Program Intervensi Awal Atau Early Intervention Programme Percuma Oleh Anak Istimewa Selangor


Di negara kita Malaysia, hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan intervensi awal dilindungi oleh peruntukan perundangan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)(Bahagian Pendidikan Khas, 2008). Perkhidmatan program intervensi awal disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari peringkat umur 3 tahun untuk semua kategori ketidakupayaan di semua hospital dan Pusat Kesihatan Daerah yang menawarkan jenis intervensi perubatan dan klinikal. 
Pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan Program Prasekolah Pendidikan Khas bagi ketiga-tiga kategori ketidakupayaan iaitu ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pembelajaran mulai tahun 2003

Di peringkat KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menyediakan perkhidmatan intervensi awal dari umur lahir hingga dewasa dengan menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat-pusat jagaan khusus untuk semua kategori ketidakupayaan yang menawarkan jenis intervensi sosial dan pendidikan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO)(Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2007)

Dalam  Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU , 2008), telah termaktub kepentingan pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya atau komorbiditi dengan melaksanakan pengesanan awal dan intervensi awal. Justeru, selaras dengan akta tersebut, guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dengan mengambil tindakan awal. Antara tindakan awal adalah dengan merujuk kepada pakar atau pengamal perubatan apabila ketidakupayaan dikesan

Program Intervensi Awal Kanak-kanak atau Early Intervention Programme (EIP) merupakan program yang dikhususkan kepada kanak-kanak bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan yang telah dikenal pasti mengalami kelewatan perkembangan (development delay) atau ketidakupayaan dalam perkembangan kanak-kanak. Pelbagai bentuk pendidikan dan terapi, seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy disediakan dalam program ini untuk membantu kanak-kanak istimewa ini beradaptasi dalam masyarakat tanpa rasa tersisih dengan kebolehan dan potensi mereka

Development delay atau kelewatan perkembangan bermaksud kelewatan dalam pergerakan, percakapan dan kurang bermain berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Secara kebiasaanya, kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan akan mempunyai pergerakan yang perlahan atau bergerak secara berbeza dengan kanak-kanak tipikal yang lain. Kelewatan perkembangan ini melibatkan otot badan yang besar yang mengawal pergerakan tangan dan kaki

Oleh sebab itu, Program Intervensi Awal sangat diperlukan dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Melalui EIP, ahli terapi dapat membantu ahli keluarga dalam perkembangan bayi  dan kanak-kanak dari segi perkembangan diri dan aktiviti harian. EIP perlu dilaksanakan dengan seawal yang mungkin supaya dapat meningkatkan kualiti hidup bayi dan kanak-kanak selain dapat mengurangkan beban ahli keluarga

Menurut Profesor Madya Dr. Hasnah Toran, pensyarah kanan di UKM yang juga merupakan pakar dalam bidang intervensi awal, autisme dan Pendidikan Khas, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pelbagai terapi yang perlu dimulakan seawal mungkin kerana kajian telah membuktikan bahawa lebih awal terapi dimulakan, ia akan lebih berkesan. Terapi-terapi yang diterima diperingkat awal usia inilah yang dikenali sebagai intervensi awal. 
Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak mencapai usia formal persekolahan iaitu tujuh tahun baru mula mendidik anak-anak kerana sebaik-baiknya intervensi dimulakan seawal mungkin supaya anak berada di dalam keadaan yang lebih baik apabila mula memasuki alam persekolahan. Impak positif intervensi awal bukanlah hanya kepada anak berkeperluan khas kerana intervensi awal juga didedahkan kepada ibu bapa dalam bentuk maklumat, latihan, bengkel, konsultansi serta kaunseling. Tujuan perkhidmatan intervensi awal disalurkan kepada ibu bapa adalah untuk memperkasakan mereka sehingga mereka mampu menjadi advokat yang terbaik dalam mendapatkan pendidikan serta sokongan untuk anak dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk membantu mereka

Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 
Di negeri Selangor, Program Bantuan Anak Istimewa Selangor dalam singkatan ANIS telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018

✅Maklumat lanjut mengenai Program Intervensi Awal ANIS boleh dirujuk di laman web ANIS di sini: https://www.anisselangor.com/
✅Untuk dapatkan lebih pengetahuan dan panduan tentang autisme, boleh beli buku ini (Autisme: Panduan Ibu Bapa): https://bit.ly/3tUUEy7

Tujuan ANIS
Maklumat Program Intervensi Awal ANIS
Syarat permohonan dan dokumen yang diperlukan

Sumber:https://www.anisselangor.com/https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkhidmatan-intervensi-awal-yang-sistematik-dan-komprehensif-perlu-dibangunkan-197976
http://www.myhealth.gov.my/program-intervensi-awal-untuk-kanak-kanak-istimewa/
Nur Aishah Abdullah, Rosadah Abdul Majid & Safani Bari. (2019). Intervensi Awal Murid Berkeperluan Khas: Teori dan Amali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikguhijau.com/2024/01/program-intervensi-awal-atau-early.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Sampel Barangan Tanpa Bayaran Tv Alhijrah Perkenal Program Percuma Jer

Dapat Sampel Barangan Tanpa Bayaran Tv Alhijrah Perkenal Program Percuma Jer

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 251 hits
Stesen TV AlHijrah bersama Pasak Sdn Bhd memperkenalkan satu program baharu iaitu Percuma Jer dalam memperkasakan kemampanan ekonomi Islam yang bakal disiarkan bermula 1 Februari ini Dalam menyahut Pelan Transformasi Al Falah yang diperkena...
Ini Caranya Ayah Patut Didik Anak Perempuan Paling Istimewa Di Hati Ayah

Ini Caranya Ayah Patut Didik Anak Perempuan Paling Istimewa Di Hati Ayah

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 161 hits
Ada mak ayah yang merungut bila mana dikurniakan semua anak perempuan dan terus berusaha memiliki anak lelaki Jangan sesekali merasa kecewa atau juga rendah diri tanpa kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga bahagia anda Sebenarnya and...
Apa Nak Jawab Kalau Ditanya Oleh Anak Cucu Tentang Al Quran

Apa Nak Jawab Kalau Ditanya Oleh Anak Cucu Tentang Al Quran

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 234 hits
Apa nak jawab kalau ditanya oleh anak cucu tentang Al Quran T Berapa jumlah surah dalam Al Quran J 114 surah T Berapa jumlah juz dalam Al Quran J 30 juz T Berapa jumlah hizb dalam Al Quran J 60 hizb T Berapa jumlah ayat dalam Al Quran J 666...
Anak Istimewa Dihina Bapa Lapor Kpm

Anak Istimewa Dihina Bapa Lapor Kpm

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 220 hits
Fezan sudah merujuk kes seorang guru mengutuk anaknya kepada Kementerian Pendidikan melalui platform dalam talian KOTA KINABALU Seorang bapa anak kelainan upaya Fezan Ray yang mendedahkan tindakan seorang guru mengutuk anaknya memaklumkan t...
Ibu Bapa Yang Nak Pakaikan Anak Istimewa Pendakap Gigi Hadamkan Dulu Info Ini

Ibu Bapa Yang Nak Pakaikan Anak Istimewa Pendakap Gigi Hadamkan Dulu Info Ini

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 263 hits
Bagi ibu bapa yang berhajat untuk memakaikan pendakap gigi pada anak mereka yang istimewa ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu Pendakap gigi untuk kanak kanak berkeperluan khas adalah disifatkan sebagai rawatan elektif untuk mereka ...
Tips Nak Tahu Anak Betik Jantan Atau Betina

Tips Nak Tahu Anak Betik Jantan Atau Betina

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 297 hits
TIPS NAk TAHU ANAK BETIK POKOK JANTAN ATAU POKOK BETINA Jom ketahui Untuk yang belum tahu Cara saya nak semai anak betik biji yg hitam Dan kurang hitam di asingkan Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan di semai Itu biji betik yg akan men...
Hiburan Kau Aniaya Tyzo Dari Awal Jahat Sangat Nak Masuk Abpbh Tahun Depan Tak Ada Pesaing Dj Anne Selangor Fm

Hiburan Kau Aniaya Tyzo Dari Awal Jahat Sangat Nak Masuk Abpbh Tahun Depan Tak Ada Pesaing Dj Anne Selangor Fm

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 267 hits
Susulan daripada penamatan kontrak penyampai radio Suria FM Tyzo oleh pengurus besar syarikat radio tersebut iaitu DJ Lin muncul pula beberapa kenyataan daripada penyampai radio stesen lain berkenaan isu tersebut Berikutan pendedahan itu ne...
Mujur Semua Dah Sedia Bersalin Dua Minggu Awal Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Lelaki

Mujur Semua Dah Sedia Bersalin Dua Minggu Awal Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 211 hits
Tahniah diucapkan kepada pelakon Dayana Roza yang telah pun selamat melahirkan bayi lelakinya pada Sabtu lagi Anak kedua Dayana seberat 3 2 kilogram itu dilahirkan tepat jam 1 56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang Selangor Melal...
Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak Ini Yang Perlu Mama Tahu

Pendarahan Awal Kehamilan Normal Atau Tidak Ini Yang Perlu Mama Tahu

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 167 hits
Pendarahan di awal trimester kehamilan sememangnya begitu membimbangkan Risau janin masih belum kuat dan masalah lain pula yang akan timbul kelak Apa sebabnya hal ini terjadi Adakah darah ini normal atau berbahaya Pendarahan faraj semasa ha...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa