Sunat Sunat Ketika Duduk Antara Dua Sujud


TAKBIR BANGUN DARI SUJUD
Disunatkan bangun dari sujud dengan mengucapkan takbir dan tidak sunat diangkat akan kedua tangan.
Kemudian hendaklah dia duduk yaitulah dinamakan duduk antara dua sujud.
Berkata Imam Nawawi :
والسنة : أن يكبر لجلوسه ويبتدئ التكبير من حين يبتدئ رفع الرأس ويمده إلى أن يستوي جالسا فيكون مده أقل من مد تكبيرة الهوي من الاعتدال إلى السجود
Artinya : “Dan yang sunnah bahawa takbir seorang itu bagi duduknya itu dan memulai ucapan takbir dari ketika memulai angkat kepala (dari sujud) dan bekekalan takbir itu sampai ia duduk dengan betul. Maka sunat bahawa ukuran panjang takbirnya itu lebih pendek dari takbir ketika turun dari iktidal kepada sujud.” (Kitab Al-Majmu’)
CARA DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Cara duduk yang afdhal ialah duduk iftirasy yaitu punggung diletak atas kaki yang kiri manakala tapak kaki yang kanan didirikan dengan jari-jari kaki dilipatkan dan mengarahnya ke kiblat.
Jika duduk seorang ketika ini akan duduk yang lain dari duduk iftirasy maka tidak batal sembahyangnya kerana cara duduk ini bukanlah rukun tetapi duduk ifitrasy adalah afdhal.
Berkata Syeikh Khatib Syarbini :
أَنَّ هَذَا نَوْعٌ مِنْ الْإِقْعَاءِ مُسْتَحَبٌّ، وَالِافْتِرَاشُ أَفْضَلُ مِنْهُ
Artinya “ “Bahawasanya cara duduk ketika duduk antara dua sujud ini adalah disunatkan dan yang afdhal ialah duduk iftirasy.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Umar bin Khatab r.a. berkata :
ﻣِﻦْ ﺳُﻨَّﺔِ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺃَﻥْ ﺗَﻨْﺼِﺐَ ﺍﻟْﻘَﺪَﻡَﺍﻟْﻴُﻤْﻨَﻰ، ﻭَﺍﺳْﺘِﻘْﺒَﺎﻟُﻪُ ﺑِﺄَﺻَﺎﺑِﻌِﻬَﺎ ﺍﻟْﻘِﺒْﻠَﺔَﻭَﺍﻟْﺠُﻠُﻮﺱُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻴُﺴْﺮَﻯ
Artinya : “Termasuk sunnah sembahyang ialah bahawa menegakkan tapak kaki yang kanan dan mengadapkan segala jari-jarinya ke kiblat dan duduk atas kaki yang kiri.” (Hadit riwayat Nasaai)
KEDUDUKAN TANGAN DAN JARI
Sunat meletakan tapak tangan kanan di atas paha yang kanan manakala tapak tangan yang kiri di atas paha yang kiri.
Dan sunat bahawa segala hujung jari tangannya dekat hujung kedua lutut melurus ke arah kiblat.
Berkata Imam Nawawi :
ويستحب أن يضع يديه على فخذيه قريبا من ركبتيه منشورتي الأصابع وموجهة إلى القبلة
Artinya : “Dan disunatkan bahawa meletakkan kedua tangannya atas kedua pahanya dekat dengan dua lututnya dalam keadaan segala jari terhanjur arah kiblat.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)
Menurut pendapat yang paling sahih disunatkan merapatkan segala jari tangannya ketika diletakkan di atas paha itu.
BACAAN KETIKA DUDUK
Kemudian sunat di baca akan doa duduk antara dua sujud yang datang dalam beberapa hadith.
Antaranya doanya ialah :
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّي
Artinya : Wahai Tuhanku ampunkan aku dan kasihkan aku dan tampung kekuranganku dan angkatkan aku dan rezekikan aku dan tunjukkan aku dan sihatkan aku dan maafkan aku.
Maksud doa ini sebagaimana disebut olih ulama ialah :
رَبِّ اغْفِرْلِيْ
سؤال اللَّه المغفرة، وهو محو الذنوب، وسترها عن الناس
Artinya : Memohon kepada Allah akan keampunan yaitulah dihapuskan segala dosa dan menutupnya dari pengetahuan manusia.
وَارْحَمْنِيْ
أي تعطَّف عليَّ
Artinya : Berlembutlah wahai Allah ke atasku.
وَاجْبُرْنِيْ
سأل اللَّه أن يجبره لما فيه سدّ حاجته، وأن يردَّ عليه ما ذهب من خير، وأن يعوّضه
Artinya : Permohonan kepada Allah bahawa menampung apa yang kurang pada segala hajat kehidupan dan dikembalikan apa yang baik yang telah hilang dan menggantikannya.
وَارْفَعْنِيْ
سأل اللَّه أن يرفع قدره في الدنيا والآخرة
Artinya : Permohonan kepada Allah bahawa mengangkat olih Allah akan kedudukannya di dunia dan akhirat.
وَارْزُقْنِيْ
أعطني ما ينفعني عطاءً واسعاً بما يغنيني عن سواك، من الرزق الحلال أستعين به على القيام بالتكاليف المطلوبة
Artinya : Kurniakan akan daku kurniaan yang memberi guna akan daku sebagai kurniaan yang luas dengan apa yang mengkayakan aku dari selain-Mu daripada rezeki yang halal yang aku dapat bertolong dengannya atas mendirikan kewajipan yang diperintahkan.
وَاهْدِنِيْ
أرشدني ووفقني للحق الذي الصلاح فيه الحال
Artinya : Tunjuk dan bimbinglah aku dan jadikan aku selari dengan kebenaran yang elok padanya segala kelakuan.
وَعَافِنِيْ
أي سلّمني من جميع الآفات، والفتن، والنجاة من البلايا والمحن في الدين والدنيا والآخرة
Artinya : Selamatkan aku wahai Allah dari segala kebinasaan dan segala fitnah dan berilah kelepasan dari segala bala dan ujian pada agama dan di dunia serta akhirat.
وَاعْفُ عَنِّي
artinya : Memohon kemaafan daripada Allah dari segala salah dan silap.
MAKRUH DIAM TANPA MEMBACA
Jika seorang itu diam sahaja ketika duduk antara dua sujud ini tanpa membaca sebarang doa maka sembahyangnya sah dan tidak disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum salam tetapi sengaja meninggalkan membaca doa ini adalah makruh kerana Rasulullah saw selalu membacanya.
Duduk antara dua sujud ini adalah termasuk rukun yang pendek olih itu tidaklah seorang itu memanjangkan duduknya melainkan sekejap sahaja.
Berkata Imam Nawawi :
وينبغي أن لا يطوله طولا فاحشا ، فإن طوله ففي بطلان صلاته خلاف
Artinya : “Dan sayugia bahawa tidak melamakan duduk akan sebagai lama yang keji (melampau). Maka jika dilamakan duduknya maka pada batal atau tidak sembahyangnya itu ada perselisihan ulama.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab)
Wallahua’lam
 
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
The post Sunat-sunat Ketika Duduk Antara Dua Sujud appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/sunat-sunat-ketika-duduk-antara-dua-sujud/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Hong Kong Diarah Duduk Di Rumah Dua Hari Kekang Covid 19

Rakyat Hong Kong Diarah Duduk Di Rumah Dua Hari Kekang Covid 19

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 221 hits
Rakyat Hong Kong diarah duduk di rumah dua hari kekang Covid 19 Dikemas kini 39 saat yang lalu Diterbitkan pada 23 Jan 2021
Takiyuddin Rm1 5 Bilion Kos Pru15 Dua Kali Ganda Ketika Wabak

Takiyuddin Rm1 5 Bilion Kos Pru15 Dua Kali Ganda Ketika Wabak

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 352 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menganggarkan belanja menjalankan pilihan raya umum ke 15 di ketika wabak Covid 19 boleh menelan anggaran kos dua kali ganda berbanding anggaran kos sebelum pandemik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Has...
Pas Gesa Semua Pihak Henti Berpolitik Ketika Darurat Nampak Macam Tak Duduk Di Bumi

Pas Gesa Semua Pihak Henti Berpolitik Ketika Darurat Nampak Macam Tak Duduk Di Bumi

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR PAS menggesa semua pihak berhenti daripada berpolitik buat sementara waktu sepanjang tempoh darurat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyifatkan pihak yang terus berpolitik ketika darurat seperti tidak berada di bu...
Pengalaman Tukar No Plate Antara Dua Kenderaan

Pengalaman Tukar No Plate Antara Dua Kenderaan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 654 hits
Assalamualaikum Saya nak kongsi dengan anda pengalaman saya TUKAR NOMBOR PLATE antara dua kenderaan Saya dah buat banyak kali Jadi saya share caranya di sini ya Nama saya Mohd Firdaus Dan wife Nama Kam Maria Jadi saya try adjust untuk letak...
Pas Main Dua Kolam Mustahil Umno Duduk Diam

Pas Main Dua Kolam Mustahil Umno Duduk Diam

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 228 hits
MUKHTAR SANIPergaduhan antara parti parti dalam kerajaan nampaknya semakin rancak dengan istilah istilah yang jarang kita dengar sebelum ini Istilah main dua kolam misalnya dalam hal ini digunakan untuk mengambarkan gelagat sebuah parti yan...
Kepala Batu Dua Lelaki Pakai Gelang Pink Antara Dikompaun

Kepala Batu Dua Lelaki Pakai Gelang Pink Antara Dikompaun

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 393 hits
Dua lelaki antara lima individu pemakai gelang pink dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur standard operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 13 Jan lepas Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata indivi...
Sel Hidrogen Untuk Rumah Dari Lavo Menyimpan Kuasa Elektrik Selama Dua Hari

Sel Hidrogen Untuk Rumah Dari Lavo Menyimpan Kuasa Elektrik Selama Dua Hari

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 295 hits
Sel hidrogen adalah antara penyelesaian kepada isu sumber tenaga lestari di masa hadapan Hidrogen mempunyai kelebihan kerana untuk saiz sel yang sama lebih banyak tenaga dapat disimpan berbanding sel bateri Li Ion Lavo ialah sebuah syarikat...
Dua Beranak Berwajah Buruk Angkara Suami

Dua Beranak Berwajah Buruk Angkara Suami

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 327 hits
Dua Beranak Berwajah Buruk Angkara SuamiSuatu malam pada bulan Jun tahun 2011 berlokasi di Bam sebuah bandar kecil di selatan Iran Somayeh Mehri yang berusia 29 tahun sedang lena tidur di samping dua anak perempuannya Nazanin 5 dan Rana yan...
Tanggap Darurat Gempa Sulawesi Barat Ditambah Dua Pekan

Tanggap Darurat Gempa Sulawesi Barat Ditambah Dua Pekan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 218 hits
Badan Nasional Penanggulangan Bencana menjadwalkan perpanjangan masa tanggap darurat untuk status penanganan bencana di Kabupaten Mamuju dan Majene Provinsi Sulawesi Barat selama dua pekan setelah berakhir pada 28 Januari 2021
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Safety S Off Kc Kawano S White Knuckle Bobber

Rakyat Tidak Lupa Bendera Putih