Penganggur Kena Denda Rm8 000 Hina Bekas Menteri Dalam Fb


AGENDA DAILY
Seorang penganggur didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Seorang penganggur didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman profil Facebook milik sebuah syarikat televisyen swasta, tahun lepas.
Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Lim Eng Seng, 44, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes itu hari ini, lapor Bernama.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu.
Lim didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran pernyataan bersifat jelik menggunakan perkhidmatan aplikasi laman profil Facebook ‘NTV7’, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu kemudian telah dilihat di sebuah rumah di Jalan Pantai Permai 8, Pantai Dalam, Brickfields di sini pada 4 petang, 14 Mei 2020, mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada OKS dan masyarakat.
“OKS telah membuat komen semasa sidang media rasmi oleh menteri agama pada waktu itu dengan menggunakan perkataan jelik dan tidak bersesuaian dengan adat budaya negara ini,” katanya.
Bagaimanapun, Lim yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung keluarga dan tidak mempunyai pekerjaan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pengadu membuat laporan polis berkaitan komen-komen yang berbaur hasutan dan menghina agama Islam sewaktu Facebook Live (siaran langsung) di saluran Facebook NTV7 oleh Zulkifli semasa sidang media JPM (Hal Ehwal Agama) berkenaan kebenaran bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat bermula 15 Mei 2020.
Hasil siasatan mendapati penghantaran komen oleh pengguna Facebook ‘King Lim’ adalah jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Di mahkamah sama, seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam laman profil Facebook miliknya, Mac lepas.
Wan Asshima Kamaruddin, 37, didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook ‘Puteri Mujahidah Wan Asshima Kamaruddin’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 9.23 pagi, 11 Mac.
Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 6.24 petang, 13 Mac.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jan 2022 untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan TPR Najihah Farhana manakala peguam Dorina Abdullah mewakili Wan Asshima


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/penganggur-kena-denda-rm8000-hina-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Diaibkan Guru Besar Saman Bekas Yang Dipertua Pibg Rm500 000 Di Kelantan

Dakwaan Diaibkan Guru Besar Saman Bekas Yang Dipertua Pibg Rm500 000 Di Kelantan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 422 hits
TUMPAT Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di sini memfailkan saman RM500 000 terhadap bekas Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolahnya Suzana Adzmin Azmin 48 selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap defendan Abd Rahi...
Bekas Menteri Kebudayaan Kesenian Dan Pelancongan Tan Sri Sabaruddin Chik Meninggal Dunia

Bekas Menteri Kebudayaan Kesenian Dan Pelancongan Tan Sri Sabaruddin Chik Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya malam ini Allahyarham yang akan menyambut ulang tahun ke 80 pada 11 Dis ini menghembuskan nafas tera...
Bekas Perdana Menteri Sepatutnya Tidak Dibenar Lagi Jadi Perdana Menteri

Bekas Perdana Menteri Sepatutnya Tidak Dibenar Lagi Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 242 hits
Kebelakangan ini perbalahan politik antara Tun Mahathir Mohamad dengan Najib Razak kembali mewarnai dunia politik negara kita Daripada isu rumah ia kini meleret kepada hal tanah dan sehingga dikeluarkan surat surat lama berkaitan dengannya ...
Kena Bayar Rm100 000 Untuk Jumpa Menteri

Kena Bayar Rm100 000 Untuk Jumpa Menteri

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 366 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tahap rasuah yang berlaku dalam pentadbiran negara telah memburuk sehingga terdapat individu diminta untuk memberi wang sebanyak RM100 000 hanya untuk membuat pertemuan dengan...
Hiburan Didakwa Hutang Rm30 000 Safiey Illias Bengang Difitnah Bekas Kekasih

Hiburan Didakwa Hutang Rm30 000 Safiey Illias Bengang Difitnah Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 212 hits
Usahawan kosmetik kontroversi Safiey Illias meluahkan rasa bengang apabila dia didakwa berhutang RM30 000 oleh bekas kekasihnya sendiri lapor Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias memaklumkan bahawa individu tersebut turut memal...
Sprm Berjaya Lucut Hak Rm540 000 8 Keping Emas Bekas Ksu Kementeriannama

Sprm Berjaya Lucut Hak Rm540 000 8 Keping Emas Bekas Ksu Kementeriannama

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 265 hits
BERNAMA Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara berkata mereka mendapati wang RM540 000 dan lapan keping emas bernilai RM1 4 juta itu ada kaitan dengan kesalahan di bawah Akta SPRM Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Rayuan ...
Rasuah Rm20 700 Bekas Koperal Didenda Rm100 000 Wang Simpanan Dilucut Hak

Rasuah Rm20 700 Bekas Koperal Didenda Rm100 000 Wang Simpanan Dilucut Hak

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 295 hits
Oleh Anggota polis marin berpangkat koperal Zubairi Abdul Mutalib yang berhadapan 144 pertuduhan rasuah dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh ketika pendakwaan Januari lalu Gambar media sosial SEORANG pesara polis marin berpangkat koperal didenda ...
Sabah Agency Head Nabbed For Paying Himself Rm8 000

Sabah Agency Head Nabbed For Paying Himself Rm8 000

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 285 hits
The suspect is alleged to have approved payment vouchers for his own work KOTA KINABALU The Malaysian Anti Corruption Commission in Sabah has arrested a general manager of a state government agency on suspicion of accepting bribes amounting...
6083 Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Ppim 08 12 2021

6083 Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Ppim 08 12 2021

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 352 hits
6083 Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Ppim 08 12 2021
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Ilmu Azan Hafazan

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Melawat Kebun

Undang Undang Rimba Tarik Kereta Sinar Harian 05 07 2025