Sawah Padi Dan Laut Dalam Karya Penulis Utara


 


SAWAH PADI DAN LAUT
 Banyak puisi yang memaparkan lanskap sawah dan padi lahir dari pena penyair-penyair Utara. Di  samping itu terdapat karya-karya novel dan cerpen yang bertemakan kehidupan petani. Antara novel  yang masyhur ialah Ranjau Sepanjang Jalan karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. 
Bagi penyair Utara, padi bukan sekadar bahan makanan dan sumber pendapatan . Lebih daripada itu padi dianalogikan sebagai kemakmuran,  maruah dan harga diri. Padi didapati dengan kerja keras dari mula membajak sawah hingga  dapat dijadikan beras.  Justeru itu ia diumpamakan sebagai perjuangan hidup.

 Rahman Shaari, penyair kelahiran Perlis, menulis sajak “Hamparan Kuning” . Di dalam puisi tersebut dinyatakan bagaimana sawah yang tehampar luas memberi sesuatu kesedaran kepadanya tentang budi, perjuangan dan ilmu. Kata hamparan membawa gambaran sesuatu yang terbentang luas dan dapat dilihat sejauh pandangan. Kuning ialah warna padi yang sedang masak dan juga emas yang melambangkan kemakmuran.
Namun begitu yang terhampar bukan sahaja sawah. Ia adalah analogi kepada kehidupan dan perjuangan yang terentang  luas di hadapan.  Padi  masak menguning emas menjadi lambang kemakmuran dan kebijaksanaan seorang ayah kerana berjaya melengkapkan anaknya dengan ilmu dan keyakinan.  Si anak merasa damai dan makmur dengan keikhlasan cinta ayah dan ibu yang mendewasakannya.  Hamparan dan kesuburan tanah di kampung juga sejajar dengan kesuburan ilmu yang terhampar di dada penyair.

Hamparan Kuning

 
Sesekali pulang

Mahu kuresapkan keseluruhanmu

Ke dasar diri

Lalu hidup bersama aliran darahku

Sambungan dari keikhlasan cinta

Ayah ibu

Yang mendewasakan aku kemudian lepas

Kerana yakin pada ilmu

 
“Tanah di kampung ini,” kata ayah,

“akan nanti tidak sesubur

Apa yang bakal terhampar

Di dadamu.”

 
Di beranda rendah  ini

Mataku bermandi di lautan padi,

Hamparan kuning,

Engkau telah mendarahkan budayaku

Teman ikrab yang pernah menjauh

Kembali mengetuk pintu kesedaranku.

 
Aku kini pulang padamu

Bersama kasih dulu tak bakal layu

Aku pulang dengan rasa lama

Dan akal baru.

 
(Rahman Shaari, Gurindam Alam: 121)

 
Laut dan Pantai

Bahagian barat negeri Kedah dan Perlis, Pulau Pinang, bersempadan dengan Selat Melaka yang merupakan kawasan perairan sepanjang 930km yang merentang di antara Semenanjung Malaysia dan Pulau Sumatera. Selat  menjadi salah satu jalur pelayaran terpenting di dunia kerana kedudukan yang strategik seperti Terusan Suez dan Terusan Penama.  Selat Melaka adalah laluan purba yang diguna oleh kapal-kapal  pedagang yang berulang alik dari Barat ke Timur. Kapal-kapal ini singgah di negeri Kedah untuk berteduh menunggu musim bertukar bagi meneruskan semula pelayaran.

Laut dan pantai adalah unsur alam yang merangsang dan menggerakkan proses kreatif. Antara sajak yang lahir ialah ‘Sepanjang jalan ke Pulau Pinang’.

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang

Laut mengimbau sayu

Ombak-ombak ini hatiku

Berhasrat tiada tepi

 
Sepanjang jalan ke Pulau Pinang

Hujan memberi lagu

Angin menampar ke tiap ruang rasa

Berhiba-hiba awan pilu.

 
Aku antara insan beribu

Air mataku antara laut lepa

Laguku hilang dalam angin menderu

Pecah di pantai terhempas.

 
 dalam feri menyeberang ke Pulau Pinang  untuk memulakan pengajian di Universiti Sains Malaysia, tersiar buat pertama kali di akhbar Utusan Zaman pada tahun 1970 dan kemudian dimuatkan dalam kumpulan puisi Sesayup Jalan terbitan USM press 1974. Sememangnya telah banyak puisi dicipta hasil dari perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Perjalanan  adalah pergerakan fizikal yang mempengaruhi pergerakan mental dan kerohanian. Proses kreatif  yang melahirkan “Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang” berlaku di dalam feri menyeberangi laut.  Perjalanan itu adalah perjalanan diri meninggalkan rumah yang juga bererti meninggalkan zon selesa ke suatu tempat yang belum dikenali,    memberi kesedaran  terlantarnya diri ke dalam kedewasaan. Menyeberang laut menjadi penanda kepada perjalanan dari alam remaja menuju ke alam dewasa. Keadaan cuaca yang digambarkan dengan angin, hujan dan awan adalah unsur-unsur yang mengganggu perjalanan dan sekaligus mengganggu emosi. Apatah lagi pada ketika remaja itu, emosi  mudah terganggu, sering merasa buntu dan hampir putus asa sehingga melihat semuanya sebagai sedang “pecah di pantai terhempas”.  

 
Laut dilihat sebagai medan perjuangan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Ia adalah lambang kedewasaan dan cabaran. Selagi hayat dikandung badan  cabaran dan rintangan perlu ditempuhi. Seorang yang telah dewasa mesti menempuh perjalanan laut serta  menghadapi gelombang dan badai. Dalam hubungan ini, pangkalan dianologikan sebagai satu tempat untuk memulakan perjalanan menuju kedewasaan.

Seorang ibu harus bersedia untuk melepaskan anak-anaknya yang telah dewasa untuk pergi memulakan kehidupan mereka sendiri. Menghantar dan merestui anak-anak untuk memulakan kehidupan baharu diumpamakan sebagai berdiri di pangkalan.

Berdiri di Pangkalan  .

Aku telah berdiri di pangkalan

Melepaskan satu demi satu perahu

Ke sungai usia ke laut kehidupan

 
Di pangkalan itu aku berpesan

Berhati hati anakku

Pilihlah pelabuhan terbaik

Perahumu hanya satu

Layarmu jangan tercarik

 
Aku berdiri di pangkalan

Dan berpesan

Lautan adalah pengajaran.

(Zurinah Hassan, 2014, Cerita Dalam Cerita: 87, )

Rumusan:

Huraian ini menunjukkan bahawa proses kreatif dan penglahiran karya seorang penulis bermula dari interaksi dan interpretasi terhadap unsur alam yang membesarkan mereka. Mereka juga  legenda didengarnya sejak  kecil. Unsur alam, seperti laut, sawah padi, gunung ganang menjadi metafora, perlambangan dan analogi tentang kehidupan yang dilalui. Walaupun laut dan ombak  digambarkan sebagai cabaran dalam ‘Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang’ dan ‘Berdiri di Pangkalan’  namun pemilihan kata-kata tidak menunjukkan sebarang pertentangan atau konflik dengan alam. Mereka menerima dan melihatnya sebagai pengajaran dan ujian yang mesti dihadapi sebagai tanda kedewasaan.  Alam juga mengajar mereka tentang budi dan kerukunan hidup berkeluarga  seperti dalam ‘Permatang Budi’ (Rahman Shaari).   Alam yang luas membuat penyair insaf dan merasa dirinya kecil lalu lebih akur dengan kekuasaan Ilahi.

Legenda adalah kisah yang terkenal di dalam sejarah bangsa dan harus direnungi dan diambil iktibar. Penulis sering menganalisis dan pentafsir semula kisah-kisah legenda lalu menghasilkan  pemikiran dan karya baharu dalam bentuk puisi atau prosa. Renungan dan pentafsiran ini adalah selaras dengan penciptaan sastera Melayu yang dicipta untuk memberi pengajaran dan membawa kebaikan kepada masyarakat.

Rujukan:

Muhammad Fadzil Yusoff, 2018, Kosmologi Zurinah Hassan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh, 1988. Unsur-unsur Teori dalam Kesusasteraan Melayu dan Nusantara, Bangi Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,

Rahman Shaari, 1993, Memahami Gaya Bahasa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rejab F.I. 1986. Seribu Riak di Pantai Usia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka,

Thomas O, 1969, Metaphor and Related Subjects, New York, Random House.

H.B.Jassin.1968,Tifa Penyair dan Daerahnya, Singapura, Malayan Publishing House.

Zurinah Hassan, 1994, Pujangga Tidak Bernama,  Kuala Lumpur,  Dewan Bahasa dan Pustaka,

Zurinah Hassan, 2005, Salasilah. Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Zurinah Hassan, 2010. Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,  

Zurinah Hassan, 2014, Cerita Dalam Cerita: Kuala Lumpur. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Zurinah Hassan,2020, Membina Bakat Kreatif, , Kangar, Penerbit Universiti Malaysia Perlis.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2023/08/sawah-padi-dan-laut-dalam-karya-penulis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Andre Rosiade Emosi Sebut Bos Bumn Karya Mirip Raja Padahal Banyak Utang

Video Andre Rosiade Emosi Sebut Bos Bumn Karya Mirip Raja Padahal Banyak Utang

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 75 hits
Anggota Komisi VI DPR dari Fraksi Partai Gerindra Andre Rosiade naik darah laporkan sikap sombong para bos BUMN Karya
Pengaruh Legenda Dalam Karya Kreatif

Pengaruh Legenda Dalam Karya Kreatif

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 245 hits
SEDUTAN DARI Kertas kerja Seminar SUTERA disampaikan di Universiti Thaksin 23 8 2023 bertajuk ALAM DAN LEGENDA DALAM METAFORA DAN ANALOGI SASTERAWAN UTARA LEGENDASastera Melayu tradisi terbahagi kepada sastera istana dan sastera rakyat Dala...
Pemancing Jatuh Laut Ditemui Lemas

Pemancing Jatuh Laut Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 126 hits
Bomba berkata mangsa terjatuh ke dalam laut ketika memancing berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman Batu Kawan Pulau Pinang NIBONG TEBAL Seorang lelaki ditemui mati lemas selepas terjatuh ketika memancing di laut berhampiran sangkar ikan di...
Triti Laut Sulawesi Yang Ditandatangani Malaysia Amp Indonesia Tidak Melibatkan Ambalat

Triti Laut Sulawesi Yang Ditandatangani Malaysia Amp Indonesia Tidak Melibatkan Ambalat

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 241 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempada
90 Pendatang Diselamatkan Di Laut Aegean

90 Pendatang Diselamatkan Di Laut Aegean

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 144 hits
KIRA KIRA 90 pendatang yang menaiki sebuah kapal layar dan mengalami kesukaran di kawasan 18 5 kilometer di tenggara pulau Amorgos di Greece diselamatkan oleh beberapa kapal yang melalui kawasan itu selain bot peronda pada Jumaat lapor Agen...
Bergantung Pada Sambutan Hebat Penulis Ulas Kemungkinan Penghasilan Musim Ke 2 Moving

Bergantung Pada Sambutan Hebat Penulis Ulas Kemungkinan Penghasilan Musim Ke 2 Moving

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 232 hits
Mesti ramai kan yang seronok layan drama Moving ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penulis Moving iaitu Kang Full telah terlibat dengan satu temu bual khas di mana dia ada berkongsi butiran tentang drama berkenaan Ketika sesi temu bual penulis berca...
Dia Takut Penulis Dedah Ambil Masa 8 Jam Untuk Pujuk Gong Yoo Sertai Goblin

Dia Takut Penulis Dedah Ambil Masa 8 Jam Untuk Pujuk Gong Yoo Sertai Goblin

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 191 hits
Mesti ramai kan dah layan drama Goblin yang ditayangkan pada 2016 dahulu ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penulis Goblin iaitu Kim Eun sook telah tampil sebagai tetamu dalam program radio Song Jin woo s Brave Radio di mana wanita itu ada berkongsi...
Barbie Terus Ungguli Box Office Amerika Utara

Barbie Terus Ungguli Box Office Amerika Utara

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 204 hits
Barbie terus ungguli box office Amerika Utara Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Aug 2023 10 56PM
Laksa Tip Resepi Kuah Laksa Utara Yang Sedap

Laksa Tip Resepi Kuah Laksa Utara Yang Sedap

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 354 hits
Laksa sememangnya makanan kesukaan ramai bila bila masa malah menjadi salah satu menu tambahan yang cukup diminati dan sudah menjadi antara menu tambahan di kenduri kahwin atau sajian di rumah terbuka Isi Kandungan Walau jadi kesukaan ramai...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord