Ismail Sabri Muhyiddin Anwar Mampu Teraju Negara Musa Hitam


bharian.com.my
Oleh Mohamed Farid Noh 
[email protected]
- Oktober 18, 2022 

KOTA TINGGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan sebagai pemimpin yang mampu menerajui negara ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam ketika menggariskan nama terbabit berkata, tiga pemimpin itu dilihat memiliki kualiti, daya tahan serta karisma dalam memimpin negara mengharungi cabaran kini.
Musa pada Program Bicara Tokoh: Kecelaruan Politik Malaysia, di Kota Tinggi, hari ini. - NSTP/NUR AISYAH MAZALANBeliau menegaskan dalam keadaan dunia begitu mencabar sekarang, negara amat memerlukan kepimpinan bertaraf dunia.

"Ketika ini, negara kita sangat kekurangan pemimpin-pemimpin yang mampu berdepan pelbagai cabaran dunia kini. Malaysia sangat memerlukan pemimpin berkualiti, berpengalaman dan tabah berani dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang.

"Sekarang nampaknya memang kita mengalami kekurangan pemimpin yang boleh dikatakan 'top class'.

"Saya hendak membuat satu analisis. Pemimpin pilihan peribadi saya yang saya lihat mampu memimpin negara dalam keadaan mencabar ini ada tiga nama, iaitu Ismail Sabri, Muhyiddin dan Anwar. Mereka ini berkebolehan memimpin negara dalam keadaan sekarang yang penuh kecelaruan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Tokoh: Kecelaruan Politik Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Johor, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Yang Dipertua MUBARAK Johor, Datuk Abdullah Md Ali.

Seterusnya, Musa yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO turut menamakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebagai pemimpin muda berpotensi.

Katanya, beliau tertarik pada MUDA dan ideologi Syed Saddiq.

"Saya berpeluang bercakap dengan dia (Syed Saddiq). Dia ada idea bagus, ini pandangan saya tanpa prejudis dan tidak berpihak. Saya lihat dia ada keterujaan dan idealisme tersendiri.

"Orang di luar memang berkata macam-macam mengenai dia. Namun pada saya, dia mewakili golongan pemimpin masa depan.

"Dia juga ada pengikut ramai. Untuk dia menang kerusi atau mendapat dua tiga kerusi menerusi MUDA, bukan satu masalah," katanya.

Dalam pada itu, Musa berkata, kecelaruan politik yang sedang dialami negara disifatkan ibarat 'politik kartun'.

"Saya hendak cakap terus-terang, setiap kali saya menghadapi kritikan (daripada orang luar), berikutan keadaan politik dalam negara yang bercelaru ini, mereka cakap keadaannya seperti 'politik kartun'.

"Keadaan politik negara macam hiburan pula, jadinya dengan kita (ahli politik) diketawakan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ismail-sabri-muhyiddin-anwar-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musa Hitam Pilih Anwar Sebagai Perdana Menteri

Musa Hitam Pilih Anwar Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 272 hits
ULASAN PAGIBanner pengakuan ikhas Musa BEKAS Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam dengan penuh diplomasi menyetujui kalau Anwar Ibrahim dipilih sebagai perdana menteri berbanding dengan dua calon lain Ismail Sabri Yaakob dan Mahiaddin Yassin...
Dr M Why Didn T Ismail Sabri Resign Like Muhyiddin

Dr M Why Didn T Ismail Sabri Resign Like Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 207 hits
There was no reason for Parliament to be dissolved simply because caretaker Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has lost his majority support former premier Tun Dr Mahathir Mohamad said In his latest social media posting the Langk...
Ismail Sabri Leaves Istana Negara After Spending About An Hour With The King

Ismail Sabri Leaves Istana Negara After Spending About An Hour With The King

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob left Istana Negara at 4 45pm on Thursday without addressing the media gathered outside the gates to the palace Leaving the Istana Negara grounds in a white SUV at 4 45pm the premier...
Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 242 hits
Salahkan diri sendiri bukan orang lain kata Muhyiddin kepada Ismail SabriPresiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar Agenda Daily oleh Hiekal Rosli 9 Oktober 2022 18SharesTan Sri Muhyiddin Yassin membalas kritikan terhadap Perdana Ment...
Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

Not Our Culture Ismail Sabri Rejects Anwar S Debate Challenge

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 267 hits
Caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob today rejected the challenge by opposition chief Anwar Ibrahim to have a debate between political parties prime ministerial candidates Speaking at a press conference in Bukit Aman this afternoon ...
Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

Ismail Sabri Tolak Saranan Anwar Debat Bukan Budaya Kita

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 267 hits
malaysiakini comNaib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak cadangan dibuat Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim agar calon calon perdana menteri dipertemukan dalam sesi perdebatan Bagi Ismail Sabri amalan berdebat untuk calo...
People S Mandate Best To Restore Political Stability Ismail Sabri

People S Mandate Best To Restore Political Stability Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 199 hits
Incumbent prime minister Ismail Sabri Yaakob today reiterated that the people s mandate is the powerful antidote to restore political stability and to form a strong stable and respected government in the country after the 15th general elect...
Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

Parlimen Dibubarkan Hari Ini Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 250 hits
Yang di Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubarkan hari ini PM Ismail Sabri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengumuman ...
Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand