15 Pottery Class Di Kuala Lumpur Selangor


15 Pottery Class di Kuala Lumpur & Selangor – Sesuai untuk pemula!
Jika anda sedang mencari idea nak buat aktiviti apa dekat Kuala Lumpur dan sekitarnya, anda boleh cuba sertai bengkel-bengkel kreatif termasuklah pottery class.
Ajak kawan-kawan, pasangan atau pergi sendiri pun seronok!
Tambahan pula, semakin banyak studio pottery yang muncul di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menyediakan bengkel yang fleksibel dengan tenaga pengajar yang profesional.
Memang sesuailah untuk yang pertama kali nak cuba sehinggalah kursus pendek bagi mereka yang ingin mendalami bidang ini secara serius. 
Dalam artikel ini, kami senaraikan 15 pilihan terbaik untuk kelas pottery di KL dan sekitarnya.
Siapa tahu, bermula sekadar mencuba, kalian mungkin jatuh cinta dengan dunia pottery dan menjadikannya satu hobi jangka panjang yang memuaskan!
BACA JUGA: SuperPark Malaysia – Indoor Playground di Kuala Lumpur
15 Pottery Class di Kuala Lumpur & Sekitarnya 1. Beary Potter Studio, Bukit Jalil Alamat: No. 2-43, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, Bandar Bukit Jalil, 57000, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Harga: RM180–RM580 (kelas 1 hari), RM960–RM1,200 (kursus pendek) Website: https://bearypotterstudio.com/  Beary Potter Studio adalah salah satu pottery class yang popular di Kuala Lumpur. Selain di Bukit Jalil, ia mempunyai satu lagi cawangan di Cheras, Selangor.
Studio ini menawarkan pakej yang sesuai untuk sesiapa yang pertama kali sehinggalah individu yang sudah mahir.
Di sini anda akan diajar teknik-teknik penting termasuklah teknik wheel throwing dan hiasan seramik. Anda boleh pilih nak sertai kelas sehari, kursus pendek ataupun kelas dengan tema tertentu. 
2. Happy Hour Club Workshop Alamat: 16-3, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 WP Kuala Lumpur Harga: Bermula RM90 Website: https://happyhourclub.com.my/  Berbeza dengan Beary Potter Studio, Happy Hour Club Cafe & Workshop tidak ada menawarkan kelas menghasilkan tembikar atau seumpamanya. 
Ia menawarkan beberapa bengkel DIY untuk melukis atau menghias seperti Paint Your Own Pottery dan Sculpture Painting untuk dewasa dan kanak-kanak. 
Apa yang menarik, dii sini juga anda boleh menikmati hidangan lazat seperti croffles dan kopi premium di kafenya. 
Konsep unik yang menggabungkan kafe dengan aktiviti seni menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti solo atau lepak dengan kawan-kawan.
3. Good Times DIY Pottery  Alamat: MyTown KL / Pavilion Bukit Jalil / Paradigm Mall PJ Harga: RM150–RM250 Website: https://www.goodtimesdiy.my/pottery-studio/pottery-class/  Good Times DIY Pottery mempunyai 3 cawangan yang terletak dii kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Studio ini menawarkan kelas DIY untuk semua peringkat tak kiralah anda pemula atau sudah mahir. Kanak-kanak pun boleh join.
Pelajar boleh memilih antara teknik hand-building atau wheel throwing berdasarkan pakej yang ditawarkan. Hasil karya boleh diambil selepas proses pembakaran dan pengilatan selesai dalam tempoh lebih kurang sebulan. 
4. Bangkita Ceramic Studio Alamat: Jalan Seri Tanjung, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia Harga: RM180–RM220 (Sesi 2-3 jam) Website: https://www.bangkitaceramicstudio.com/  Bangkita Ceramic Studio ini telah menjadi destinasi pilihan ramai bagi penggemar seni seramik dan juga tembikar sejak 2014 lagi. 
Studio ni unik sebab menggabungkan elemen tradisional dan moden dalam seni tembikar. Malah nama “Bangkita” sendiri merujuk kepada kaedah pembakaran menggunakan kayu api. 
Terdapat beberapa pakej kelas yang ditawarkan termasuklah Pottery, Hand Building dan Glazing. Hasil karya anda kemudian boleh diambil selepas 2–3 minggu setelah proses pembakaran dan pengeringan selesai. 
Di sini juga anda boleh tengok sendiri hasil kerja tangan artisan tempatan yang menghasilkan pinggan, mangkuk, cawan, pasu dan hiasan rumah dengan reka bentuk eksklusif. Bangkita juga ada membuka tempahan khas untuk sesiapa yang nak design custom ikut citarasa sendiri. 
5. Shi Terrazzo Atelier Alamat: 2, GMBB, No. 2, Jalan Robertson, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Harga: RM135–RM280 Website: https://www.instagram.com/shi.atelier/  Shi Terrazzo Atelier adalah studio seni unik yang memfokuskan pada pembuatan produk terrazzo menggunakan bahan mesra alam seperti jesmonite. 
Studio ini menawarkan pelbagai bengkel kreatif termasuklah bengkel/kelas pottery untuk semua peringkat umur. Peserta berpeluang untuk menghasilkan dulang, coaster, bingkai gambar dan macam-macam lagi. 
Bengkel-bengkel yang diadakan menyediakan pengalaman hands-on yang menyeronokkan dan terapeutik. Selain bengkel, Shi Terrazzo Atelier juga menjual koleksi produk buatan tangan yang sesuai untuk dekorasi rumah atau pejabat.
6. Jolly Art & Pottery Studio Alamat: 33-3, Jalan Kenari 19a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Harga: RM20+/kelas Website: https://www.jollyartpottery.com/  Kalau nak bawa anak-anak sertai pottery class di Kuala Lumpur ​atau Selangor, anda boleh pertimbangkan untuk pergi ke Jolly Art Studio yang terletak di Puchong ini.
Studio ni memang untuk kanak-kanak. Jadi, anda tidak perlu risau kerana suasananya sangat mesra kanak-kanak dan selamat.
Studio ini menawarkan pelbagai kelas seni seperti melukis, membuat tanah liat kering, dan pottery throwing yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. 
Kelas-kelas ini direka untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kesabaran dan ekspresi diri melalui aktiviti seni yang menyeronokkan. 
7. Touch of Clay Alamat: 8, Jln 1/60b, Taman Segambut Damai, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Harga: Bermula RM150  Website: https://www.mytouchofclay.com/ Touch of Clay merupakan studio tembikar artisan yang diasaskan oleh Cheah Yeow Seng. Studio ini menawarkan kelas tembikar yang menggabungkan teknik tradisional dengan kreativiti moden. 
Pelajar boleh memilih antara hand-building dan wheel throwing, dengan harga bermula dari RM150 hingga RM180 per sesi. Kelas intensif selama 5 sesi juga tersedia untuk pelajar serius, dengan harga sekitar RM1,200–RM1,500.
Studio ini menawarkan suasana pembelajaran yang santai dan inspiratif, sesuai untuk semua peringkat – sama ada korang baru nak cuba atau memang minat mendalam dalam seni tembikar. 
Selain menyertai kelas, korang juga boleh membeli hasil karya seramik buatan tangan seperti cawan, mangkuk dan hiasan rumah yang dijual melalui laman web mereka. 
8. Zen Ceramic Pottery Alamat: SS2 PJ Selangor/USJ Subang Selangor/Setia Alam Taipan Harga: Bermula RM119 (kanak-kanak) & Bemula RM169 (dewasa) Website: https://zenceramic.asia/  Zen Ceramic Pottery (dahulu dikenali sebagai Fun Ceramic House) ialah salah statu studio yang menawarkan pottery class di Kuala Lumpur/Selangor.  
Studio ini telah beroperasi sejak lebih 30 tahun yang lalu dan mempunyai cawangan di Melaka, PJ SS2, USJ Subang, dan Setia Alam. 
Ia menawarkan beberapa pakej bengkel tembikar yang sesuai untuk semua peringkat umur dan kemahiran, termasuk kelas wheel throwing dan handbuilding serta bengkel khusus untuk kanak-kanak. 
Zen Ceramic juga menyediakan bengkel khas untuk aktiviti berkumpulan dan team building, dengan pakej yang boleh disesuaikan mengikut keperluan. 
9. 22 Craft Studio, Kajang Alamat: 19, Jalan SL 1/12, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Harga: Bermula RM100 Website: https://22tutucraft.com/  22 Craft Studio menawarkan pengalaman seni tembikar yang santai dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Studio ini menawarkan kelas percubaan dan juga kursus empat sesi yang sesuai untuk pemula serta mereka yang ingin mendalami kemahiran ini. Kelas diadakan setiap hari kecuali Rabu.
Peserta boleh memilih antara teknik wheel throwing atau handbuilding, dengan bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman. Hasil karya boleh diambil selepas 2–3 minggu proses pembakaran dan pengilatan.
10. Clay Expression, Subang Jaya Alamat: 757, 5, Jalan Subang 3, Kawasan Perindustrian Uep Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia Harga: Bermula RM275/tiga jam Website: https://clayexpression.com/ Clay Expression adalah salah satu studio tembikar tertua di Malaysia yang beroperasi sejak tahun 2000. 
Studio ini menawarkan kelas untuk pemula hingga mahir dan menyediakan pakej kelas tunggal untuk pengalaman santai atau kursus pendek selama 4 sesi. 
Pelajar berpeluang menghasilkan karya seperti cawan, pasu, mangkuk dan sebagainya. Hasil yang sudah siap boleh diambil selepas 2–3 minggu. 
11. VAVA ART STUDIO Alamat: Jalan Bendahara seksyen 7, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia Harga: Bermula RM150 Website: https://www.instagram.com/vavaartstudio  VAVA ART STUDIO satu lagi studio yang menawarkan pottery class di Kuala Lumpur/Selangor yang sesuai untuk pemula mahupun yang sudah ada asas.
Kelas tembikar di sini fokus pada teknik hand-building (membentuk tanah liat tangan) dan wheel throwing (menggunakan roda pemutar). Selain tembikar, VAVA turut mengadakan bengkel seni lain seperti lukisan atau resin art.
12. Life Ceramics Alamat: Level-3A-01, Inside Life Hot Yoga, Sunway 163 Mall, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Harga: RM495 untuk 4 Sesi Website: https://www.instagram.com/lifeceramics Life Ceramics juga salah satu studio yang menawarkan pottery class di Kuala Lumpur. Studio ini menawarkan kursus seramik untuk pemula hingga tahap lanjutan. Jjadual kelas yang dibuka akan dikemas kini setiap bulan melalui media sosial mereka. 
Life Ceramics menyediakan ruang kerja dengan peralatan lengkap untuk setiap peserta. Ini bagi memberi peluang kepada peserta untuk berkarya lebih mudah dan menyeronokkan. 
13. FRIENDS Craft Cooperative, Petaling Jaya Alamat: BM-08, PJ Industrial Park, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Harga: Bermula RM125 Website: https://www.friendscraftcoop.org  FRIENDS Craft Cooperative adalah sebuah organisasi seni kraf yang berfungsi sebagai koperasi. Studio ini fokus kepada pendekatan mesra komuniti. Ia menyediakan bengkel dan latihan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk ternasuklah pottery. 
Menariknya lagi, anda boleh bayar ikut tahap kemampuan anda bermula dengan harga RM125. Bukan itu sahaja, karya yang anda hasilkan juga boleh dijual!
Bak kata slogan mereka; Learn, Make & Earn.  
14. The Clay Art Studios Alamat: 2-5 One Avenue Dataran Pelangi Utama Jalan Masjid PJU6A, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Harga: Bermula RM150 Website: https://clayartsstudio.com/  The Clay Art Studios juga antara studio yang menyediakan pottery class di Kuala Lumpur/Selangor serta bengkel-bengkel kreatif lain. 
Studio ini terkenal dengan kelas trial yang mesra pemula, di mana peserta boleh mencuba teknik asas wheel throwing atau hand-building dalam sesi 2–3 jam. 
Mereka juga ada pakej jangka panjang seperti start-up package (4 sesi sebulan) untuk yang ingin mendalami kemahiran ini. 
15. Kaku Pottery Studio  Alamat: 3, Jalan Anggerik Vanilla Ag 31/Ag, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia Harga: Bermula RM130 Website: https://www.instagram.com/kaku_pottery_/  Kaku Pottery Studio terkenal dengan konsep workshop tembikar yang berfokuskan haiwan peliharaan, seperti Pet Bowl Painting Workshop. 
Selain itu, Kaku Pottery Studio juga menyediakan kelas teknik asas seperti wheel throwing, hand-building, dan pottery painting, termasuk peluang untuk melukis mangkuk makanan khas untuk haiwan kesayangan anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pottery-class-di-kuala-lumpur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pottery-class-di-kuala-lumpur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 224 hits
Sekiranya anda peminat makanan chinese atau mencari restoran Chinese Muslim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor anda wajib baca artikel ini sampai habis Artikel ini berkongsi lebih 15 pilihan restoran Chinese Muslim yang anda boleh cuba Se...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 186 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 Tarikh 23 Mei hingga 1 Jun 2025Masa 10 pagi hingga 10 malamLokasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Jumpa di PBAKL 2025 nanti BUKU MEMBACA MEMIMPIN PBAKL2025 MalaysiaMembaca BukuMembacaMemimpinhttps...
15 Foto Kuala Lumpur Yang Diolah Menjadi Style Ghibli Seperti Dalam Filem

15 Foto Kuala Lumpur Yang Diolah Menjadi Style Ghibli Seperti Dalam Filem

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 139 hits
Jika Kuala Lumpur dipaparkan dalam anime Studio Ghibli beginikah rupanya Kuala Lumpur bandaraya yang biasanya dikenali dengan keriuhan kota moden dan pencakar langitnya tiba tiba berubah menjadi sebuah dunia impian ala Studio Ghibli Bayangk...
Hiburan Menara Kuala Lumpur Ditutup Sementara Untuk Penyelenggaraan Dan Penambahbaikan

Hiburan Menara Kuala Lumpur Ditutup Sementara Untuk Penyelenggaraan Dan Penambahbaikan

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 106 hits
Bangunan ikonik Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis ini bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu melaksanakan kerja kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi memastikan tahap keselamatan dan keseles...
Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 165 hits
Comic Art Festival Kuala Lumpur 9 returns for another edition this coming 31 May 1 June featuring the best of creativity in illustration comic making storytelling and more See you there Booths guests and other information coming soon
Selangor Exco Over 150 Fire Victims In Putra Heights Register For Temporary Vehicles Panasonic Offers Rm500 E Vouchers

Selangor Exco Over 150 Fire Victims In Putra Heights Register For Temporary Vehicles Panasonic Offers Rm500 E Vouchers

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 213 hits
Selangor executive councillor Ng Sze Han hearing some of the concerns highlighted by the victims of the Putra Height gas pipeline fire this morning Picture by Sayuti ZanudinSUBANG JAYA April 5 More than 150 victims of the recent gas pipelin...
Pm Arah Bantuan Koordinasi Diselaras Secara Langsung Dengan Mb Selangor Petronas

Pm Arah Bantuan Koordinasi Diselaras Secara Langsung Dengan Mb Selangor Petronas

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 196 hits
HarapandailyApril 5 2025Perdana Menteri mengarahkan agar segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi berkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta ...
Govt Cancels Official Aidilfitri Celebration In Selangor

Govt Cancels Official Aidilfitri Celebration In Selangor

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 114 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has instructed that food prepared for the event be distributed to victims of the gas pipeline explosion residing at the temporary relief centres PETALING JAYA The government has cancelled its Selangor state leve...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Note 50s 5g 50x 5g Menyertai Siri Infinix Note 50 5g

Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global