Pengangguran Negara Diunjur Antara 701 000 Hingga 729 000 Orang


Wartawan MalaysiaGazette Sebahagian pekerja menaiki bas selepas tamat waktu bekerja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Belanjawan 2021 di Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran September 2020 menurun sedikit kepada kepada 4.6 peratus mencatatkan 737,500 orang penganggur, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, September 2020 menyaksikan pemulihan yang berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik Covid-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan.
Kadar pengangguran menurun sedikit dengan bilangan penganggur turun 0.6 peratus bulan ke bulan merekodkan 737.5 ribu orang daripada 741,600 orang pada Ogos 2020.
Sebaliknya, guna tenaga terus mencatatkan peningkatan, yang mana penduduk bekerja bertambah 0.3 peratus (Ogos 2020: 0.5%) kepada 15.19 juta orang terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, penurunan dalam guna tenaga didapati berlaku dalam sektor pertanian dan pembinaan, yang mana secara tidak langsung menggambarkan kekurangan penawaran buruh dalam kedua-dua sektor.
Nisbah guna tenaga kepada penduduk bagi September 2020 kekal pada 65.2 peratus.
Menurutnya, melihat kepada penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan, kategori pekerja meningkat sebanyak 14,900 orang merekodkan 11.73 juta orang berbanding bulan sebelumnya.
Bekerja sendiri merangkumi 2.43 juta orang, meningkat 0.7 peratus berbanding Ogos 2020, sementara itu, terdapat 100,700 penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu berbanding 102,000 orang yang direkodkan pada Ogos 2020.
Kumpulan ini, yang berkemungkinan besar tidak dapat bekerja tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka mempunyai pekerjaan untuk dikembalikan.
Tambahnya, bagi tenaga buruh, mencatatkan sejumlah 15.93 juta orang pada September 2020 dengan peningkatan sebanyak 0.2 peratus (Ogos 2020: 15.90 juta orang).
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) kekal pada 68.4 peratus.
Selain itu, luar tenaga buruh meningkat 0.1 peratus kepada 7.36 juta orang dengan komposisi terbesar yang disebabkan oleh kerja rumah/ tanggungjawab keluarga.
Kedudukan pasaran buruh bagi bulan ini juga dapat dilihat melalui Statistik Kehilangan Pekerjaan (LOE) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang merekodkan penurunan 20.2 peratus (1,873 orang) kepada 7,388 orang pada September 2020 berbanding bulan sebelumnya (9,261 orang).
Begitu juga, bilangan pemberhentian pekerja yang dilaporkan oleh Jabatan Tenaga Kerja turut menunjukkan trend penurunan.
Mohd Uzir berkata, berdasarkan MyFuture Jobs, sejumlah 58,607 kekosongan jawatan dilaporkan dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) pada September 2020, berbanding 49,811 orang pencari kerja.
Mengulas mengenai penawaran buruh pada suku tahun ketiga 2020, beliau berkata, selepas merekodkan kadar pengangguran tertinggi 5.1 peratus pada suku tahun kedua 2020, kadar pengangguran pada suku tahun ini menurun kepada 4.7 peratus.
Kadar pengangguran yang lebih rendah disebabkan oleh pengoperasian semula hampir semua sektor ekonomi termasuk aktiviti sosial, pendidikan dan keagamaan.
Di samping itu, aktiviti pelancongan domestik juga telah beransur pulih berikutan kebenaran perjalanan rentas negeri pada suku tahun tersebut.
Maka, bilangan penduduk bekerja pada suku tahun ini meningkat 1.4 peratus kepada 15.10 juta orang, terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
KPTB meningkat 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus dengan lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.5 peratus dan 55.3 peratus.
Merumuskan kedudukan keseluruhan tenaga buruh, beliau berkata, sehingga suku tahun ketiga 2020, kedudukan guna tenaga, kadar pengangguran dan KPTB Malaysia telah pulih secara beransur-ansur, namun secara relatifnya masih belum mencapai tahap normal sebelum pandemik Covid-19.
Sehubungan itu, Mohd Uzir berkata, mengambil kira statistik tenaga buruh sehingga September 2020 dan senario semasa, DOSM telah menyemak semula ramalan kadar pengangguran bagi tahun 2020 kepada lingkungan 4.4 peratus hingga 4.7 peratus berbanding ramalan awal iaitu 3.5 peratus hingga 5.5 peratus.
Dengan semakan semula kadar ini, bilangan penganggur yang dianggarkan bagi tahun 2020 akan berada dalam lingkungan 701,000 hingga 729,000 orang. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/pengangguran-negara-diunjur-antara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 533 hits
Gaji pokok Ahli Dewan Undangan Negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal dinaikkan antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Keputusan itu berlaku ketika Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas...
Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 982 hits
Apabila anda masih kecil anda mungkin sering mencari binatang bernama undur undur ini di kawasan berpasir Kemudian anda akan meletakkannya di tangan anda dan haiwan ini akan berjalan ke belakang sebagaimana namanya Biasanya haiwan ini hidup...
40 000 Delivery Rider Antara 100 000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Rm24 Juta

40 000 Delivery Rider Antara 100 000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Rm24 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 302 hits
Kira kira 40 000 pekerja penghantaran antara yang bakal mendapat manfaat caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebanyak RM24 juta dise...
Dari Tradisional Hingga Modern Ini Minuman Favorit Sultan Di Berbagai Negara

Dari Tradisional Hingga Modern Ini Minuman Favorit Sultan Di Berbagai Negara

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 261 hits
Yuk intip di sini minuman favorit sultan di berbagai negara Dari tradisional hingga modern semua ada
Hong Kong Dan Singapura Buka Pintu Pelancongan Antara Negara Tak Perlu Kuarantin Tapi Ada Syarat La

Hong Kong Dan Singapura Buka Pintu Pelancongan Antara Negara Tak Perlu Kuarantin Tapi Ada Syarat La

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 264 hits
Hong Kong dan Singapura buka pintu pelancongan antara negara tak perlu kuarantin tapi ada syarat lain HONG Kong dan Singapura bakal membentuk air travel bubble pada akhir bulan ini yang membolehkan pelancong dari dua negara ini melancong ta...
Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 387 hits
Anggota dewan undangan negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah kenaikan itu diperlukan bagi mengur...
Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 290 hits
Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata semua tahanan baru perlu mempunyai keputusan ujian saringan Covid 19 sebelum dimasukkan ke penjara sebagai mencegah penularan wabak itu KUALA LUMPUR Sejumlah 43 lebihan banduan iaitu 20 3...
Exco Adun Kelantan Naik Gaji Hingga Rm5 000

Exco Adun Kelantan Naik Gaji Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 379 hits
KOTA BHARU EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok di antara RM3 000 hingga RM5 000 sebulan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kenaikan itu wajar memandangkan wujud perbezaan...
Covid 19 1 000 Kes Sembuh Tertinggi Sejak Pandemik Landa Negara

Covid 19 1 000 Kes Sembuh Tertinggi Sejak Pandemik Landa Negara

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 296 hits
SHAH ALAM 31 OKT Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 1 000 kes pulih Covid 19 hari ini tertinggi sejak permulaan pandemik di negara ini Ketua pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kumulatif...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris