Info Penjelasan Kenapa Wanita Mengandung Dilarang Pegang Kucing


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii…
Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing….
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah…
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan…
Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.
Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.
Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap ‘keadaan biasa’ oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.

Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia….
Menjangkiti bayi Seorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung. Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta)…
Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk ‘retardasi mental’ angkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.
Peringatan
Sebagai peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain…
Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital…
jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan…
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan….
Rawatan
Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.
Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Sumber: Kelab pakar hamil
The post Info : Penjelasan Kenapa Wanita Mengandung Dilarang Pegang Kucing. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/info-penjelasan-kenapa-wanita-mengandung-dilarang-pegang-kucing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Breast Kena Buang Dan Saya Tak Boleh Mengandung Angkara Breast Filler Wanita Ini Tanggung Derita

Breast Kena Buang Dan Saya Tak Boleh Mengandung Angkara Breast Filler Wanita Ini Tanggung Derita

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 540 hits
Kerana ingin kelihatan cantik dan mempunyai aset yang mengiurkan ramai wanita yang sanggup melakukan rawatan kecantikan hingga merisikokan nyawa sendiri Malah ada di antara mereka yang terlalu berani hingga menggunakan servis daripada merek...
Geger Wanita Hamil 9 Bulan Tiba Tiba Janinnya Hilang Ini Penjelasan Medis Dan Beberapa Tanda Kehamilan Palsu

Geger Wanita Hamil 9 Bulan Tiba Tiba Janinnya Hilang Ini Penjelasan Medis Dan Beberapa Tanda Kehamilan Palsu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 296 hits
Seorang perempuan bernama Devi histeris ketika mendapati perutnya tiba tiba kempis pada Jumat saat terbangun dari tidur Padahal ia sedang hamil anak kedua dan usia kehamilannya sudah memasuki usia 9 bulan Artinya tak berapa lama lagi seharu...
Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang Doktor O G Kongsi Keadaan Keadaan Yang Tak Sesuai Naik Kapal Terbang

Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang Doktor O G Kongsi Keadaan Keadaan Yang Tak Sesuai Naik Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 240 hits
Permasalahan utama yg ditakuti syarikat penerbangan adalah penumpang yg mengandung menaiki flight dan risiko terberanak dalam flight apa apa keadaan yang melibatkan mengandung tu sendiri Satu hal plak pilot nak divert flight tu ke tempat ya...
Pasti Anda Tidak Percaya Tentang Perkerjaan Wanita

Pasti Anda Tidak Percaya Tentang Perkerjaan Wanita

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 302 hits
Laman sosial di China Shina Weibo heboh memperkatakan mengenai seorang pengemis yang cantik bernama Han Biyao Gadis muda yang pernah jadi pelayan restoran itu terpaksa mengemis di jalanan untuk menyambung hidupnya Biyao sebenarnya dilahirka...
Wanita Misteri Di Kepala Batas Berjaya Ditahan Pati Rupanya

Wanita Misteri Di Kepala Batas Berjaya Ditahan Pati Rupanya

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 691 hits
WANITA berwajah biru dan kadang kala didakwa bermata merah yang berkeliaran di beberapa kawasan di Kepala Batas hingga tular di laman sosial minggu lalu berjaya ditahan polis hari ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komision...
Otak Lebih Banyak Bekerja Wanita Butuh Waktu Tidur Lebih Lama Dibanding Pria

Otak Lebih Banyak Bekerja Wanita Butuh Waktu Tidur Lebih Lama Dibanding Pria

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 271 hits
Berdasar hasil penelitian yang dilakukan oleh Horne itu disebut bahwa secara rata rata wanita membutuhkan tidur dua puluh menit lebih lama Namun hal ini dapat berbeda antara satu orang dengan yang lainnya
Pelajar Wanita Universiti Al Azhar Berpelukan Dibuang

Pelajar Wanita Universiti Al Azhar Berpelukan Dibuang

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 336 hits
Seorang pelajar wanita yang merupakan pelajar Universiti Al Azhar telah disingkirkan pihak Universiti apabila satu video yang menunjukkan dia memeluk rakan lelakinya tersebar dan ia disifatkan sebagai mampu menjejaskan reputasi Universiti A...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord