Pengalaman Tidur Dengan Datuk Atau Nenek Semasa Kecil


 


'TOK'
Siapa pernah tinggal dan tidur dengan Tok atau Nenek malah sesetengah tempat dipanggil Opah. Tok dahulu jauh berbeza dari Tok zaman sekarang, baik dari gaya hidup dan personalitinya.
Tok atau Tok Wan waktu dahulu kebiasaannya hidup daif dgn fizikalnya sangat tua. Jarang memakai baju, hanya berkembang dgn batik dan pelikat lusuh serta berkain cukin atau semutar bagi yg lelaki (Tok Wan). Biasanya 'kesaq' atau bau badan Tok akan berbau sirih pinang dan curut. Sukar utk digambarkan bauan tubuh badan insan yg daif tetapi tersangat kaya dgn kasih sayang itu

Dapat tinggal dengan Tok atau Tokwan adalah suatu kenangan yg sangat indah yg sama sekali tidak ada dijual beli dimini market atau digedung batu yg mewah. Pengalaman itu mahalnya tiada bergalang ganti. Apalagi kalau dapat tidur sekelambu dengan Tok, hangatnya pelukan kasih sayangnya tiada terkata, setiap kali kita hampir terlelap Tok akan mengusap kepala dgn usapan selembut salju. Tangannya kasar bergerutu dan berbau minyak angin. Lenganya dilingkari otot dan urat hijau yg berselirat, itu tandanya betapa kudratnya yg ditelah diperah sepanjang hayat hidupnya demi membesarkan mak ayah kita sehinggalah lahirnya kita kedunia ini. Tok terus meneruskan kasih sayang yg berbaki kpd cucu-cicitnya pula. Tok juga akan mengambil alih membela cucunya kiranya cucu-cucu menjadi anak -anak yatim yg kehilangan ayah dan ibu. Pengorbananya seakan tidak terhenti sehinggalah hayatnya terhenti

Setiap kali masuk kelambu, Tok akan memastikan tiada nyamuk yg terperangkap didalam kelambu, dengan diterangi cahaya pelita minyak tanah, Tok akan memeriksa disetiap bucu bantal kabu dan kelambu ,melihat dengan teliti kalau-kalau ada pijat yg bersarang. Tok akan memicit pijat, bau pijat agak tengik dan merengsakan lubang hidung. Semua itu Tok lakukan demi kasih sayangnya kepada cucunya yg dipanggil Awang atau Mek

Tok tak punya tilam spring tebal sekaki, yang ada cuma lembik kabu. Itupun Tok jahit sendiri dari perca-perca kain terbuang, Tok sambung dan jadikan sebagai pembalut kabu. Sehelai gebar bercorak petak-petak yg lusuh dan kusam itu saja utk membaluti tubuhnya dan cucu dari kedinginan malam yg mencengkam. Hangat tubuhnya menghilangkan dingin. Tok melayari mimpinya tentang anak dan cucu yg selalu bermain di ruang matanya yg semakin kabur. Namun kasih sayang tidak pernah luntur..

Kalau tidak mencari pijat dan nyamuk sebelum tidur, Tok akan bersila diluar kelambu sambil menggobek pinang dan menghisap curut dibawah bias cahaya pelita yg melintuk-liuk diusik angin malam yg menerobos dari celah dinding papan yg meleweh renggang. Tok ibarat jelapang kasih sayang tempat menyimpan manja diwaktu kecil. Mereka adalah teratak utk disandarkan kasih sayang.

Apapun insan-insan ini telah pergi mendahului kita. Mereka pulang dgn meninggalkan rasa rindu yg teramat di hati kita. Hati yg pernah mereka belai dan manjakan dgn sepenuh jiwa raga. Kita tidak mungkin dapat meneroka apa yg bermain dikotak pemikiran mereka ketika melewati usia senja mereka, ketika mereka menanti waktu-waktu kepulangan... Al-Fatihah utk mereka

Kredit Penulis Asal 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/01/pengalaman-tidur-dengan-datuk-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Guna Zayn Sebagai Konten Simpati Atau Ambil Kesempatan

Guru Guna Zayn Sebagai Konten Simpati Atau Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 286 hits
Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokon...
Adakah Anda Seorang Introvert Atau Extrovert Mungkin Ambivert Jom Kenali Diri Anda

Adakah Anda Seorang Introvert Atau Extrovert Mungkin Ambivert Jom Kenali Diri Anda

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 290 hits
Ramai beranggapan negatif mereka yang pendiam tidak gemar bergaul dengan orang lain adalah individu yang sombong misteri anti sosial dan tidak mesra dengan orang lain tapi ini adalah antara sifat seorang introvert salah satu keperibadian ya...
Pn Diberitahu Putus Hubungan Dengan Dr M Atau Ditolak Bukan Melayu

Pn Diberitahu Putus Hubungan Dengan Dr M Atau Ditolak Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 200 hits
Mohd Farhan DarwisDr Mahathir Mohamad dikritik kerana kenyataannya orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang PETALING JAYA Perikatan Nasional disaran memutuskan kerjasama dengan Dr Mahathir Mo...
Program Intervensi Awal Atau Early Intervention Programme Percuma Oleh Anak Istimewa Selangor

Program Intervensi Awal Atau Early Intervention Programme Percuma Oleh Anak Istimewa Selangor

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 246 hits
Di negara kita Malaysia hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan intervensi awal dilindungi oleh peruntukan perundangan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Perkhidmatan p...
Tips Nak Tahu Anak Betik Jantan Atau Betina

Tips Nak Tahu Anak Betik Jantan Atau Betina

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 297 hits
TIPS NAk TAHU ANAK BETIK POKOK JANTAN ATAU POKOK BETINA Jom ketahui Untuk yang belum tahu Cara saya nak semai anak betik biji yg hitam Dan kurang hitam di asingkan Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan di semai Itu biji betik yg akan men...
Pie Kukus Atau Pia Kukus Made In Bali Indonesia

Pie Kukus Atau Pia Kukus Made In Bali Indonesia

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 324 hits
Pie Kukus atau Pia Kukus Made in Bali Indonesia Pertama di Bali Pia Kukus atau nak senang faham pie Kukus Haritu order dengan pai Susu sebab sebelum tu kawan aku pernah bagi pai Susu Dari Bali for the first time Disebabkan terasa sedap pai ...
Bolehkah Orang Buta Atau Tunanetra Menjadi Imam Shalat

Bolehkah Orang Buta Atau Tunanetra Menjadi Imam Shalat

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 193 hits
Bolehkah orang buta menjadi imam shalat dalam shalat berjamaah Manakah yang lebih utama menjadi imam yang bisa melihat ataukah buta
Labah Labah Radioaktif Atau Iradiatif Sejauh Manakah Kebenarannya

Labah Labah Radioaktif Atau Iradiatif Sejauh Manakah Kebenarannya

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 285 hits
Oleh Johan Ariff Mohtar Jabatan Kimia Fakulti Kejuruteraan Teknologi Kimia Universiti Malaysia Perlis Sejak kecil kita telah didedahkan dengan karakter fiksyen sains adiwira Spiderman yang mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Peter Pa...
Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak Ini Yang Perlu Mama Tahu

Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak Ini Yang Perlu Mama Tahu

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 167 hits
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak Apa sebabnya hal ini terjadi Adakah darah ini normal atau berbahaya Pendarahan faraj semasa ha...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm