Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n


 Salam to all my readers,


| Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur [1D1N] | Rupanya terlalu lama aku tak update blog, sibuk dengan kerja hakiki sampai tiada masa buat blog, tambah ada platform lain kena commit. Btw, Selamat Hari Raya buat semua! Aku tahu dah terlewat, tapi sekarang masih mood hari raya, ramai orang duk pulun buat open house. Kalini raya tak berapa banyak story nak diceritakan, malahan tahun ini kiteorang skip 1 lagi rumah tok saudara yang baru sahaja meninggal sebelum raya. Betullah orang kata, bila rumah takde orang tua (atuk nenek) orang dah makin kurang datang ke rumah melainkan kau sendiri datang beraya rumah sanak saudara. Kiteorang setiap kali raya, at least 2 hari tu memang akan ke rumah saudara, saudara pun tinggal dekat-dekat takde sampai kena merantau. Paling jauh pun dekat Kundang, toksu (adik atuk duduk belah sana).


Raya ke-3, dah masuk TRX nak try makan Donkai. Ingatkan pergi time raya, mall tak ramai orang. Rupanya ramai juga datang beraya ke TRX. Raya ke-4 moksu aku dah arrange, staycation dekat Renaissance, KL. Orang payung siapa taknak. Hopefully, rezeki aku melimpah ruah satu hari nanti dapat belanja semua tidur hotel best2 juga. Staycation dekat hotel ini untuk 1D1N, even 1 malam je, dia punya nikmat tu memang syoklah, yalah tidur hotel 5 star, bukan tidur OYO. hahahah.. Gurau jer!


Percutian kali ini, percutian gegirl, hanya moksu, Aireen, Aurora dan mak aku. Moksu aku sebilik dengan 2 kiddo, aku sebilik dengan mak aku. Bibik waktu ini tengah cuti raya, yang adik aku nak gak balik Terengganu. Kiteorang check in dalam pukul 3.00pm, sampai awal sikit waktu tu bilik 1 lagi tak siap, so kiteorang lepak bilik moksu aku dulu. Masuk-masuk je bilik hotel, pulun bersiap nak turun bawah pergi mandi pool. Kebetulan abang aku ada hantar anak dia sorang tu.



Ini muka masing-masing baru lepas mandi, lapar pula order fries. Jom aku tunjuk bilik penginapan di Renaissance Kuala Lumpur. Last year kiteorang menginap di Four Points by Sheraton, betul-betul sebelah Renaissance ini hah. Pool dorang ini bergabung, siapa yang menginap dekat Four Points & Renaissance KL, aku guna pool yang sama. Hotel ini memang sesuai sangat buat family yang ada budak-budak. Sebab pool dekat sini dah macam Sunway Lagoon, banyak slide budak-budak, parent pun boleh naik sekali. Taman permainan pun ada.


Staycation 1D1N @Renaissance Kuala Lumpur
Katil punyalah besar size Queen tak silap aku, even bilik kiteorang tak connection room, mujur dapat sebelah-sebelah jadi senang nak ulang-alik. Hotel selesa, bilik air siap ada bath tub lagi. Bahagian laci almari ada makanan,tapi if korang nak makan kena bayarlah. Air mineral je takde kena bayaran. Kalau dulu stay dekat Four Point by Sheraton dapat lihat pemandangan pool, kalini stay Renaissance, kiteorang punya bilik facing KL Tower, and monorail

Ini gambar nak balik baru tangkap proper, berbaju kurung baru vibes raya. Yang ianya, check out ni terus nak direct pergi rumah Pak Uteh aku dia ada buat jamuan raya.



Serupa belangkas, apa akak Aurora dia buat si Aireen mesti ikut, time mood baik budak dua ni begini, cuba time gaduh, geram je tengok. hahahah..


Terokai Pool Terbesar di Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Sini for sure anak-anak korang taknak keluar bila dapat turun pool. Besar weyh pool sini, si Aireen dengan si Aurora taknak keluar dari pool, walhal badan dah gigil-gigil. Bantai juga duduk dalam air. Ini bahagian pool kanak-kanak, ada 1 lagi port dimana boleh main slide, situ budak kecik pun boleh naik tapi kena ada parent sekali


Big bag ini dah ada penambahbaikan, last year tak sampai 10 ketul pun, kalini dah banyak sikit, takdelah ambil masa lama nak take turn main. Tapi hari first kiteorang sama, ada anak Cina ini pulun amek sampai 3, bila tengok dia tak guna sangat, ada family tu datang amek kena maki. Rude sangat budak tu, ini keesokan harinya baru dapat main big bag ini. Kemain dua-dua ini suruh aku tolak, bila turn aku ditolaknya macam naik perahu je. Geram je


Ini Aireen, kalau tak drama memang tak sah. Sedih meninggalkan kolam renang, kiteorang naik check out dah jam 12pm tu. Aku pun tak ingat awat dia menangis. Si Aurora banyak akal, sebaik ini kali dia nak naik. Kalau taknak naik, entah kemana-mana dia main.
Breakfast Sedap di Renaissance Kuala Lumpur
IIni bahagian breakfast, makan dekat sini memang mewah dan sedap. Aku kalau breakfast dekat mana-mana hotel memang akan nikmati setiap jenis makanan. Orang lain breakfast je, aku siap pakej makan tengahari dah rasa. Macam-macam juadah, paling legend ada roti canai lagi


Nasi lemak, favourite kita pun ada, makan pula dengan ayam goreng rempah. Memang terangkat. Tak cukup dengan Nasi Lemak ada donut pula. Si Aurora dengan Aireen dah tak sabar nak main pool. Kiteorang dah siap-siap pakai baju renang masa pergi breakfast ini. Lepas makan tak perlu naik hotel, terus terjun dalam pool








Nak try panipuri pun ada dekat sini! Sedap rupanya



Hot Chocolate dia memang padu, aku siap letak dalam Montigo aku lagi


Dimsum dia pun sedap. Overall, menginap di Renaissance Kuala Lumpur ini banyak syok, tilam empuk, sejuk, pool pun puas mandi manda, breakfast pun sedap. Staff dorang pun serve laju je, angkat pinggan kotor pun sama laju. Pukul 12.00 tengahari kami dah check out hotel dah, untuk sambung raya rumah Pak Uteh. Maka berakhir sudah story raya keluarga aku tahun ini. Moksu aku dah siap buat open house last week sebelum berangkat ke Jepun

This week pula, Pak Itam aku buat open house hari Sabtu, diikuti rumah Bang Long hari Ahad. Tapi this week aku tak available nak attend. Dah ada plan lagi awal. See you when I see you. Btw, ni gambar raya bersama family


Selamat Hari Raya ualls! Moga jumpa lagi di raya akan datang









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2025/04/pengalaman-menginap-renaissance-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Menara Kuala Lumpur Ditutup Sementara Untuk Penyelenggaraan Dan Penambahbaikan

Hiburan Menara Kuala Lumpur Ditutup Sementara Untuk Penyelenggaraan Dan Penambahbaikan

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 113 hits
Bangunan ikonik Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis ini bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu melaksanakan kerja kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi memastikan tahap keselamatan dan keseles...
15 Pottery Class Di Kuala Lumpur Selangor

15 Pottery Class Di Kuala Lumpur Selangor

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 139 hits
15 Pottery Class di Kuala Lumpur Selangor Sesuai untuk pemula Jika anda sedang mencari idea nak buat aktiviti apa dekat Kuala Lumpur dan sekitarnya anda boleh cuba sertai bengkel bengkel kreatif termasuklah pottery class Ajak kawan kawan pa...
Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 168 hits
Comic Art Festival Kuala Lumpur 9 returns for another edition this coming 31 May 1 June featuring the best of creativity in illustration comic making storytelling and more See you there Booths guests and other information coming soon
Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 142 hits
Selesai aktiviti bergambar di sawah pagi kami teruskan perjalanan balik kampung encik suami di Kuala Pilah Masa sampai dah meriah rumah dengan tetamu Jadi kita bersalaman bermaafan je lah dulu Tak ada acara bergambar Layan tetamu Tetamu dah...
Ke Pasar Tani Tanjung Ipoh Kuala Pilah

Ke Pasar Tani Tanjung Ipoh Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 31 hits
Assalamualaikum Pagi semalam SA ajak PZ dan suami ke pasar tani Tanjung Ipoh Kuala Pilah hajat hati nak sarapan kat Kodai Ain kat Seri Menanti sekali kedai tu blom buka lagi laaa kul 8am x buka lagi then kami teruskan perjalanan ke Pasar Ta...
Kelantan Warga Emas Maut Nahas Di Kuala Krai

Kelantan Warga Emas Maut Nahas Di Kuala Krai

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 37 hits
BERNAMAKOTA BHARU Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Sungai Embak Bukit Arang Kuala Krai hari ini Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata ketika kejadian pada ja...
Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 113 hits
Assalamualaikum WBT BUAT kesekian kalinya kami menginap di Concorde Hotel Shah Alam ketika hendak menghadiri Majlis Walimatulurus Kak Badriah sepupu Pak Inche di Telok Panglima Garang minggu lepas Dekat aje rupanya Telok Panglima Garang den...
Berjumpa Masyarakat Kuala Keda

Berjumpa Masyarakat Kuala Keda

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 38 hits
Petang tadi saya menyaksikan penyerahan jeti baharu antara LKIM dan PNK Kuala Kedah bagi kegunaan komuniti nelayan Tok Pasai yang terkesan dengan projek naiktaraf terminal feri penumpang ke Langkawi di mana jeti lama telah dirobohkan Lawata...
Acid Spill At Kuala Kangsar School Triggers Emergency Clean Up Operation

Acid Spill At Kuala Kangsar School Triggers Emergency Clean Up Operation

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 50 hits
Sabarodzi said that the drum containing acid was safely removed from the storage room and relocated to a designated chemical disposal facility Pic from JBPM PerakIPOH The Perak Fire and Rescue Department spent around two hours cleaning up a...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Not All Flag Mistakes Are Equal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Princess Solehah Di Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi 2025

Hikmah Pensyariatan Haji

Jom Lihat Keindahan Lombong Garam Slanik Romania

Segera Tangani Isu Air Selangor

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar