Pie Kukus Atau Pia Kukus Made In Bali Indonesia
Pie Kukus atau Pia Kukus Made in Bali, Indonesia || Pertama di Bali! Pia Kukus atau nak senang faham, pie Kukus? Haritu order dengan blogger sis Lin pai Susu sebab sebelum tu, kawan aku pernah bagi pai Susu Dari Bali for the first time! Disebabkan terasa sedap pai Susu tu untuk percubaan yang pertama kalinya, Maka laju kuminta tolong dengan sis untuk belikan lagi sebab teringin. Alhamdulillah, sis layan Dan tolong belikan.. Lepas ngidam aku! Tapi kan, Tetiba sis Lin hulur dan perkenalkan aku dengan Pia Kukus atau senang sebut, pai Kukus made in Bali! Wow! Hahaa..
Info pada kotak bungkusan Pai Kukus ni:
"Pia Kukus Made Bali", pia Kukus pertama Dan satu satunya di Bali. Berbeda dengan Pia lainnya. Pia ini memiliki ukuran yang lebih besar Dan tekstur yang lembut juga empuk.
Selain itu, Pia Made Bali memiliki Dua varian kulit iaitu original Dan coklat. Kulit original berwarna krim sedangkan varian kulit coklat berwarna coklat kehitaman. Terdiri dari 3 rasa. Kacang hijau, coklat Dan keju.
Pia Made Bali akan memberikan pengalaman baru kerana memiliki rasa yang berbeda dengan Pia lain di Bali pada umumnya. Tekstur pia Kukus yang empuk, dipadu dengan isi Dari pia yang lumer akan membuat Anda ketagihan.
Cantik Bungkusan. Aku suka Dan tertarik nengoknya
Pia Kukus 😃
Halal yer..
Banyaknya flavour ada! Terdapat enam flavour. Aku try yang coklat punya. Ehh, Lembut Dan sedap! Dah namanya dikukus. Of course ler lembut teksturnya
Flavour Pia Kukus1. Original Keju2. Original Kacang Hijau3. Original Coklat4. Brownies & Kacang Hijau5. Brownies Keju6. Brownies Coklat
Ok, apa yang Nona nak sangat sampai mintak Sis Lin belikan lagi?? Ha.. Ini dia, pai Susu (dalam gambar di bawah) Korang kena beli sebab memang tak pernah lagi aku jumpa ni kat Malaysia 😄
Bukan pai telur, pai Nenas, tapi pai Susu! Serious, nice Dan tidak memuakkan.
Pie susu (Indonesian: pai susu, 'milk pie') is an Indonesian custard tart pastry consisting of a shortcrust pastry filled with egg custard and condensed milk. This traditional Indonesian dessert pastry is very flat with only one very thin layer of custard! Ia sememangnya original diperbuat Dari Indonesia ✅
Next time Kalau ada kenalan yang ke Bali, bolehlah aku repeat order ni... Roger Roger I Tau! I Nak ke Bali entah bila ek.. Masuk wishlist je dulu, belum terlaksana lagi. Haha.. One day akan kujejak Bali. Doakan I. By the way, thanks sis Lin tolong bawakkan apa yang kungidamkan ni jejauh Dari sana 😍 Dan thanks perkenalkan I dengan Pia Kukus Made in Bali, Indonesia ni!! Love u! 🩷
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2024/01/pie-kukus-atau-pia-kukus-made-in-bali.html