Ismail Dan Zahid Kongsi Pentas Di Bagan Datuk Umno Kembali Satu Kluster


malaysiakini.comB Nantha Kumar
Diterbitkan: Oct 17, 2022 10:19 AM
Umno sebelum ini dilihat terpecah kepada dua kem, dengan satu kem diketuai perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob dan satu lagi diketuai presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Mereka dikatakan "tidak sebulu" bermula sejak langkah Umno untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin dari jawatan perdana menteri sehinggalah desakan agar Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15.

Namun hari ini kedua-dua pemimpin itu akan membuat kemunculan bersama di sebuah program yang dinamakan 'Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran' di Dewan Perdana Kompleks Umno, Bagan Datuk, Perak.

Bagan Datuk adalah kawasan Parlimen yang dipegang Zahid sejak 1995.

Walaupun, kedua-dua pemimpin itu menafikan pergeseran dalam Umno, media dan penganalisis politik sering melaporkan kewujudan apa yang dinamakan sebagai 'kluster menteri' dan 'kluster mahkamah'.
Kluster menteri merujuk kepada menteri-menteri BN dan ahli parlimen gabungan itu yang menyokong pendirian bahawa Umno tidak perlu menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Kluster mahkamah pula adalah pemimpin-pemimpin Umno menyokong desakan Zahid dan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, serta PRU15 perlu diadakan pada tahun ini.

Kemuncak pergeseran antara dua kluster tersebut adalah pada Ogos 2021, di mana seramai 31 ahli parlimen BN termasuk Ismail Sabri secara terbuka menolak keputusan Majlis Kerja Tinggi (MKT) Umno yang membuat keputusan untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Namun, ia tetap berlaku dan Ismail Sabri yang merupakan naib presiden Umno mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri yang baru. Ia merupakan kali pertama pentadbiran BN tidak diketuai oleh presiden Umno.

Pergeseran berlanjutan sehinggalah ketika taklimat khas berkenaan pemenjaraan Najib pada 27 Ogos lalu, sorakan 'boo' kedengaran setiap kali nama Ismail Sabri - yang tidak hadir - disebut.

Justeru, program hari ini dilihat sebagai usaha untuk memberi isyarat bahawa parti itu kembali menjadi satu pasukan dalam menghadapi PRU15.

Kenyataan Zahid semalam bahawa Ismail Sabri kekal sebagai perdana menteri jika BN menang PRU15 juga dilihat sebagai tanda kedua-dua kem itu semakin serasi dalam usaha menang PRU15.
Namun tetap ada penganalisis politik yang berpendapat kedudukan Ismail Sabri sebagai poster boy BN bukan jaminan dia akan dilantik semula ke jawatan itu, sebaliknya menerima nasib sama dengan Hasni Mohamad.

Ketika PRN Johor awal tahun ini, Hasni diumum sebagai calon menteri besar namun dia digantikan dengan Onn Hafiz Ghazi.

Pengumuman Zahid bahawa BN akan menampilkan 70 peratus muka baru sebagai calon turut membangkitkan persoalan jika ada ahli parlimen yang dilihat sebagai penyokong Ismail Sabri akan digugurkan.

Apa-apa pun, persoalan ini ini akan terjawab dalam masa beberapa hari lagi selepas BN memuktamadkan senarai calonnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ismail-dan-zahid-kongsi-pentas-di-bagan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Hakikat Umno Dikuasai Zahid Hamidi

Ismail Sabri Hakikat Umno Dikuasai Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 182 hits
Walaupun wajah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin dijadikan bahan kempen sebagai calon perdana menteri ketika pilihan raya berjalan nanti namun bukan beliau yang akan menentukan siapa berkuasa kelak Sebaliknya Datuk Seri Ahmad Zahid tet...
Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

Perjumpaan Khas Umno Bersama Zahid Ismail Sebelum Parlimen Bubar Esok

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 190 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur esok merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen di...
Di Sebalik Penggantungan Tajuddin Hadir Acara Zahid Di Bagan Datuk

Di Sebalik Penggantungan Tajuddin Hadir Acara Zahid Di Bagan Datuk

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 18 2022 12 14 PMDi sebalik penggantungan anggota parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman hadir acara perdana BN melibatkan presiden Umno dan perdana menteri sementara di Bagan Datuk Perak semalam Dia malah...
Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 253 hits
UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang ...
Zahid S Aide Denies Report He Won T Defend Bagan Datuk Seat

Zahid S Aide Denies Report He Won T Defend Bagan Datuk Seat

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 544 hits
A report that Ahmad Zahid Hamidi will not be contesting in GE15 to prevent the opposition from taking advantage of issues surrounding him is not true PETALING JAYA An aide to Umno president Ahmad Zahid Hamidi has dismissed a claim that Zahi...
Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 206 hits
agendaily com16 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kecewa kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terlibat rasuah UMNO kecewa dengan kenyataan PAS tentang bagaimana parti ...
Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 167 hits
Mesyuarat MT UMNO dua hari lalu secara umumnya hanyalah bertujuan untuk memuktamadkan desakan kepada Perdana Menteri bahawa PRU15 mesti diadakan pada tahun ini Mesyuarat itu seterusnya disusuli dengan kejayaan menetapkan agar Ismail Sabri Y...
Bebaskan Pemimpin Yang Dianayai Oleh Kerajaan Mahathir Jika Umno Menang Pru15 Adalah Satu Tanggung Jawab

Bebaskan Pemimpin Yang Dianayai Oleh Kerajaan Mahathir Jika Umno Menang Pru15 Adalah Satu Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 239 hits
Oleh Adam Malik Mahathir meroyan pada tulisan nya sekali lagi Selepas tulis terus Mahathir cabut lari tanpa lihat apa respon dan komen rakyat pada tulisan nya Begitu lah Mahathir membuat cerita dari sudut pandangan diri sendiri tanpa ambil ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It