Rasuah Rm20 700 Bekas Koperal Didenda Rm100 000 Wang Simpanan Dilucut Hak


Oleh UtusanTV Anggota polis marin berpangkat koperal, Zubairi Abdul Mutalib yang berhadapan 144 pertuduhan rasuah dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh ketika pendakwaan Januari lalu./ Gambar media sosial SEORANG pesara polis marin berpangkat koperal didenda RM100,000 atau penjara 57 bulan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini kerana menerima rasuah berjumlah RM20,700.
Hakim M. Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas Zubairi Abdul Mutalib, 60, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan pilihan.
Mahkamah turut memerintahkan wang simpanan tertuduh di dalam akaun Maybank Islamic Berhad berjumlah RM18,494.75  termasuk faedah sehingga hari ini dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.
Mengikut pertuduhan itu, Zubairi yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jentera Ronda PSC 16 di Pengkalan Polis Marin, Kampung Acheh, Sitiawan telah memperoleh wang berjumlah RM20,700 daripada Tan Kuang Hooi, 50, yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya melibatkan penguatkuasaan di bawah Akta Perikanan 1985 ke atas bot bernombor pendaftaran vessel PKFA 9710.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di pusat bandar Sri Manjung antara 2 Mac hingga 29 Sept 2017 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, Zubairi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 26 Jan lepas atas 43 pertuduhan menerima rasuah lebih RM146,000 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap 18 bot yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad, Cawangan Sitiawan antara 1 Mei 2016 hingga 30 Julai 2019 mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Jan pula, Zubairi mengaku tidak bersalah atas 101 lagi pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM membabitkan jumlah suapan lebih RM243,000 berhubung perbuatan sama.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mempertimbang 137 pertuduhan di bawah akta SPRM itu mengikut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah selepas tertuduh mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan pilihan di bawah Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Maziyah Mansor manakala Zubairi diwakili peguam Shahrullah Khan. — BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/rasuah-rm20700-bekas-koperal-didenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Ketuk Kaki Pulas Tangan Anak Didenda Rm4 000

Bapa Ketuk Kaki Pulas Tangan Anak Didenda Rm4 000

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Akibat mengetuk kaki kiri menggunakan telefon bimbit dan memulas tangan kerana berang anak perempuannya sering bermain telefon bimbit serta tidak mahu belajar seorang bapa didenda RM4 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini H...
Pukul Anak Dengan Penyapu Bapa Didenda Rm4 000

Pukul Anak Dengan Penyapu Bapa Didenda Rm4 000

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Seorang bapa didenda RM4 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengetuk kaki kiri anak perempuannya menggunakan telefon bimbit dan memukul kepalanya dengan penyapu serta memulas tangan kanak kanak itu sehingga lebam ...
Hiburan Tinggal Anak Kecil Keseorangan Anda Mungkin Didenda Rm50 000 Dan Penjara 20 Tahun

Hiburan Tinggal Anak Kecil Keseorangan Anda Mungkin Didenda Rm50 000 Dan Penjara 20 Tahun

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 259 hits
Majlis Keselamatan Negara memaklumkan bahawa orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak anak sendirian di dalam kereta tanpa sebarang pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 000 atau penjara tidak lebih 20 tah...
Anak Saya Tak Nak Belajar Tengok Telefon Saja Bapa Pukul Anak Didenda Rm4 000

Anak Saya Tak Nak Belajar Tengok Telefon Saja Bapa Pukul Anak Didenda Rm4 000

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 289 hits
Anak saya tak nak belajar tengok telefon saja Bapa pukul anak didenda RM4 000Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan denda RM4 000 terhadap seorang bapa yang memukul anak perempuannya sehingga lebam Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman it...
Pekerja Maut Kena Renjatan Elektrik Syarikat Didenda Rm40 000

Pekerja Maut Kena Renjatan Elektrik Syarikat Didenda Rm40 000

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 185 hits
WARTA RAKYAT SYARIKAT konsortium pertanian Sinergi Perdana Sdn Bhd didenda RM40 000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Klang hari ini kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan seorang pekerja maut t...
Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

Lantunan Menaik Pasangan Mata Wang Gbp Chf 23 November 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 335 hits
Pasangan mata wang GBP CHF diniagakan dalam trend menaik dan ia berkemungkinan besar akan mengukuh dalam segi tiga Kami melihat potensi untuk pertumbuhan harga dari sokongan pertama kami yang terletak pada tahap 1 25191 selari dengan anjaka...
Terpedaya Macau Scam Wang Simpanan Rm120 500 Pesara Jururawat Lesap

Terpedaya Macau Scam Wang Simpanan Rm120 500 Pesara Jururawat Lesap

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh NOR AINNA HAMZAH AIBEE ABD GHANISEREMBAN Seorang pesara jururawat berputih mata selepas wang simpanannya sebanyak RM120 500 lesap akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Ko...
Pn Kecam Gambar Palsu Papar Rasuah Wang Tunai

Pn Kecam Gambar Palsu Papar Rasuah Wang Tunai

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 182 hits
Perikatan Nasional menafikan dakwaan kononnya gabungan parti itu menyogok pengundi menggunakan wang untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Negeri Melaka Penyelaras Penerangan PN PRN Melaka Badrul Hisham Shaharin berkata gambar yang terseba...
Layakkah Bekas Pm Terima Hadiah Rm100 Juta

Layakkah Bekas Pm Terima Hadiah Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 246 hits
Menteri Kewangan Tengku Dato Seri Zafrul Abdul Aziz berkata soalan itu patut dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri berikutan perkara itu di bawah bidang kuasa jabatan tersebut Bagaimanapun Menteri Kewangan mengakui kewujudan permohonan...
Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Sindiket Caj Rm15 000 Bawa Masuk Warga Bangladesh Ke Malaysia Tumpas

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib

Resipi Sup Keting Masak Sendiri Baru Puas Boleh Makan Banyak

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List