Bagaimana untuk kita tampil bersih dan yakin dalam setiap penampilan diri kita?Harus lah mempunyai idolaHendak berbuat apa sekalipun mestilah mempunyai idola untuk kita lebih bersemangat dalam mencapai suatu kejayaan. Anda boleh lihat atau ikut cara mereka yang selalu kelihatan bersih dan kemas tetapi biarlah mengikut kesesuaian anda dan yang paling baik jika ia mengikut sunnah lebih afdal. Jangan terlalu obses sampai merana diri. Yang bersih dan cantik itu mudah dan tidak membebankan. Untuk pandangan masyarakat sekeliling.Bukan lah untuk menunjuk tetapi kebiasannya penampilan diri yang bersih dan yakin akan membuatkan pandangan masyarakat lebih baik untuk kita. Kadang-kadang kita berasa penampilan diri kita sudah elok dan bersih padahal sebenarnya masyarakat nampak serabut dan selekeh. Jangan sedih pula bila ada yang tak sudi nak dekat dengan kita. Apa yang pasti jangan malas untuk memperbaiki kebersihan diri untuk anda.
Sentiasa bersikap positifSikap positif ini adalah salah satu sikap yang perlu ada dalam diri masing-masing kerana ianya merupakan satu petanda yang paling bagus untuk kita majukan diri masing-masing. Contohnya jika ada yang memberi cadangan kepada kita untuk memperbaiki sedikit penampilan diri ambik lah ia sebagai satu teguran yang membina. Positif kan nasihat itu. Secara tidak langsung anda akan lebih disukai dan hidup anda juga akan ceria.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |