Pengalaman Rawatan Resdung Tanpa Asap Safespabeauty Di Alor Setar Kedah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kali terakhir admin buat rawatan resdung 10 tahun yang lalu. Kini muka admin rasa gatai merenyam tak tau nak habaq.Muka rasa benda dok merayap-rayap atas muka kira dah tahap kronik dan ditambah pula dengan gatal telinga.
Kali ini admin berkesempatan membuat rawatan resdung tanpa asap dengan Safespabeauty milik KakWa ketika admin balik kampung di alor Setar,Kedah.
Admin memperolehi spa ini melalui cari di facebook.Sesiapa sering mengalami bersin, selesema, muka gatal, mata gatal, hidung gatal dan tersumbat secara melarat, kemungkinan anda sedang mengalami masalah resdung.
Dengan wassap dan booking masa dan tarikh maka admin pada 15.12.2018 jam 10 pagi terpacak berada di spa di rumah milik Kakwa.Orangnya peramah dan sangat tak kedekut berkongsi ilmu tentang penyakit resdung.Untuk pakej rawatan resdung,admin ambil pakej rawatan resdung tanpa asap bernilai RM 25 sekali dengan cuci muka dan masker muka.
Pernah dulu admin buat rawatan resdung asap maka muka penuh dengan kesan kuning di seluruh muka dan admin kena cuci sendiri muka dengan tisu sampai bersih. Masa rawatan dalam lingkungan 1 jam.Rasanya admin siap terlelap lagi semasa proses rawatan resdung dilakukan.Apa yang admin sedar selepas rawatan resdung,muka akan dibersihkan dan disapu dengan masker bau mcam kulit kayu manis.Rasa sejuk saja muka bila disapu masker.
Kesimpulannya admin puas hati dengan pakej rawatan resdung kakwa RM 25 nih.Cukup berbaloi sekali.Rasa gatal muka dah banyak kurang.Perlu diulang rawatan resdung ni untuk kesan yang lebih baik.
Sesiapa yang berminat bole contact kakwa untuk temujanji.
Rawatan Resdung Safespabeauty
No contact : 017 238 1776 (Kakwa)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://8vertising.blogspot.com/2018/12/pengalaman-rawatan-resdung-tanpa-asap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+My8vertisingPencetusInformasiDiHujungJari+%28My8vertising+P