Pengarah Kkm Tolak Dakwaan Diskriminasi Terhadap Pendatang


Annabelle Lee
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pendatang tanpa dokumen diperlakukan dengan adil oleh pihak berkuasa semasa wabak Covid-19.
Ini selepas Putrajaya pada 6 Julai lalu menuduh Al Jazeera melakukan "pembohongan" berhubung laporan kritikal mengenai penangkapan dan penahanan migran dalam menangani wabak tersebut di Malaysia.
Semasa taklimat media malam ini, Noor Hisham menolak berlakunya sebarang diskriminasi terhadap pendatang tanpa dokumen semasa prosedur ujian, kuarantin dan rawatan.
Beliau berkata, sebagai contoh, kerajaan telah melakukan ujian Covid-19 percuma untuk semua orang dan seterusnya menyediakan makanan kepada pendatang. Sekiranya ada pendatang yang didapati positif ketika berada di pusat tahanan, mereka dibawa ke hospital sementara yang dibina khas di Maeps, Serdang.
"Kami memperlakukan mereka secara saksama di hospital kami [...]
“Kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membina hospital sementara bagi merawat pesakit dari pusat tahanan imigresen itu.
"Ini adalah inisiatif yang telah kami lakukan dan kami bersikap adil. Tidak ada diskriminasi ketika kami melakukan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) [...] ketika kami turun ke kawasan itu, siapa pun anda sama ada rakyat tempatan, warga asing, sah atau tidak sah - semuanya akan diuji,” katanya.
Noor Hisham juga mempertahankan tindakan pihak berkuasa menahan pendatang tanpa izin selama wabak itu, berkata langkah ini telah membantu "membendung" penularan wabak Covid-19 di pusat-pusat tahanan imigresen.
“Bolehkah anda bayangkan sekiranya (ada) wabak (dengan) 277 kes di dalam masyarakat dan bukannya di pusat tahanan?
“Hari ini, di pusat tahanan, kami sudah berjaya mengawal penularannya.
Tetapi jika ada 277 kes di kalangan orang ramai, lambat-laun mereka akan menjangkiti orang lain,” katanya.
Susulan serbuan terhadap pendatang tanpa izin, Malaysia mengalami lonjakan paling tajam dalam jangkitan, sebanyak 277 kes dalam masa satu hari dan kelompok baru di lima depot tahanan imigresen tersebut.
Dokumentari penyiasatan berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" disiarkan program 101 East terbitan Al Jazeera pada 3 Julai lalu, menyorot cara pendatang ditahan serta memaparkan keadaan tempat tinggal migran yang sempit.
Laporan Al Jazeera itu juga mempertanyakan jika tindakan keras sebegitu merupakan langkah "praktikal berdasarkan realiti untuk menangani wabak itu" atau pun tindakan "perkauman."
Sejak disiarkan, menteri dan netizen telah menggunakan media sosial mendakwa, laporan itu salah fakta.
Sejak itu polis mula menyiasat organisasi berita global yang berpusat di Qatar dan wartawannya berhubung laporan tersebut.
Sementara itu, Jabatan Imigresen telah mengumumkan pihaknya sedang mencari warga Bangladesh yang dipaparkan dalam laporan Al Jazeera.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/pengarah-kkm-tolak-dakwaan-diskriminasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alorgajah Gajikan Pendatang Asing Tanpa Izin Pengarah Syarikat Didenda Rm340 000

Alorgajah Gajikan Pendatang Asing Tanpa Izin Pengarah Syarikat Didenda Rm340 000

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 371 hits
Seorang pengarah syarikat didenda RM340 000 atau penjara 68 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membenarkan 68 pendatang tanpa izin masuk ke dalam premisnya Januari lepas Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman te...
Tiada Isu Diskriminasi Terhadap Pati Ketika Pengurusan Covid 19

Tiada Isu Diskriminasi Terhadap Pati Ketika Pengurusan Covid 19

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 263 hits
Kerajaan sangkal laporan dakwa Malaysia berat sebelah ke atas PATI Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba KOTA TINGGI Kerajaan menyangkal laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatan...
Najib Perlekeh Bukti Dap Berhubung Dakwaan Terhadap Raja Petra

Najib Perlekeh Bukti Dap Berhubung Dakwaan Terhadap Raja Petra

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 355 hits
Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya bernilai RM6 3 bilion dirancang oleh kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama negeri itu PETALING JAYA Najib Razak hari ini memperlekeh DAP berhubung keny...
Keluarga Adib Mahu Mulakan Tindakan Sivil Terhadap Polis

Keluarga Adib Mahu Mulakan Tindakan Sivil Terhadap Polis

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 237 hits
Peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata keluarga Adib akan memfailkan saman menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian beliau PETALING JAYA Peguam me...
Gbp Usd 16 Julai Laporan Cot Warga Britain Tidak Bernasib Baik Dan Tidak Bertindak Balas Terhadap Data Pengangguran

Gbp Usd 16 Julai Laporan Cot Warga Britain Tidak Bernasib Baik Dan Tidak Bertindak Balas Terhadap Data Pengangguran

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 251 hits
GBP USD 1H Hello pedagang Menurut carta setiap jam harga pasangan GBP USD melakukan pembalikan baru yang memihak kepada mata wang AS dan memulakan proses kejatuhan Saya meletakkan koridor aliran menurun baru pada carta yang mencirikan keada...
Pelantikan Bukti Kerajaan Tidak Diskriminasi Jantina Azalina

Pelantikan Bukti Kerajaan Tidak Diskriminasi Jantina Azalina

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 367 hits
Pelantikan wanita buat pertama kali dalam sejarah negara bagi memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat secara tidak langsung membuktikan kerajaan Malaysia tidak mendiskiriminasi jantina kata Datuk Seri Azalina Othman Said Sebali...
Hiburan Bukan Niat Untuk Mengaibkan Anak To Ki Perjelas Isu Dakwaan Tak Ingat Ayah

Hiburan Bukan Niat Untuk Mengaibkan Anak To Ki Perjelas Isu Dakwaan Tak Ingat Ayah

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 783 hits
Jika sebelum ini tular mengenai kisah hidup yang dihadapi penyanyi terkenal era 90 an To ki yang dilaporkan tinggal di sebuah pondok usang di pinggir hutan kini lain pula isu yang dibangkitkan oleh netizen Di mana anak anak To ki begitulah ...
As Meningkatkan Sekatan Terhadap China Menyumbang Kepada Peningkatan Ketegangan Gambaran Keseluruhan Bagi Mata Wang Eur

As Meningkatkan Sekatan Terhadap China Menyumbang Kepada Peningkatan Ketegangan Gambaran Keseluruhan Bagi Mata Wang Eur

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 336 hits
Pertukaran Asia Pasifik merosot pada pagi Khamis di tengah tengah peningkatan risiko geopolitik dengan Shanghai Composite Index kehilangan 4 5 setelah Amerika Syarikat mengenakan sekatan visa kepada pekerja syarikat teknologi China termasuk...
Tiada Diskriminasi Dalam Saringan Covid 19 Kata Kp Kesihatan

Tiada Diskriminasi Dalam Saringan Covid 19 Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 280 hits
KERAJAAN mengendalikan nbsp saringan Covid 19 ke atas warga asing nbsp dengan adil di bawah nbsp Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan separa nbsp PKPD nbsp Ketua nbsp Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada diskrim...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam