Adakah Anda Seorang Introvert Atau Extrovert Mungkin Ambivert Jom Kenali Diri Anda


Ramai beranggapan negatif mereka yang pendiam, tidak gemar bergaul dengan orang lain adalah individu yang sombong, misteri anti sosial, dan tidak mesra dengan orang lain tapi ini adalah antara sifat seorang introvert, salah satu keperibadian yang dimiliki dan sifat lawan kepada extrovert.





Apakah Anda Individu Yang Introvert?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Introvert boleh didefinasikan sebagai orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. Introvert merupakan sikap atau karakter seseorang yang memiliki orientasi subjektif secara mental dalam menjalani kehidupannya.



Keperibadian introvert cenderung menyukai situasi yang tenang, suka menyendiri, biasa terkesan dengan apa yang mereka lakukan. Mereka memiliki kecenderungan untuk menjauhi interaksi kelompok baru.


Individu dengan personaliti introvert sangat senang untuk melakukan aktiviti secara berpasangan dan antara kegiatan yang memenuhi minat mereka adalah seperti menulis, membaca, analisis komputer, menonton filem dan memancing.


Kebanyakan seniman, komposer lagu, penulis novel atau pereka bentuk memiliki keperibadian introvert. Mereka lebih suka menikmati waktu yang dihabiskan sendirian kerana keadaan sebegitu lebih membuatkan mereka selesa.


Selain itu, introvert juga memiliki kemampuan yang sangat baik dalam melakukan analisis hal-hal yang rumit. Mereka lebih mudah memberi tumpuan dan menemukan punca masalah.

 
Sifat Seorang  Introvert

Introvert sangat menikmati “me time”
Individu sebegini sangat menikmati masa bersendirian dengan baik. Bila yang extrovert bosan bila bersendirian di rumah, anda pula rasa tenang dan happy. Pada masa ini, introvert biasanya akan menghabiskan masa berfikir dan termenung jauh, kadang-kala berfikir secara mendalam, ada masanya bermonolog seorang diri.


Bukan anti sosial tetapi sangat selektif
Individu sebegini bukanlah anti sosial seperti yang dikatakan masyarakat, tetapi mereka lebih cenderung dan berhati-hati dalam berkawan dengan seseorang. Anda ingin mengenali watak seseorang sebelum berkawan rapat dengannya.


Introvert merasakan keramaian itu merimaskan
Tidak kerana anda takut kepada orang ramai tetapi tidak selesa bila bersama dengan orang yang tidak dikenali. Anda tidak sabar untuk pulang semata-mata mengelakkan diri daripada bergaul dengan kelompok manusia yang bercakap tentang perkara yang tidak penting, apatah lagi anda langsung tidak tahu-menahu.


Lebih selesa “hang out” dengan orang yang dikenali
Anda jarang pergi ke acara yang ramai orang. Sekali-sekala, anda akan pergi ke acara sebegitu tetapi itu sangat jarang berlaku. Anda lebih selesa bersama dengan orang yang dikenali, rasa lebih selamat dan senang.


Introvert adalah pendengar yang baik


Individu sebegini adalah pendengar yang sangat baik. Dia mendengar, memerhati dan memahami. Tetapi dia tidak mudah untuk memberikan jawapan atau respon. Dia hanya akan bertindak balas jika seseorang meminta maklum balasnya.


Berfikir sebelum berbicara
Introvert adalah golongan yang sangat berhati-hati dalam bercakap. Selalunya mereka akan berfikir dan mengelak menyampaikan sesuatu yang sia-sia. Setiap kali berhujah, mereka akan berfikir sedalamnya agar apa yang disampaikan itu berkualiti dan berguna, langsung tidak merepek.


Seorang penulis
Introvert lebih suka untuk berkomunikasi melalui penulisan dan bukannya secara lisan. Kebanyakan introvert, seperti pengarang J.K. Rowling mengatakan bahawa dia berasa paling kreatif apabila mempunyai masa untuk bersendirian dengan pemikirannya.


Nada dering telefon adalah musuh
Mereka bukan orang yang selesa untuk bersembang melalui telefon. Sering merasakan bahawa telefon bimbit itu mengganggu tumpuannya terhadap sesuatu. Hanya kepada orang tertentu boleh berbual baik melalui telefon.


