Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak
Alhamdulillah setelah penantian berbulan , akhirnya kucing Lisa dah beranak 18 Jan 2019 . Start bela kucing ni 4 or 5 bulan lepas , time tu si mak dengan 3 ekor anak dia ada dalam kotak bertutup . Lisa jumpa kat pasar. Walaupun kucing ni jenis kucing jalanan je , tapi tetap bela sebab boleh tangkap tikus . hihihi. Sekarang tempatni dah tak dengar suara tikus pon
Lisa panggil kucing ni meow je , baik si mak or si anak . Haritu nak pergi mandulkan tapi dah lambat , dah bunting dulu hahaha. si Jantan pula sebok dok panggil kucing ni , adeh .. mana tak buntingnya . Ini kali pertama pengalaman Lisa jaga kucing bunting . Agak kecelaruan juga la .
TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG
TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG PERUBAHAN FIZIKAL
1. KUCING BERHENTI MENGAWANIni mungkin tanda paling awal anda akan perasan.Sebelum ini anda perasan kucing akan masuk fasa galak/gatal(on heat) setiap 10 hari 2 minggu
Macam mana tahu
Hari-hari mengiaw supaya diberikan pasangan. Yang jantan pula asyik bertandang ke rumah sahaja
Yang di dalam tidak sabar-sabarnya mahu keluar. Walaupun, selama ini tidak biasa keluar dari rumah
Tetapi sekarang, semua aktiviti tiba-tiba terhenti. Kemungkinan kucing sedang mengandung
2. MUNTAH-MUNTAH/MORNING SICKNESS
Kucing juga mungkin akan mengalami morning sickness. Ini adalah perkara biasa bagi sesetangah kucing mengandung
Sekiranya didapati kucing muntah berterusan, kerap, dan tanpa henti, dapatkan rawatan doktor dengan segera
3. PUTING SUSU MEMBESAR & KEMERAHANSekitar 3 minggu mengandung, puting susu kucing akan membesar.Dan berubah warna menjadi lebih gelap dan lebih pink/kemerah-merahan.Kerana apa? Supaya bayi kucing mudah nak mencari bekalan susunya
4. SELERA MAKAN MENINGKATKucing juga akan makan lebih banyak semasa mengandung.Terutama apabila sudah masuk minggu keempat.Sekejap-sekejap makan.Pusing lagi, nampak sedang makan lagi
Perkara ini memang biasa. Bukan manusia yang mengandung sahaja bertambah selera makan.Kerana kandungan di dalam perut sedang membesar.Mereka ini perlukan lebih tenaga dan protein yang secukupnya.Oleh itu, ibu kucing akan kelihatan banyak makannya kerana keperluan gizi dan tenaga yang meningkat di dalam badannya
Yalah.Makannya bukan untuk seekor.Cuba berikan makanan terbaik dan berprotein tinggi seperti ayam dan ikan buat kucing anda
5. PERUT MENJADI LEBIH BESARSeiring dengan tumbesaran kandungan, perut kucing juga akan membesar dan terus membesar sehingga waktu kelahiran.Selain itu,Gaya kucing berjalan juga akan sedikit berbeza.Berjalan lebih terkangkang berbanding biasa.Kerana mahu seimbangkan dengan perut yang semakin membulat.Dan posture badan yang berubah.Gaya jalan perlulah disesuaikan. Nanti jatuh tersungkur pula
6. KELUAR AIR SUSUPada minggu kedua atau ketiga terakhir, susu sudah mula dihasilkan.Susu akan terkeluar apabila puting susu dipicit lembut.Ini juga menandakan waktu beranak hampir tiba
PERUBAHAN PERSONALITITanda-tanda kucing mengandung juga boleh diperhatikan melalui perubahan personaliti kucing
7. KUCING MENJADI MANJAKucing akan terlebih manja waktu bunting ini.Bukan sahaja terserlah dari gaya badan, malah reaksi muka juga sangat manja.Manja yang bagaimana?Pelbagai.Mungkin minta kerap dibelai, atau nak berteman tidurnya, atau mungkin makannya menjadi cerewet kerana mahukan perhatian.Tetapi, ada juga kucing yang lebih suka berseorangan
8. KERAP TIDURSelain selera makan meningkat, kucing juga menjadi kaki tidur semasa bunting.Jika tadi,Sekali pandang makan,Dua kali pandang makan lagi.Pandang lagi pun sedang makan.Sekarang,Berkali-kali pandang pun masih tidur.Keadaan ini adalah normal bagi kucing yang mengandung kerana ia lebih cepat penat
9. NESTINGNesting ini adalah tanda kucing anda sudah hampir dengan masa untuk beranak.waktu ini, kucing akan kelihatan berpindah-pindah dan berehat pada beberapa kawasan.Kerana sedang mencari tempat terbaik untuk melahirkan.Kucing akan mencari tempat yang gelap, sunyi, tersorok dan jauh dari ancaman.Bukan sahaja dari ancaman kucing, yang tersorok dari ancaman manusia juga lebih baik, terutamanya anak-anak kecil.Kerana kucing akan rasa terganggu dan tertekan.Dan lebih cenderung untuk memindahkan anaknya ke kawasan lain yang dirasakan lebih selamat berkali-kali
Kuncinya:Gelap, tersorok, sunyi, dan jauh dari ancaman
10. MENJAUH DARI ANAKKucing ni kalau sebelum ni tak boleh jauh dari anak , kalau dah bunting besar dia tak suka anak dia dekat dengan dirinya . Mungkin rasa seperti ancaman kot . I'm not sure tapi tengok je anak kucing mendekat , si mak dah muka naik berang .. Kadang tengok juga kucing-kucing tu saling mencakar or menampar muka . haha.. adeh
Ni gambar kucing masa bunting dulu
Gambar bulan pertama bunting , perut tak nampak membesar lagi
Gambar bulan kedua bunting , kat sini dah nampak besar perut meow .
Gambar yang ni tinggal tunggu masa nak beranak je , asyik tidur je dalam kotak and tempat gelap
Oh ya , menjelang masa dah nak beranak ... kucing yang biasanya aktif berjalan dia akan jadi duduk diam dalam rumah je . Tidur makan tidur makan itu je . Biasanya pagi-pagi kucing ni akan berkeliaran keluar dan bahkan sampai time makan baru balik . Tapi since dah 2-3 hari masa nakberanak ritu duduk diam dan cari kotak or tempat gelap tuk tido
Tudia sekali beranak 8 Ekor ! 8 weih bukan 3 or 4 hahaha. Beranak dah disediakan kandang pon , pergi cari beranak tersorok dalam timbunan newspaper dan kotak
Lepas beranak Lisa terus laju je tanya kawan yang keje kat pejabat Veterinar nak tahu macam mana cara jaga and pindahkan baby kucing ke kandang or tempat yang lebih selamat . Fuh pengalaman baru !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2019/01/pengalaman-menjaga-kucing-bunting.html