Pengalaman Menyelesaikan Masalah Kutu Kucing Yang Banyak Di Rumah
Lebih kurang 5 bulan dah berlalu, sejak rumah saya diserang dengan kutu kucing.
Kutu-kutu ini pada awalnya hanya terdapat pada badan kucing sahaja. Tapi lama-kelamaan ia membiak dan jadi makin banyak, sehingga boleh nampak kelibat kutu-kutu ini semua atas lantai.
Sewaktu kutu ini cuma berada pada badan kucing sahaja, saya akan sikat bulu-bulu kucing ini semua menggunakan sikat kutu.
Setiap kali sikat, bolehlah dapat dalam dua atau tiga ekor kutu. Kutu yang berjaya disikat keluar tu pula, saya akan cepat-cepat masukkan dalam bekas yang saya telah isi dengan air.
Kalau nak bunuh kutu tersebut sambil sikat, memang tak sempat. Jadi apa yang saya boleh buat adalah lemaskan kutu-kutu tersebut dalam bekas berisi air.
Untuk memudahkan kutu jatuh terus ke dasar bekas, letak sedikit air sabun pada permukaan air. Semasa kutu meronta-ronta cuba nak keluar dari bekas air, dia akan terus tenggelam ke dasar.
Mop lantai rumah 2 atau 3 kali setiap hari
Oleh sebab kita boleh nampak kutu atas lantai, jadi nak tak nak, saya terpaksa mop lantai dua atau tiga kali setiap hari.
Sekali pada waktu awal pagi.
Kali kedua waktu tengahari.
Kemudian sekali lagi sebelum nak masuk tidur, kena mop sekali lagi.
Masa ini memang terasa rumah sangat bersih. Kalau mop rumah sampai 3 kali setiap hari, memang tak sempat nak lekat habuk.
Bersih tapi berkutu. Itu yang tak berapa best. Masa ini nak ajak tetamu datang rumah pun saya tak berani.
Setiap kali mop, boleh nampak kutu yang ada atas lantai tu macam langsung tak berkurang. Mop waktu pagi, lepas beberapa minit, datang balik kutu-kutu tu. Entah dari mana agaknya.
Masalah kutu kucing dirumah saya ini memang bukan masalah biasa-biasa.
Kiranya memang terpaksa panggil Pest Control untuk selesaikan masalah kutu kucing ini.
Walaupun dah panggil Pest Control untuk selesaikan masalah kutu yang banyak atas lantai tu, masih lagi kena buat sesuatu untuk selesaikan masalah kutu yang ada pada badan kucing.
Untuk kutu yang melekat pada badan kucing tu, saya gunakan ubat kutu khas yang saya beli dari laman web Lazada.
Saya tak tau apa nama ubat ini, sebab ia ditulis dengan tulisan cina. Tapi gambarnya adalah macam kat bawah ni.
Ubat kutu kucing ini pun harganya murah sahaja. Boleh beli sekali banyak, tanpa risau akan mencederakan poket anda.
Saiznya tak besar mana. Tapi penggunaannya sangat jimat.
Kalau kucing anda beratnya kurang dari 5kg, hanya perlu guna separuh botol sahaja. Disebabkan kucing saya kebanyakkannya bawah 5kg, jadi sebotol ini boleh pakai untuk dua ekor kucing.
Ubat ini memang berkesan.
Selepas letak, semua kutu pada badan kucing terus hilang.
Sebelum letak ubat ini, saya mandikan dulu kucing-kucing saya dengan syampu yang ada ubat kutu. Bila bulunya dah betul-betul kering, baru saya letak ubat kutu kucing ini.
Ada seekor kucing yang saya letakkan ubat tanpa mandikan terlebih dulu. Saya dapati, ubat ini tetap berkesan untuk bunuh kutu pada badannya.
Nampak macam mandikan atau tak mandikan kesannya sama sahaja.
Anda boleh beli ubat ini dekat sini.
Sekarang ini, bila dah selesai masalah dengan kutu kucing, saya dah tak ada lah nak mop lantai sampai 3 kali sehari.
Tapi sebab dah pernah ada masalah macam ni, saya jadi lebih berhati-hati. Kadang-kadang risau juga, kalau masalah kutu ini berulang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mohdsabree.com/2019/03/pengalaman-menyelesaikan-masalah-kutu-kucing.html