Pengalaman Tukar No Plate Antara Dua Kenderaan
Assalamualaikum,
Saya nak kongsi dengan anda pengalaman saya TUKAR NOMBOR PLATE antara dua kenderaan.
Saya dah buat banyak kali. Jadi saya share caranya di sini ya.
Nama saya Mohd Firdaus. Dan wife Nama Kam Maria. Jadi, saya try adjust untuk letak nama kami di nombor plate kenderaan.
Percubaan pertama. Nak cari plate MF8281. Merujuk kepada Maria Firdaus dan tahun lahir kami berdua.
Nombor dah jumpa, tapi owner tak mahu jual. Dia kata kalau nak RM40k. Bengkek juga dengar. Motor buruk ni RM40k. Saya minta beli RM5k dia tak nak jual. Jadi saya lepaskan nombor plate ini.
Since nama wife KAM Maria. Jadi kita cari plate KAM 8281. Jumpa owner di Pendang, Kedah. Alhamdulillah, berjaya kawtim. Dia jual dekat saya nombor plate RM2k. Tapi segala proses agak rumit. After all saya belanja RM4,500 sebelum nombor tu nak masuk ke kereta saya.
Tahun 2015. Alhamdulillah. Allah bagi rezeki. Dapat beli Vellfire
Tahun 2018, misi kedua bermula. Pergi cari balik brother MF8281 ni. Setelah berbincang panjang lebar, motor ini saya beli daripada beliau pada harga RM8k.
Alhamdulillah. Masuk juga nombor ni ke kereta saya.
Motor Honda C70 tu, saya modify jadi macam ni. Lepas tu saya jual pada harga RM5k.
Tahun 2021, saya jual Mercedes ni. Dan tukar nombor plate ke nombor lain sebab nak simpan nombor MF8281 ke kenderaan baru kami nanti. Tapi kereta baru tak ada lagi, jadi. Terpaksa pindah ke motor
Tak pasal pasal kena beli motor baru sebijik. Sebab nak parking no plate ni sahaja. Tak pe, kalau kereta baru dah sampai nanti. Kita masuk no ni ke kereta, motor ni kita boleh jual.
Projek ke 3. Nak cari plate nama MAR14 82. Jumpa akak ni, masalahnya. Akak ni pernah tukar enjin kereta dia dengan enjin second hand dan tak ikut prosedur JPJ. Jahanmm.... Akhirnya, sy terpaksa tukar enjin baru masuk ke kereta kakak ni. Lepas dah setel semua urusan, register enjin baru ke geran. Baru boleh tukar no plat
Wife berkenan sangat no ni. Dia nak bubuh kat kereta dia. Tapi kereta tak sampai lagi. So apa lagi.. Sekali lagi... Hmmmmmm..
Kenalah beli motor lagi sebijik. Uhuks..
Misi ke empat. Saya pulak nak cari plate nama saya. DAU5 81. Jumpa brother ni di Kelantan. Keras juga nak dapatkan nombor ni. Habis RM7k. Kira habis pancing lah tu...
Yang jadi susah, menantu abg ni nama dia Firdaus juga. Saya cakap la kat dia. Tolong la saya. Sebab saya beranak tahun 1981. Menantu beranak tahun 1991. Saya suruh la dia gi cari DAU591. Haha.. Dia gi cari betul betul nombor tu... Dapat lak tu. So win win la..
Nombor tu masuk ke sini. DAU5 81.. Sy tahu nombor ni salah dari segi JPJ. Jadi pandai guna, pandai la hadap.. Jangan tiru saya ya.
Nama ada di plate di kereta... Puas rasa.. Orang yang tak faham dia tak tahu.. Tak per... Dapat macam ni pun jadi la.. Sebab kawan saya bagi tahu, nak gi cari plate DAU5. Mau harga RM100k ke atas.
Bila Ford dapat no baru, kena lah boh nombor baru ke motor ni. Saja pilih nama Jue. Sekali memang orang beli motor ni balik sebab plate ni nama JUE. Haha..
Cara Tukar No Plate :
1. Mesti Ada 2 Kenderaan Atas Nama Yang Sama. Tak Boleh Nama Dua Kenderaan Berbeza.
Contoh kes MAR1482. Saya beli sebijik motor baru atas nama owner tu. Selepas itu, dah selesai tukar nombor plate, baru transfer nama tu balik kepada saya.
2. Mesti Salah Satu Kenderaan Baru Dan Lagi Satu Kenderaan Lama. Tak Boleh Dua Dua Kenderaan Lama.
Kalau anda perasan dari gambar di atas, setiap kali pertukaran, mesti ada satu kenderaan baru dan kenderaan lama.
3. Kenderaan Lama Mesti Lulus PUSPAKOM Interchange.
Wajib. Kenderaan lama mesti masuk Puspakom. Mesti lulus. Saya "Rugi" RM2500 untuk luluskan Puspakom Van RUSA KAM 8281. Sebab banyak masalah kereta ni. Nak kena repair bagai dulu. Tinted kena cabut dan pasang balik. Seat kereta semua, lampu rosak semua. Punah RM2500.
Sama kes macam MAR1482. Kancil akak tu. Kan dia dah tukar enjin. Jadi saya kena tukar enjin dia sekali lagi. Bagi jadi legal. Register no enjin ke dalam geran. Then baru boleh masuk Pusapkom untuk Interchange. Punah RM2500 untuk semua urusan ni.
4. Kenderaan Baru - Minta Salesman Uruskan Pendaftaran
Untuk daftar, mesti bagi semua dokumen diperlukan kepada salesman kenderaan baru. Tapi, Owner kereta WAJIB pergi ke JPJ untuk Thumbprint di situ.
Sekian perkongsian saya. Tolong jangan call saya tanya pasal ni ya. Anda boleh tanya ja Salesman kereta. Mereka arif pasal hal ni
Saya sekadar share pengalaman sahaja.
Mohd Firdaus Mat Saad.
Adakah Anda Berminat Untuk Menceburi Ternakan Ayam Daging Secara Komersial?
Ikuti Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online yang saya jalankan.
Untuk makluman anda, semua video ini diletakkan di Youtube secara Unlisted. Semuanya ada 32 siri Video yang saya dah pecahkan ikut topik
Saya dah berjumpa dengan terlalu ramai orang yang bertanya itu dan ini mengenai bisnes ayam. Jadi saya buat video untuk bagi anda mudah faham macam mana nak mulakan bisnes ini.
Cuba baca satu persatu tajuk yang saya dah buat. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda. Anda boleh beli Video Kursus Ternakan Ayam Daging ini.
Tengok dulu tajuk tajuk ini, adakah ini yang anda cari
Jika anda serius berminat nak mendalami Ilmu Ternakan Ayam Daging, nak ikuti kursus ternakan ayam ini secara Online.
Klik Sini : KURSUS AYAM DAGING
Atau Whatsapp Saya Di 019-5782515
Video ini BERBAYAR YER. Bukan Percuma. Harap maklum
Semoga impian anda menjadi penternak ayam dipermudahkan Allah
Mohd Firdaus Mat SaadPenternak Ayam Daging Sejak 2005Kapasiti Ayam 120,000 SemusimKontraktor Reban AyamKonsultan Ternakan Ayam Daging
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2021/01/pengalaman-tukar-no-plate-antara-dua.html