Pengalaman Warded 2 Hari Di Hsa


Assalamualaikum
Pengalaman Warded 2 Hari di HSA | 12.12.18 - Tarikh temujanji check-up di hospital telah ditetapkan seawal 8 pagi. Biasalah kan, orang ramai menanti giliran, maka menunggulah dengan penuh sabar.
Selesai pemeriksaan tekanan darah, air kencing dan timbang berat badan, tunggu pula hingga doktor panggil. Agak lama juga pemeriksaan dengan doktor ni, tup tup warded! Uhuiii.


Selesai urusan mengambil darah, ke kaunter pula untuk uruskan kemasukan wad. Kemudian alas perut dahulu sebelum daftar masuk wad. Proses pendaftaran masuk wad pun mudah sahaja. Hanya perlu tunjuk kad pengenalan. Kebetulan pula rekod saya di HSA memang dah ada, tidak perlu banyak soalan dah. Selesai sahaja, satu file diserahkan kepada saya dan boleh naik bangunan atas untuk serah diri

Saya ditempatkan di wad 3 timur iaitu wad khusus untuk para ibu mengandung. Sebelum ke katil saya perlu menukar uniform wad berwarna pink dahulu. Setelah tukar, perlu masuk ke bilik pemeriksaan pula. Oleh kerana saya bukannya masuk wad untuk bersalin, proses tidaklah banyak sangat. Hanya check jantung bayi sahaja

Saya ditempatkan di katil 76. Mujur katil saya tidak jauh sangat dengan kaunter jururawat dan tandas. 
Hari pertama di wad, BSP saya dipantau. Di wad BSP dipantau sebanyak 7 kali tau. Kembang jari kena cucuk je. Kemudian buat ECG pula. Lama juga saya berbaring di bilik ECG sebab mesin ada sedikit masalah. Sakit tu adalah juga hingga meninggalkan bekas berhari-hari baru hilang sepenuhnya

Hari ke-2, jam 5 pagi sudah terjaga. Duduk di wad ni bukan boleh tidur nyenyak. Satu, sebab tak biasa. Dua, jenis telinga lintah, bunyi apa-apa pun senang terjaga. Lepas tu, jenis tak mengantuk pula tu di siang hari. Kalau dulu, saya jenis susah tidur di malam hari. Bila di siang hari pula mudah tertidur tiba-tiba. Sekarang, tak macam tu dah

Berbalik kisah hari ke-2, lepas terjaga, baring-baring dulu. Lebih kurang jam 5.30 pagi baru saya bersihkan diri dan bersiap untuk solat subuh. Lepas tu memang tak tidur dah. Maka tertoleh lah kanan kiri tak tahu nak buat apa

Pagi tu saya ada rawatan pemeriksaan jantung. Lebih kurang jam 9 pagi saya ditolak menggunakan wheel chair. Jauh juga ye ditolak dari wad ke bilik rawatan ni


Wheel chair diparking di depan bilik ni dan duduklah saya hingga nama dipanggil. Rawatan tidaklah lama sangat tapi sakit juga bila dada ditekan-tekan. 

Hasil pemeriksaan mengesahkan jantung saya sihat. Baik-baik saja. Alhamdulillah. Faktor pembawakan kot, mudah penat dan mengah. Hingga hari ini, ada ketikanya dada saya mudah berdebar kencang lagi-lagi bila dah letih


Selesai rawatan pemeriksaan jantung, saya ditolak pula untuk menghadiri kelas pemakanan. Maklumlah diabetic diet kan. Saya diajar cara pemakanan sihat bagi mengawal kencing manis saya. Bukan sahaja cara pemakanan malah waktu makan yang sesuai juga. Air manis memang totally kena reject kalau nak control kencing manis

Saya dimaklumkan boleh discharge lebih kurang jam 3 petang. Lega tak yah lama-lama duduk di wad. Bosan kot sebab hanya duduk, tidur, makan dan buat pemeriksaan je kerjanya. Tapi procedure tetap procedure. Walaupun dimaklumkan discharge jam 3 petang tapi jam 7.30 petang baru betul-betul keluar dari wad


Inilah bil yang perlu dijelaskan selama 2 hari membuat rawatan di sini. RM14 sahaja. Terkejut juga saya

Doktor baik, nurse baik, layanan serba serbi baik je. Cuma tidak dibenarkan charge handphone di sini. Kalau nak.dibandingkan hospital private mungkin sangat berbeza, tapi pada saya sudah memadai. Sudah selesa dan semua terjaga rapi

Dapatlah MC dua hari dari hospital sebab warded. kebetulan pula 12.12.18 saya memang dah apply leave, oleh kerana dapat MC, saya tukar AL tu ke hari jumaat. Hari ahad pula buat BSP. Hari isnin, appointment doktor di KK Masai. Straight kan. Letih juga

Buku pink saya ada 4 rekod tahap yang perlu dititikberatkan. Ni sekarang ni sudah 2 minggu jugalah hidung mudah berdarah tapi berdarah tak teruk. Kalau bersin-bersin, hembus mukus tu memang disertai darah

Macam-macam betul dugaan mengandung kali-3 ni. Dengan kerja yang menimbun, anak pula dah mula bersekolah, perlu dipantau. Tahap kesihatan pula agak tidak baik meskipun rasa baik-baik saja






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jnjikita.blogspot.com/2018/12/pengalaman-warded-2-hari-di-hsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Natal Kpk Buka Jadwal Kunjungan Keluarga Tahanan

Hari Natal Kpk Buka Jadwal Kunjungan Keluarga Tahanan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 294 hits
Proses menjenguk tahanan sama seperti tahun tahun sebelumnya Selain membuka waktu jenguk KPK juga akan memfasilitasi para tahanan melakukan misa atau perayaan Natal
Mahfud Md Memaknai Hari Ibu Masa Depan Bangsa Terletak Pada Kaum Perempuan

Mahfud Md Memaknai Hari Ibu Masa Depan Bangsa Terletak Pada Kaum Perempuan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 352 hits
Kaki itu bukan dicium kakinya lalu surga tapi langkah kaki ibu itu menentukan nasib anak tambahnya
Trip Bercuti Ke Hatyai Songkhla Itinerari 3 Hari 2 Malam Yang Padat Tapi Best

Trip Bercuti Ke Hatyai Songkhla Itinerari 3 Hari 2 Malam Yang Padat Tapi Best

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 655 hits
Salam dears Sebelum ni Mama dah ceritakan tentang dan juga dan tren klasik so kali ni Mama nak catatkan secara ringkas tentang apa aktiviti kitorang sepanjang 3 hari 2 malam di Hatyai dan Songkhla Ringkas ke eh Errk korang baca je lah hehe ...
Share Kartu Ucapan Selamat Hari Ibu 22 Desember

Share Kartu Ucapan Selamat Hari Ibu 22 Desember

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 771 hits
Akhirnya tiba hari yang ditunggu tunggu Yaitu hari Ibu Hari Ibu diperingati pada tanggal 22 Desember hari Ibu adalah hari yang sangat berarti bagi kita semua agar kita selalu mengingat pengorbanan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Tak Tahan Suami Setiap Hari Nak Cium Kat Celah Tu Isteri

Tak Tahan Suami Setiap Hari Nak Cium Kat Celah Tu Isteri

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 2329 hits
Posted By admin 19th December 2018 dunia perkahwinan ini sangat indah jika mampu dan bertanggungjawab serta jatuh hukum wajib pada seseorang maka beliau perlu berkahwin namun asam garam dalam perkahwinan kadang kadang agak pelik tetapi tak ...
Cerita Adik Ahok Di Hari Ibu Mama Minta Guru Saya Tidak Naikin Kelas

Cerita Adik Ahok Di Hari Ibu Mama Minta Guru Saya Tidak Naikin Kelas

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 314 hits
Namun sekarang saat berada jauh dari ibu dia selalu rindu Apalagi saat momen Hari Ibu Salah satunya dengan masakan sang mama
Peringati Hari Ibu 4 Kisah Ini Penuh Inspirasi Dan Haru

Peringati Hari Ibu 4 Kisah Ini Penuh Inspirasi Dan Haru

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 319 hits
Kisah inspirasi spesial di Hari ibu sebagai wujud cinta dan pengorbanan seorang ibu untuk buah hatinya
Daim Rakyat Jemu Jika Setiap Hari Menteri Ph Cakap Pasal Hutang

Daim Rakyat Jemu Jika Setiap Hari Menteri Ph Cakap Pasal Hutang

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 413 hits
Diterbitkan 22 Dis 2018 8 20 malam Kerajaan Pakatan Harapan perlu berhenti mengulangi naratif tentang hutang negara dan mula menumpukan untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya kata Daim Zainuddin Bercakap kepada pemberita hari ini bek...
Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

Semakan Mykasih Tarikh Bayaran Baki Senarai Kedai Barang

Dapatkan Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Di Sini Dengan Serendah Rm69

Lirik Lagu Lea Zafira Azalea

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kempen Himpunan Pakaian Terpakai Di Tanjung Piandang Perak

Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Berlangsung 1 November 2025 Mendapat Tiga Syarikat Tajaan

Lirik Lagu Alpha P Ramlee Saloma

Kenapa Kotak Packaging Kosmetik Custom Penting Untuk Naikkan Keyakinan Pelanggan

Slot1111 10 November Slot1111 Top 61 By Roslyn