Pengampunan Anwar Tak Sah Ismail Sila Semak Fakta




Pengampunan Anwar tak sah: Ismail sila semak faktaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: October 23, 2022
ShareKenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertikaikan keabsahan pengampunan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 lalu adalah tidak berasas sama sekali.
Menurut Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Sivarasa Rasiah, kenyataan Ismail dalam satu perhimpunan penyokong Umno di Bagan Datuk pada 18 Oktober lalu amatlah dangkal dan tidak bertanggungjawab.
Kata Sivarasa, fakta yang diungkapkan oleh Ismail seperti pengampunan dibuat “sejurus Pakatan Harapan berkuasa”; Peguam Negara tiada di dalam Lembaga Pengampunan kerana Tan Sri Apandi Ali telah ‘dipecat’ sebagai Peguam Negara oleh Tun Dr Mahathir atau tiada Menteri Wilayah Persekutuan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan maka ianya tidak sah, adalah tidak wajar diulang kerana hal itu telah dibawa ke mahkamah.
“Perdana Menteri Sementara wajib menyemak dahulu fakta. Beliau sepatutnya memberitahu hadirin bahawa semua isu yang beliau sebut itu telah pun dibangkitkan dalam perbicaraan mahkamah di mana keabsahan pengampunan itu dipersoal.
“Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2020 dan Mahkamah Rayuan pada 21 September 2021 telah menolak kes yang mempertikai keabsahan pengampunan Datuk Seri Anwar dan memutuskan kesemua isu perundangan yang disebut Ismail itu tidak berasas langsung.
“Datuk Sri Ismail memang seorang peguam, tetapi dengan pengalaman amat minima berbanding Yang-Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan.
“(Hakikatnya) Yang di-Pertuan Agong berhak mengurniakan pengampunan kepada Datuk Sri Anwar pada ketika itu kerana beliau telahpun menjalani lebih 90 peratus hukuman penjara 5 tahun (60 bulan), atau dengan kata lain, 48 bulan bersekali dengan peringanan hukuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, kata Sivarasa yang pernah menjadi peguam Anwar dalam kes Fitnah II, Peguam Negara adalah tidak dipecat sebagaimana didakwa Ismail tetapi telah diminta Perdana Menteri untuk bercuti pada 14 Mei 2018.
Di mahkamah, surat bertarikh 14 Mei 2018 telah ditunjukkan di mana Tan Sri Apandi telah mewakilkan fungsinya di dalam Lembaga Pengampunan kepada Peguam Cara Negara, Datuk Zauyah Loth Khan.
“Saya sendiri ingat perbincangan dengan Peguam Cara Negara berkenaan tarikh pendengaran permohonan pengampunan pada waktu itu. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memutuskan tindakan mewakilkan itu adalah sah di sisi undang-undang.
“Isu ketidakhadiran Menteri Wilayah Persekutuan pula telah ditolak oleh kedua-dua mahkamah, yang memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir seperti yang diperinci di dalam warta berkenaan turut memegang kuasa menteri-menteri semua Kementerian sehingga keanggotaan penuh Jemaah Menteri dilantik.
“Maka Datuk Seri Ismail wajib semak dahulu fakta dan keputusan penghakiman dalam isu-isu yang beliau bangkitkan secara terbuka ini.
“Jika tidak, amatlah tidak bertanggungjawab bagi seorang Perdana Menteri Sementara untuk membangkitkan isu ini secara dusta dan salah, seolah-olah mahkamah tidak pernah memutuskan isu tersebut sebelum ini,” katanya lagi.
Justeru itu, Sivarasa mendesak PM Ismail Sabri menarik balik kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab yang dikeluarkannya beberapa hari lalu itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pengampunan-anwar-tak-sah-ismail-sila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Pembubaran Parlimen Sah Agong Titah Pru Sebelum Tengkujuh

Ismail Pembubaran Parlimen Sah Agong Titah Pru Sebelum Tengkujuh

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 122 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata cabaran undang undang oleh penyandang ahli parlimen Klang Charles Santiago berhubung PRU15 hanyalah bersifat akademik memandangkan Parlimen sudah pun dibubarkan
Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 216 hits
malaysiakini comNaib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak cadangan dibuat Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim agar calon calon perdana menteri dipertemukan dalam sesi perdebatan Bagi Ismail Sabri amalan berdebat untuk calo...
Anwar Sah Tanding Di Tambun Sumber

Anwar Sah Tanding Di Tambun Sumber

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comPengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sah akan bertanding di kerusi parlimen Tambun Perak pada Pilihan Raya Umum ke 15 Sumber sumber yang rapat dengan presiden PKR itu mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar t...
Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 184 hits
Caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob today rejected the challenge by opposition chief Anwar Ibrahim to have a debate between political parties prime ministerial candidates Speaking at a press conference in Bukit Aman this afternoon ...
Pkr Man Slams Ismail S Misguided Claims On Anwar S Pardon

Pkr Man Slams Ismail S Misguided Claims On Anwar S Pardon

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 168 hits
Anwar Ibrahim was granted a full pardon by the King in 2018 over a miscarriage of justice a former PKR MP says PETALING JAYA A former PKR MP has hit out at Ismail Sabri Yaakob s misguided and wrong comments on Anwar Ibrahim s royal pardon s...
Ismail Sabri Muhyiddin Anwar Mampu Teraju Negara Musa Hitam

Ismail Sabri Muhyiddin Anwar Mampu Teraju Negara Musa Hitam

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 177 hits
bharian com myOleh Oktober 18 2022 KOTA TINGGI Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang mampu menerajui neg...
3 Dpms Let Us Win First Then We Ll Talk Says Ismail

3 Dpms Let Us Win First Then We Ll Talk Says Ismail

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 122 hits
Umno vice president Ismail Sabri Yaakob said Barisan Nasional would implement the proposal if it was in the coalition s manifesto KUALA LUMPUR Ismail Sabri Yaakob has brushed off questions about a proposal to appoint three deputy prime mini...
Ismail Dan Zahid Kongsi Pentas Di Bagan Datuk Umno Kembali Satu Kluster

Ismail Dan Zahid Kongsi Pentas Di Bagan Datuk Umno Kembali Satu Kluster

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 179 hits
malaysiakini comUmno sebelum ini dilihat terpecah kepada dua kem dengan satu kem diketuai perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob dan satu lagi diketuai presiden parti Ahmad Zahid Hamidi Mereka dikatakan tidak sebulu bermula sejak lan...
Ismail Sabri What Did Hadi Mean By Calling Umno Murky Party

Ismail Sabri What Did Hadi Mean By Calling Umno Murky Party

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 161 hits
Umno vice president Ismail Sabri Yaakob today questioned remarks made by PAS president Abdul Hadi Awang two days ago saying that Umno is in the murky waters of bribery The caretaker prime minister told reporters today that he himself could ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut