Penjaja Hanya Dua Orang Satu Meja Boleh




 “Jika kami dibenar meletakkan sebuah meja untuk dua orang pelanggan menjamu selera di sini, kami masih boleh bertahan untuk meraih rezeki,” itulah harapan kebanyakan penjaja makanan yang ditemui di Pusat Penjaja Persiaran Gurney di sini.




Mereka berharap sekiranya kebenaran diberi kepada pelanggan untuk makan di kedai makan (dine in) iaitu mengehadkan dua orang untuk satu meja, sudah pasti dapat meringankan beban mereka menghadapi gelombang kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Penjual Rojak, Tan Swee Hoe, 59, memberitahu Bernama perniagaannya merosot semasa PKP kali ini dan kebanyakan yang datang untuk membeli makanan berbungkus di gerainya adalah pelanggan tetapnya atau penghantar makanan.




Beliau berkata sekiranya kebenaran itu diberi, ia akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan peniaga.




“Sekiranya pelanggan dibenarkan makan di sini, kami boleh menghidangkan makanan terus kepada mereka dan pembeli dapat menikmati makanan yang masih panas dan segar,” katanya.


Tan juga berkata bulan lalu ketika Pulau Pinang berada dalam fasa pemulihan (PKPP), perniagaan jauh lebih baik kerana sasaran utama mereka adalah pelancong.


“Sekarang ini kita kembali kepada PKP, apabila perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan dan makan di restoran dilarang, apa yang boleh kita lakukan sekarang hanyalah berdoa agar keadaan bertambah baik,” katanya lagi.


Menurutnya, terdapat sekitar 111 gerai penjaja di Persiaran Gurney dan jika tiada PKP, sekurang-kurangnya 40 gerai akan dibuka pada hari Jumaat.


Bagaimanapun tinjauan Bernama di pusat penjaja di sini semalam mendapati hanya enam gerai beroperasi.


Sementara itu, pemilik gerai pasembur rojak, P. Devi, 40, berharap wabak itu akan berakhir dan PKP akan ditamatkan tidak lama lagi, supaya perniagaan yang diusahakan bersama suaminya, M. Raja, 45, dapat kembali beroperasi seperti biasa.


Katanya, pada bulan lalu, musim cuti persekolahan yang panjang, perniagaan mereka berjalan lancar dan mereka mampu meraih pendapatan antara RM800 dan RM1,000 pada hujung minggu.


“Sekarang, kami betul-betul sukar mendapat pelanggan termasuk daripada servis penghantaran makanan. Minggu lepas kami buka dari Jumaat hingga Ahad, kami tidak dapat jual satu makanan pun untuk tiga hari itu,” katanya.


Beliau berkata sepanjang 28 tahun berniaga pasembur rojak, mereka tidak pernah mengalami keadaan sedemikian.


Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membenarkan pelanggan makan di situ supaya perniagaan mereka dapat terus bertahan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.


“Bukan sahaja dapat memberi kemudahan untuk penjual dan pembeli dalam menyediakan perkhidmatan yang cepat, tetapi pelanggan juga boleh menikmati suasana di sini,” tambahnya.


Pada 21 Jan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam, berkuat kuasa semalam.


Pemilik gerai Muar Chee, yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Miss Lai’, berkata ia adalah langkah positif bagi penjaja apabila Kerajaan Persekutuan membenarkan melanjutkan waktu operasi dari 8 malam hingga 10 malam.


Peniaga berusia 51 tahun itu berkata, lanjutan waktu operasi itu dapat memberi pelanggan lebih banyak masa untuk membuat pesanan makan malam mereka.