Lambat dalam membalas pesanan seseorang
Apabila anda tahu bahawa seseorang menhantar mesej kepada anda, anda tidak akan membalas serta-merta. Walaupun ia mungkin adalah mesej dari keluarga. Anda memilih untuk membalas mesej dalam keadaan yang bersedia, jadi anda akan membalas mesej dengan bahasa yang baik.


Suka mengamati keadaan sekitar


Mungkin sudah sifat anda yang gemar menyendiri, jadi anda suka mengamati dan memerhati persekitaran dengan terperinci. Anda cuba menyelam dan mengetahui apa yang berlaku dengan keadaan di sekeliling. Anda sering cuba mencari jawapan tentang apa sahaja di sekeliling anda.


Tidak sukakan perhatian
Mereka leih suka menyendiri dan tidak berapa gemar bergaul 


Ciri-Ciri  Seorang Introvert
Pendiam dan suka menyendiriTidak menyukai perbualan kosongAlergi bunyi telefonTidak gemar membalas mesejBerasa rimas ketika berada di majlis-majlisSukar bergaulSelesa dikelilingi kawan rapat atau jumlah sedikit orang sahajaSuka memerhati keadaan sekeliling dengan cermatJarang bercerita, lebih suka mendengar orang yang berceritaLebih suka memerhatikan dalam interaksiGemar menulisSuka berfikir dan berimaginasiPemaluLebih suka bekerja sendiriLebih suka berinteraksi secara langsung dengan 1 orang (interaksi 1 pada 1)Pandai membaca karakter orangBerfikir sebelum berbicaraLebih mudah untuk meluahkan perasaan secara bertulisSenang dengan aktiviti yang tenang (membaca, bermain komputer, memancing, bersantai dll)
 
Sifat Seorang Extrovert?Seorang extrovert adalah berlawanan dengan introvert kerana mereka yang extrovert lebih menyukai lingkungan yang interaktif. Mereka bukan sahaja bersemangat tetapi juga cukup berskil dalam pergaulan dan suka mencuba perkara baharu.


Ini kerana seorang extrovert secara luaran mempunyai personaliti yang kuat dan menyenangkan selain pandai membawa diri ketika berhadapan dengan khalayak. Bagi mereka, aktiviti sosial, berinteraksi dengan orang lain, berkongsi informasi dengan orang ramai dan membuat kawan baharu adalah sesuatu yang menyeronokkan.


Golongan ini mudah merasakan bosan sekiranya bersendirian. Ciri khas extrovert, suka mendominasi perbualan, menjadi perancang majlis dan mengetuai sesuatu kumpulan.


Seorang extrovert cenderung menjadi lebih bersemangat untuk melakukan banyak hal jika mereka berada di lingkungan yang interaktif. Seorang extrovert biasanya adalah seorang ice breaker atau pencair suasana.


Mereka yang extrovert biasanya mudah menyesuaikan diri dan bekerja sama dengan baik dalam sebuah komuniti atau organisasi sosial.


Seorang extrovert akan terlihat lebih energik dan memiliki karakteristik yang lebih terbuka. Seorang Extrovert juga memiliki kelebihan dalam berinteraksi yang terkesan cenderung impulsif atau mudah mesra.


Oleh kerana itu, orang-orang extrovert menyukai aktiviti spontan dan lebih mudah melakukan interaksi dengan dunia luar.


Ciri-Ciri Seorang Extrovert
Selalu berkeyakinan dan semangat (kadangkala boleh berlebihan)AktifPandai berinteraksi dan bersosialPandai membawa diri dan disenangi dalam pergaulanCenderung spontan dalam bertindak atau berbicaraLebih suka berinteraksi dengan banyak orang sekaligusPandai menghangatkan suasana yang bosanSuka dikenali dan menjadi perhatian ramaiSenang jadi pembicara daripada pendengarLebih suka mengambil bahagian dalam interaksiLebih mudah untuk meluahkan perasaan dengan kata-kataExtrovert tahu akan kelebihan dan kemampuannyaEnergetik dan adakalanya tegasSuka bekerja dengan orang ramai/kumpulanBercakap / Lakukan dahulu kemudian fikirkan
 


Sifat Seorang Ambivert?Ambivert, adalah ciri keperibadian kombinasi antara introvert dan extrovert. Umumnya seorang ambivert lebih cenderung mendominasi daripada kelemahan introvert dan extrovert. Namun seiring bertambahnya usia dan semakin luas pengalamannya seorang ambivert mampu mengendalikan potensi dan kelebihan yang ada pada diri mereka.


Ini adalah sesuatu hal yang biasa sebenarnya kepada sesiapa pun. Pengalaman itu adalah sebuah proses yang mematangkan.


Ambivert mempunyai kualiti si ekstrovert. Tapi juga memiliki ciri-ciri introvert. Kadang-kadang dia menjadi si ekstrovert yang senang sosialisasi dan pada ketika lain pula menjadi si introvert yang suka dengan privasi.


Ciri-Ciri  Seorang Ambivert
Suka berada di khalayak ramaiResah bila terlalu lama menyendiriiKeperibadian berubah bergantung lawan bicaraAda masanya suka perbualan yang mendalam dan spesifikTidak selalunya pendiamSelalu memikirkan soal kerja.Pandai menyesuaikan diriBoleh melaksanakan sesuatu tugasan secara kelompok mahupun individuAmbivert adalah seorang yang berpotensi sebagai pemimpin.Tinggi sifat belas kasihan


Sudahkah anda mengenali diri anda? Adakah anda seorang Introvert, extrovert atau ambivert?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/01/adakah-anda-seorang-introvert-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak Mat Western Dikriti Adakah Ianya Original Atau Satu Lagi Kontent Dari Pak Mat

Pak Mat Western Dikriti Adakah Ianya Original Atau Satu Lagi Kontent Dari Pak Mat

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 224 hits
adalah sebuah jenama perniagaan yang menjual kambing perap dan bebola daging yang sangat popular di Malaysia Perniagaan ini dimiliki oleh adik beradik yang mendapat inspirasi daripada bapa mereka Pak Mat yang merupakan tukang gunting rambut...
Kenapa Extrovert Tak Faham Introvert

Kenapa Extrovert Tak Faham Introvert

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 112 hits
Extrovert duk complain hidup introvert boring padahal dah dia suka duduk rumah Ni yang orang cakap kalau tak faham try lukis pulak https shope ee 2VSspcObiC iffazameera gayahidup
Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 197 hits
Sehingga hari ini wabak Influenza A sudah pun merebak dengan cepat Ketika aku warded di hospital tempoh hari kedengaran seperti ramai kanak kanak dimasukkan ke hospital Walau nampak seperti demam biasa Influenza A boleh membawa maut Wabak y...
Mata Kanan Berkedip Atau Otot Mata Kiri Bergerak Mungkin Ini Puncanya

Mata Kanan Berkedip Atau Otot Mata Kiri Bergerak Mungkin Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 102 hits
Orang tua tua ada berkata kalau mata kanan berkedip atau bergerak dengan sendiri itu bermakna kita akan dapat berita baik atau orang jauh akan datang bertemu kita Kalau mata kanan pula yang bergerak itu maksudnya akan mendapat berita buruk ...
Simptom Gerd Kenali 10 Petanda Yang Paling Rare

Simptom Gerd Kenali 10 Petanda Yang Paling Rare

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 106 hits
Simptom GERD boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia dan jantina Bahkan menurut laporan dianggarkan lebih daripada 60 juta orang dewasa Amerika mengalami pedih ulu hati sekurang kurangnya sekali sebulan Bahkan lebih daripada 15 juta ...
Petua Legakan Lenguh Badan Jom Cuba Sendiri

Petua Legakan Lenguh Badan Jom Cuba Sendiri

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 239 hits
Selain dari pengambilan ubat untuk melegakan lenguh ada beberapa petua untuk melegakan rasa tak selesa yang korang alami tu Petuanya pun mudah diikuti dan bahan bahan yang digunakan jugak mudah didapati Bawang merah Ambil 7 ulas bawang mera...
Rangka Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara Jom Semak Objektif Wacana Strategi Kpt

Rangka Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara Jom Semak Objektif Wacana Strategi Kpt

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 172 hits
Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 5 hingga 6 Januari 2024 telah dirasmikan oleh Perdana nbsp Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini Pelaksanaan program itu sejajar d
Kasus Prajurit Tni Meninggal Usai Tabrak Lari Pelaku Akhirnya Serahkan Diri Usai Buron

Kasus Prajurit Tni Meninggal Usai Tabrak Lari Pelaku Akhirnya Serahkan Diri Usai Buron

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 186 hits
Diduga tak bisa mengendalikan kemudi truk itu menambrak korban hingga membuatnya meninggal di tempat
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian