mengait ni Tapi tu la cikla rasa macam rumit je nak buat sebab ia memerlukan ketelitian dan fokus Sudahnya tak master tu Takat amatur je ler La ni langsung lupa dah...
Tingkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Murid Tidak Perlu Kbat Pensyarah

Tingkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Murid Tidak Perlu Kbat Pensyarah

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 220 hits
Kuala Lumpur Murid sekolah rendah tidak memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam mata pelajaran sebaliknya cukup sekadar guru menyediakan soalan untuk mereka berfikir secara kreatif Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Faku...
Sawah Padi Dan Laut Dalam Karya Penulis Utara

Sawah Padi Dan Laut Dalam Karya Penulis Utara

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 198 hits
SAWAH PADI DAN LAUT Banyak puisi yang memaparkan lanskap sawah dan padi lahir dari pena penyair penyair Utara Di samping itu terdapat karya karya novel dan cerpen yang bertemakan kehidupan petani Antara novel yang masyhur ialah Ranjau Sepan...
Pengaruh Media Sosial Kikis Adab Murid Sekolah

Pengaruh Media Sosial Kikis Adab Murid Sekolah

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 284 hits
Media sosial membawa pelbagai impak kepada hampir setiap aspek kehidupan kita hari ini Apatah lagi dengan capaian kepada maklumat tidak terbatas semua perkara mampu mempengaruhi pengguna tanpa kawalan didikan yang mantap Baru baru ini misal...
Anwar Pengaruh Dan Hasut Rakyat Dalam Dendamnya

Anwar Pengaruh Dan Hasut Rakyat Dalam Dendamnya

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 268 hits
Punca kacau bilau politik selama ini Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim adalah punca kacau bilau politik selama ini dan masih berterusan mempengaruhi dan menghasut rakyat ke dalam dendam dan kepentingan dirinya Ketua Pengarah Pilihan Raya...
Video Andre Rosiade Emosi Sebut Bos Bumn Karya Mirip Raja Padahal Banyak Utang

Video Andre Rosiade Emosi Sebut Bos Bumn Karya Mirip Raja Padahal Banyak Utang

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 77 hits
Anggota Komisi VI DPR dari Fraksi Partai Gerindra Andre Rosiade naik darah laporkan sikap sombong para bos BUMN Karya
Pengaruh Tik Tok Terbeli Cawan Kaca Comel Ada Straw Ni

Pengaruh Tik Tok Terbeli Cawan Kaca Comel Ada Straw Ni

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 224 hits
Risau scroll Tik Tok sekarang ni mesti sangkut entah apa apa hehe Terbaru yang k fiezz sangkut terbeli cawan kaca yang comel ni Masa lalu kat fyp k fiezz orang review cawan kaca comel yang ada straw ni aihhh sis dah mula terpengaruh Alaaaa ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa