Bekas Perdana Menteri Sepatutnya Tidak Dibenar Lagi Jadi Perdana Menteri


 
Kebelakangan ini perbalahan politik antara Tun Mahathir Mohamad dengan Najib Razak kembali mewarnai dunia politik negara kita.
Daripada isu rumah, ia kini meleret kepada hal tanah dan sehingga dikeluarkan surat-surat lama berkaitan dengannya.
Selepas ini, entah apa-apa lagi dokumen yang saling mereka dedahkan untuk menegakkan benang basah masing-masing.
Dulu sebelum PRU 2018, kedua-duanya iaitu Tun Mahathir dan Najib juga hebat berbalah hingga melarat kepada pelbagai perkara yang tidak dijangka.
Cuma, pada 2018 itu, seorang berstatus Perdana Menteri dan seorang lagi merupakan bekas Perdana Menteri.
Tetapi kini kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri.
Kalau pada 2018, seorang Perdana Menteri cuba dijatuhkan (berjaya pun akhirnya dijatuhkan) dan seorang lagi bekas Perdana Menteri ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua ( ini juga berjaya dijadikan kenyataan), sekarang ini kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri yang ingin jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Tun Mahathir ingin jadi Perdana Menteri buat kali ketiga dan Najib pula ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Kalau dicampur dengan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang juga sedang mengejar cita-cita mahu jadi Perdana Menteri buat kali kedua, bermakna kita kini ada tiga bekas Perdana Menteri yang sedang berlumba-lumba mengejar jawatan yang pernah mereka duduki dan kaut nikmat daripadanya sebelum ini.
Hanya Tun Abdullah Badawi, seorang lagi bekas Perdana Menteri daripada empat bekas Perdana Menteri yang masih hidup yang memilih kehidupan harmoni dan tidak berlumba-lumba mengejar daki-daki dunia.
Dengan ada tiga bekas Perdana Menteri yang antara sedang bersaing untuk menjadi Perdana Menteri semula, dunia politik Malaysia barangkali mencatat sejarah tersendiri yang tiada di negara-negara lain.


Tidak pernah kita mendengar berlaku di mana-mana negara lain ada tiga bekas Perdana Menteri saling berebut kuasa sesama sendiri seperti di negara kota ini.
Kata orang Indonesia – apa-apain begini!!
Itu belum dikira lagi kalau Ismail Sabri Yaakob pun jadi bekas Perdana Menteri tidak lama lagi dan turut menyertai persaingan untuk menjadi Perdana Menteri juga buat kali kedua bagi dirinya.
Jangan pandang rendah pada Pak Long Mail, kalau yang tua-tua pun belum tertutup nafsunya untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua dan ketiga, tentulah tak mustahil jika nafsu beliau pun masih tinggi lagi.
Dan kemudian-kemudian nanti, jika ada lagi bekas Perdana Menteri, sama ada yang kalah pilihanraya atau dijatuhkan, mereka juga mungkin turut memilih untuk bersaing lagi jadi Perdana Menteri.
Akhirnya, politik kita akan sentiasa jadi serabut dengan karenah bekas-bekas Perdana Menteri yang kerjanya asyik mengheret rakyat untuk kepentingan nafsu kuasa mereka yang tak puas-puas itu.
Lebih buruk, yang ada skandal akan sedaya upaya memutar akal untuk menutup skandal mereka, manakala yang pernah dicop gagal terus lupa tentang kegagalannya sebelum ini.
Apa nak jadi akhirnya kepada rakyat dan negara jika keadaan itu berlarutan berpuluh-puluh tahun lamanya?
Sudah berpeluang menjadi Perdana Menteri, untuk apa lagi bekas-bekas ini mahu mengejarnya buat kali kedua?
Kenapa tidak semua bekas-bekas ini berlapang dada dan lebih punya jiwa dengan memberi peluang kepada pemimpin lain menunjukkan wibawa memimpin negara?
Bukankah lebih baik bersara saja dan berehat bersama keluarga sambil memgutip pahala sebagai bekalan untuk mengadap Yang Maha Esa, selain itu juga dapat mengharmonikan negara?
Atau barangkali sudah sampai masanya perlembagaan negara harus dipinda dengan tidak membenarkan lagi bekas Perdana Menteri mencuba atau berusaha menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, ketiga dan seterusnya? – 


ShahbudinHusin 25/11/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/bekas-perdana-menteri-sepatutnya-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Dulu Dulu Memberi Rumah Dan Tanah Kerajaan Kepada Mantan Perdana Menteri

Cara Dulu Dulu Memberi Rumah Dan Tanah Kerajaan Kepada Mantan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 246 hits
Salepas bersara dari jawatan Perdana Menteri Almarhum Tunku Abd Rahman berpindah ke Jeddah kerana di lantik menjadi Setiausaha Agung OIC Pertubuhan Kerjasama Negara Islam yang di tubuhkan atas inisiatifnya 2 Berapa lama beliau tinggal di sa...
Isteri Banduan Liwat Kalah Saman Fitnah Rm2 Juta

Isteri Banduan Liwat Kalah Saman Fitnah Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 431 hits
Setelah tujuh tahun menanti akhirnya kebenaran memihak kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang sebelum ini teruk difitnah Pembangkang dengan pelbagai isu karut marut Pada semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden PK...
Anwar Masih Relevan Jadi Perdana Menteri Tapi Pru15 Ini Harus Jadi Pertaruhan Terakhir Baginya

Anwar Masih Relevan Jadi Perdana Menteri Tapi Pru15 Ini Harus Jadi Pertaruhan Terakhir Baginya

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 263 hits
Berikutan prestasi buruk PH dan PKR dalam PRN Melaka semalam banyak pihak terlihat cenderung menyalahkan Anwar Ibrahim atas keadaan itu bersama sebab sebab lain yang mungkin kita sudah sedia maklum mengenainya melalui pembacaan di pelbagai ...
Pelabur Mana Nak Datang Kalau Dalam 4 Tahun 3 Perdana Menteri Ini Bukan Afrika Tapi Malaysia

Pelabur Mana Nak Datang Kalau Dalam 4 Tahun 3 Perdana Menteri Ini Bukan Afrika Tapi Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 230 hits
ASUWADI ISMAILBetul tak apa kita cakap Negara luar tak iktiraf kerajaan yang ada hari ni kerana bukan undi dari rakyat Sebab itu Pelabur lari Kerja tak ada barangan naik mendadak Semua ni kerana rancangan tebuk atap JAWAB LAH DEPAN ALLAH na...
Hebat Lah Dah Kena Dengan Bekas Mb Kini Kena Lagi Dengan Bekas Menteri Agama Banyak Syiok Ooooo Duit Banyak La Katakan

Hebat Lah Dah Kena Dengan Bekas Mb Kini Kena Lagi Dengan Bekas Menteri Agama Banyak Syiok Ooooo Duit Banyak La Katakan

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 297 hits
Panas Mujahid akan saman Razman kerana memfitnahNaib Presiden AMANAH Nasional Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan memfailkan tindakan undang undang terhadap Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria atas dakwaan memfitnah Razman menerusi hanta...
100 Hari Ismail Sabri Tak Ubah Macam Malaysia Tiada Perdana Menteri

100 Hari Ismail Sabri Tak Ubah Macam Malaysia Tiada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 287 hits
Hari ini genap 100 hari Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan pada 21 Ogos lalu Dalam penegasan kepada barisan kabinetnya beberapa hari kemudian Ismail Sabri mahu para menterinya membuktikan pe...
Teori Rahman Najib Perdana Menteri Melayu Terakhir

Teori Rahman Najib Perdana Menteri Melayu Terakhir

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
Jika kita masih ingat pada teori RAHMAN dimana kepimpinan negara adalah dari tokoh tokoh yang nama mereka bermula dari huruf huruf berkenaan Saya tidak ingat dan tidak pasti siapakah pencetus teori berkenan bagaimanapun ianya telah menepati...
Gesa Ismail Sabri Percepat Pru Bermakna Umno Tidak Sabar Mahu Menukar Perdana Menteri

Gesa Ismail Sabri Percepat Pru Bermakna Umno Tidak Sabar Mahu Menukar Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 245 hits
Sebaik saja menang bergaya dalam PRN Melaka macam sudah tak sabar lagi UMNO mahu PRU15 diadakan dengan segera Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata beliau sudah pun memberitahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar menimbang untuk...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean