Pengalaman Pertama Kali Disentuh Mayat Reput


 SAMBUNGAN DARI SINI
Sekejap sahaja telah masuk sesi pembelajaran untuk bulan yang ke tiga. Aku seperti biasa, masih cuba membiasakan diriku dengan situasi yang baru. Kelas teori sudah hampir sampai ke penghujungnya dan kemudian akan disusuli dengan sesi latihan praktikal dan latihan amali. Pada peringkat awal pembelajaran, penekanan banyak diberikan pada pendedahan struktur badan manusia. Setiap 206 tulang temulang didalam badan manusia perlu dihafal. Dalam ratusan tulang manusia itu, penekanan pada peringkat awal ini hanyalah berkisar pada tulang panjang iaitu tulang tibia, fibula, femur, metatarsals dan phalanges pada bahagian kaki manakala tulang humerus, radius, ulna, metacarpals dan phalanges pada bahagian tangan





Setiap alur dan lekuk pada tulang adalah penting untuk diingati dan difahami khususnya disetiap bahagian tulang. Bayangkanlah tubuh manusia yang diciptakan Tuhan ni sangat kompleks, penuh berselirat dengan otot dan urat-urat yang setiap satunya ada fungsi masing-masing. Tiap-tiap struktur ini ada fungsinya dan masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain. Esok pagi merupakan hari pertama kami akan masuk ke makmal diseksi yang terletak di blok anatomi. Aku agak teruja juga untuk menantikan hari esok kerana yang pertama, dapat keluar daripada suasana pembelajaran di dalam kelas yang telah berlarutan hampir 3 bulan. Yang kedua, aku akan dapat melihat sendiri bahagian badan dan organ manusia yang telah diawet untuk tujuan pembelajaran perubatan. Kelas akan bermula pukul 8 pagi esok

Kami semua tiba awal hari ini. Semua pelatih nampak bertenaga dan berkobar-kobar untuk memulakan sesi latihan amali. Ada yang telah hadir seawal pukul 7.15 pagi. Kami semua berkumpul di luar kelas sementara menanti pintu kelas dibuka. Dari jauh aku perhatikan gelagat Lia dan Nini yang sedang menunggu dihadapan pintu kelas. Lia nampak tekun cuba menghafal sambil menatap buku anatomi didalam dakapannya. Manakala Nini Nampak tenang dan bersahaja sambil matanya liar memandang kawasan di persekitaran blok anatomi. Sesekali dia menoleh ke arahku yang sedang kusyuk memerhatikan mereka dari kejauhan. Aku tersentak, apabila mata kami bertentangan. Terus sahaja aku mengalihkan pandanganku kearah buku yang ku pegang. Aku berpura-pura membelek buku ditanganku sambil membaca sebaris dua ayat di bahagian muka belakang buku. Sesekali mataku menjeling kembali, nampaknya pandangan Nini telah beralih ke arah kelas kosong di blok sebelah. Fuh.. Selamatt, bisik hati kecil ku.

"Okay murid-murid semua"… Satu suara mula memecahankan keheningnan pagi itu. "Kamu semua boleh masuk dan ambil tempat duduk masing-masing". Katanya sambil membuka kedua-dua daun pintu. Itulah dia Professor yang akan mengajar subjek anatomi pada pagi ini. Lengkap dengan kot putih makmal dengan cermin mata berbingkai hitam tebal dan rambut yang tersisir kemas dengan belahan pada tepi. Ya itulah Professor yang kami gelar Doktor P.Ramlee. Aku pun dah tak ingat nama sebenar beliau. Doktor P.Ramlee memang tidak lekang dengan kot putih dengan senyuman lebarnya. Bila diamati, tak adalah wajahnya macam P. Ramlee, tapi lebih mirip pada Dr. Ismadi dalam cerita Ibu Mertuaku. Tapi disebabkan gaya 70-an dengan spek tebal dan rambut belah tengah murid-murid lebih gemar memberikan beliau dengan gelaran itu

Setelah semua pelatih duduk. Aku perhatikan sekeliling kelas, saling tak tumpah macam makmal Kimia semasa di sekolah menengah dahulu. Dr. P.Ramlee memangil aku, Abang Rosli dan Sgt. Prem untuk bangun. Alamak, apa pulak ni bentak hatiku. Jangan la pulak dia nak tanya soalan awal-awal pagi ni, tak ada buat apa-apa persediaaan pun untuk hari ni. "Kamu berempat ikut saya". sambungnya. Kami terus mengangguk dan terus menuruti arahan. Kami masuk ikut satu pintu dan terus melalui satu lorong kelam dengan cahaya yang samar-samar. Laluan itu membawa kami ke tangga untuk turun ke bahagian bawah. ‘Dewan Diseksi’, satu papan tanda jelas kelihatan di sebuah pintu. Beliau menolak daun pintu dan menyalakan semua suis lampu. 
Lampu kalimantang berkelip-kelip dan mula menerangkan keseluruhan dewan. Itu dia... Jelas dapat kulihat meja-meja besi bersedia menunggu kehadiran mayat-mayat reput untuk kelas pada hari ini. Dr. P.Ramlee menyentuh bahuku, "ikut saya" ujarnya dengan senyuman lebar menampakkan keseluruhan giginya. Aku mengangguk akur dan terus mengikuti langkahnya. Kami terus berjalan kembali di laluan suram itu hingga ke dua daun pintu dengan sebahagian cermin pada bahagian atas. Aku memandang ke dalam, gelap. Di sisi pintu jelas tertulis, ‘Bilik Simpanan Cadever’. Tersentak hatiku apabila melihat tulisan itu. Doktor ni nak suruh aku ambik mayat ke? Ok masuk, ujarnya. Suis lampu dipetik dan jelas aku dapat lihat ada 4 bekas plastik tidak bertutup. Kesemua bekas itu setinggi paras pinggangku. Walaupun lampu telah dipetik, bilik itu masih terasa suram dan menakutkan. 
"Pakai sarung tangan ni" ujarnya sambil menghulurkan sarung tangan latex panjang hingga ke pangkal lengan. "ambil organ jantung dalam bekas tu, ambil lima" ujarnya lagi. Aku memberanikan diri melangkah ke bekas terdekat dengan diriku. Aku menoleh kedalam bekas, keruh. Tiba-tiba bau tengik kuat mengisi rongga hidungku. Sangat kuat sampai terasa basah kedua-dua biji mataku. Aku cuba menahan dan mula membayangkan bau aroma kek vanilla yang ku-makan pagi tadi. Tanpa sedar tanganku sudah mula mencelup kedalam bekas berair keruh itu. Tanganku menyeluk masuk dan mula meraba-raba. Tak ada apa-apa pun. 
Aku terus menyeluk tanganku lebih dalam lagi hingga ke paras siku. Tiba-tiba, arghh apa ni.. Jeritku dalam hati. Aku dapat rasakan jelas, ada tangan memegang lenganku. Jari-jemari lembik itu terasa jelas menyentuh pergelangan tanganku. Refleks ku cepat-cepat mengangkat tangan keluar daripada bekas keruh itu. Aku dapat melihat cecair formalin (Bahan Kimia untuk mengawetkan mayat/Mengelakkan daripada reput dan busuk) menitis-nitis daripada tangan ku. Aku menoleh ke belakang dengan muka sedikit pucat, Doktor P.Ramlee dengan senyuman lebarnya memandang tepat pada ku. "Bukan bekas tu" katanya. "Bekas yang disana tu, dalam tu semua penuh dengan specimen tangan dan kaki" Ya allah.. Baru nak cakap, bentak ku dalam hati. 


Aku terus melangkah ke bekas yang ditunjuk, aku menjenguk ke dalam bekas itu, sama jugak keruhnya. Baru aku nak mula menyeluk kedalam bekas keruh itu, bush.. Tangan Abang Rusli pantas meyeluk kedalam bekas air. Bila masa dia sampai di sisi aku pun aku tak pasti. Tangannya meraba-raba sekejap hingga ke pangkal siku dan bushhh. Tanganya keluar kembali dari bekas dengan satu objek bulat berwarna kebiru-biruan. "Haa.. Itulah organ yang saya nak.." ujar Doktor P.Ramlee dari belakang kami. "Ambil lagi" ujarnya. Aku pun dengan pantas menyeluk dan meraba-raba didalam bekas. Kali ini jari-jemariku dapat merasakan objek bulat dan licin. Tarus aku pegang dan angkat keluar, jantung manusia dewasa yang basah dan lembik dengan berwarna kebiru-biruan. Terus aku ambil dan letakkan di atas troli besi yang ada di dalam bilik itu. 
"Ok dah cukup. hantar terus ke Dewan Diseksi tadi" dia terus memberi arahan. Kami terus membawa organ-organ tadi dan meletakkan di meja-meja besi. Dalam masa yang sama terdapat petugas-petugas makmal membawa tulang-tulang panjang manusia (Humerus dan Femur) dan diletakkan bersama-sama organ yang kami ambil tadi. Kelas kami pun bermula apa bila pelatih-pelatih lain masuk kedalam Dewan Diseksi. Aku terus menumpukan perhatikan pada kelas pada hari itu, tapi dalam fikiranku masih ligat memikirkan, betul ke ada tangan yang memegang lenganku tadi.. Atau mungkin perasaanku saja.                   

BERSAMBUNG...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2020/12/pengalaman-pertama-kali-disentuh-mayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Guna Minyak Bidara Pertama Kali

Pengalaman Guna Minyak Bidara Pertama Kali

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 543 hits
Dalam artikel sebelum ni saya ada kongsikan tentang Jadi untuk artikel kali ni saya nak kongsikan salah satu cara terbaik dan mudah untuk mengelak masalah gangguan sihir dan makhluk halus ni iaitu dengan menggunakan Jom kita baca perkongsia...
Pengalaman Pertama Kali Membeli Handphone Xiaomi Redmi 4a

Pengalaman Pertama Kali Membeli Handphone Xiaomi Redmi 4a

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 280 hits
Satu hari aku buntu nak fikirkan apakah handphone yang patut aku beli Adakah handphone yang aku beli ini akan selalu lag Atau memory akan cepat penuh Adakah ia terlalu mahal Puas aku berfikir Jadi aku bercadang untuk berjalan jalan ambil an...
Yang Pertama Kali Bakal Disuntik Vaksin Covid 19 Bukan Presiden Tapi Orang Orang Ini

Yang Pertama Kali Bakal Disuntik Vaksin Covid 19 Bukan Presiden Tapi Orang Orang Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 244 hits
Pemerintah memastikan kedatangan 1 2 juta vaksin Covid 19 ini akan segera didistribusikan di setiap provinsi Indonesia Menteri Kesehatan Terawan Agus Putranto mengatakan nantinya yang akan disuntik pertama kali adalah tenaga medis dalam pro...
Bukan Kali Pertama Bukan Kali Terakhir

Bukan Kali Pertama Bukan Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 300 hits
Assalammualaikum wbtBUKAN KALI PERTAMA BUKAN KALI TERAKHIRMasjid surau rumah Allah Tempat beribadah dan tempat menuntut ilmu juga Ini antara taman taman syurga yang diwujudkan di dunia yang boleh dikunjungi Sukar untuk melihat yang tidak ca...
Pertama Kali Try Minum Bubblebee Shuib Sepahtu Cawangan Masai Johor

Pertama Kali Try Minum Bubblebee Shuib Sepahtu Cawangan Masai Johor

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 4071 hits
Pertama Kali Minum Bubblebee Shuib Sepahtu di cawangan Masai Johor Alhamdulillah Masih bernyawa So sempena mengakhiri bulan November aku pun nak try minuman Bubble bee yang diasaskan oleh Shuib Sepahtu Cawangan baru dibuka di Masai Dekat sa...
Pertama Kali Beli Kerang Besar

Pertama Kali Beli Kerang Besar

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 861 hits
Hari sabtu hari rajin seorang Fiza Tiba tiba hari ni macam rajin nak masak ayam rendang Tapi kerisik pula tak ada Minta tolong husband belikan kerisik Alang alang tu beli sekali bahan bahan nak buat mee kari sebab teringin makan mee kari ju...
Singapura Lapor Tiada Kluster Aktif Buat Kali Pertama Sejak 3 Februari

Singapura Lapor Tiada Kluster Aktif Buat Kali Pertama Sejak 3 Februari

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 264 hits
loading SINGAPURA 9 Rabiulakhir 1442H Rabu Singapura yang melaporkan jumlah jangkitan COVID 19 sebanyak 58 183 setakat ini telah menutup kluster koronavirus terakhir sebuah asrama pekerja asing pada Selasa
Kang Sora Muat Naik Foto Buat Kali Pertama Selepas Umum Sedang Hamil

Kang Sora Muat Naik Foto Buat Kali Pertama Selepas Umum Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 336 hits
Selepas mengumumkan perkahwinannya pada Ogos lepas Kang So ra sekali lagi membuat kejutan dengan berkongsi bahawa pada tahun hadapan Terbaru pelakon wanita itu buat pertama kalinya memuat naik foto selepas mengumumkan berita menggembirakan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024