“Ketika kami terpaksa menutup gerai seawal 7.30 malam, kebanyakan orang baru hendak pulang ke rumah dan tidak mempunyai masa untuk memesan makanan untuk makan malam, jadi apabila operasi ini dilanjutkan ia memberi kelegaan kepada penjaja dan pelanggan,” katanya lagi. — Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/penjaja-hanya-dua-orang-satu-meja-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terungkap Akun Instagram Syekh Ali Jaber Hanya Mem Follow Satu Artis Ini

Terungkap Akun Instagram Syekh Ali Jaber Hanya Mem Follow Satu Artis Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 474 hits
Semasa hidup Syekh Ali Jaber menjalin kedekatan dengan berbagai kalangan Tak cuma pendakwah penceramah asal Madinah ini juga berhubungan baik dengan pengusaha politisi hingga selebritis Karena itu banyak orang yang kehilangan sosok Syekh Al...
Hanya Dua Daerah Di Sabah Zon Kuning Tiga Zon Jingga

Hanya Dua Daerah Di Sabah Zon Kuning Tiga Zon Jingga

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 155 hits
BernamaMasidi berkata 379 pesakit COVID 19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital semalam menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih ialah 38 989 orang Gambar fail KOTA KINABALU Hanya dua daerah di Sabah diletak di bawah zon kuning...
Satu Dua Orang Tidak Menyukaimu Itu Biasa Bukan Berarti Kamu Gagal Jadi Makhluk Sosial

Satu Dua Orang Tidak Menyukaimu Itu Biasa Bukan Berarti Kamu Gagal Jadi Makhluk Sosial

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 170 hits
Please jangan terjerembap dalam kesedihan karena hal ini Kamu memang nggak perlu jadi teman semua orang kok
Kalau Boleh Pergi Pasar Setiap Hari Kenapa Tak Dapat Berkumpul Satu Hari Untuk Mengundi Ahmad Maslan

Kalau Boleh Pergi Pasar Setiap Hari Kenapa Tak Dapat Berkumpul Satu Hari Untuk Mengundi Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 307 hits
Kalau boleh pergi pasar setiap hari kenapa tak dapat berkumpul satu hari untuk mengundi Ahmad MaslanKenyataan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan baru baru ini yang mengatakan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendidikan tinggi takkan fah...
Wamen Suahasil Ekonomi Tahun Ini Tak Boleh Hanya Sekedar Selamat Dari Krisis

Wamen Suahasil Ekonomi Tahun Ini Tak Boleh Hanya Sekedar Selamat Dari Krisis

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 205 hits
Wakil Menteri Keuangan Suahasil Nazara mengatakan tahun ini merupakan pemulihan dan kebangkitan ekonomi setelah terpuruk sepanjang tahun lalu akibat pandemi Virus Corona Indonesia tidak boleh hanya keluar dari krisis tetapi harus mampu mela...
Lelaki Ini Nekad Bekukan Mayat Isterinya Selama 50 Tahun Supaya Boleh Dihidupkan Kembali

Lelaki Ini Nekad Bekukan Mayat Isterinya Selama 50 Tahun Supaya Boleh Dihidupkan Kembali

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 247 hits
Seorang lelaki di Shandong China dilaporkan bertindak membekukan mayat isterinya yang meninggal dunia dengan harapan dapat menghidupkannya kembali Menurut Mothership lelaki yang bernama Gui Junmin didakwa telah kehilangan isterinya Zhan Wen...
Resipi Serunding Halia Boleh Buang Angin Dalam Badan

Resipi Serunding Halia Boleh Buang Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 331 hits
Halia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan Jika dimakan secara terus atau segar rasanya agak letar Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni boleh cub...
Guna Span Cuci Pinggan Bersihkan Perkakasan Anak Jika Tak Bernasib Baik Anak Boleh Cirit Birit

Guna Span Cuci Pinggan Bersihkan Perkakasan Anak Jika Tak Bernasib Baik Anak Boleh Cirit Birit

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 350 hits
Selalu sangat anak anak cirit birit malah kali ini lebih kerap Selain pemakanan yang tidak serasi salah satu punca yang mak ayah perlu tahu adalah cara kita mencuci perkakasan di rumah termasuklah botol susu dan sebagainya Punca utama pasti...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid