Pengalaman Menginap Di Santa Grand Signature Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku bermalam di sebuah hotel terkemuka di ibukota Kuala Lumpur iaitu Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Sebelum ni mungkin ada yang perasan aku ada terbitkan satu artikel tentang makanan asli nyonya di sini, anda boleh membacanya di :https://www.aerill.com/2023/07/makan-authentic-nyonya-noodles-hut-di.html

Baiklah, kali ini aku akan ceritakan pula pengalaman aku bermalam di hotel ini dan in shaa Allah aku akan cuba untuk ceritakan sehabis baik dan se-detail yang boleh. Selamat Membaca

{tocify} $title={Table of Contents}
PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR
Santa Grand Signature Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel yang menawarkan penginapan yang menarik, berkonsepkan Modern Peranakan di lokasi cukup strategik iaitu di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur

Aku dan keluarga aku, iaitu mak, ayah dan adik aku bermalam hanya untuk satu malam sahaja di hotel ini. Keberadaan mereka adalah kerana adik aku yang pada hari berikutnya mempunyai upacara konvokesyen di universitinya. Jadi, memilih untuk bermalam di tempat yang menarik, aku pun memilih Santa Grand Signature Kuala Lumpur sebagai lokasi penginapan. 
[ Baca Juga : Pengalaman Menginap di Avani Sepang Gold Coast Resort ]
Ketika Menunggu Check-In
Setelah memilih hotel ini sebagai penginapan, langkah berikut yang aku lakukan adalah dengan menempah bilik dengan lebih awal. Prosesnya cukup mudah, hanya perlu membuat panggilan dan beritahu nak menempah bilik dan selanjutnya staf hotel tersebut akan membantu

Apabila mak, ayah dan adik aku sampai sahaja di Kuala Lumpur, mereka terus mengambil aku dan seterusnya ke lokasi hotel. Sampai sahaja di hotel, kami terus ke tempat parking. Terdapat dua parking di sini iaitu pertama parking valet bertingkat dan juga parking di belakang hotel yang terhad. Alhamdulillah, kami dapat parking di belakang hotel kerana ada kekosongan

Seterusnya adalah masa untuk check-in. Check-in di hotel ini adalah pada jam 3 petang manakala check-out pula adalah jam 12.00 tengahhari. Proses check-in cukup mudah dan senang. Dapat sahaja kunci, kami terus ke bilik hotel. 

Oh ya, aku nak ceritakan sedikit tentang bilik di hotel ini. Terdapat beberapa jenis bilik di hotel ini, tetapi paling maksimum boleh memuatkan hanya tiga orang sahaja. Jadi, untuk penginapan kali ini kami mengambil dua bilik, satu bilik untuk mak dan ayah manakala satu lagi untuk aku dan adik aku. 
Bilik yang kami pilih untuk menginap adalah jenis Bong-Soo-Standard-Queen & Bong-Soo-Standard-Twin. Berikut adalah jenis bilik dan harga bagi setiap penginapan :-
🟩Bong-Soo-Standard-Twin : RM190🟩Bong-Soo-Standard-Queen : RM190🟩Bong-Soo-Superior-Queen : RM200🟩Bong-Soo-Superior Twin : RM200🟩Bong-Soo-Superior-King : RM200🟩Bong-Soo-Superior-Twin Combined : RM200🟩Bong-Soo-Deluxe-Queen : RM240🟩Bong-Soo-Deluxe-Twin-Combined : RM240🟩Nyonya-Diva : RM340🟩Bong-Soo-Tiga : RM350🟩Bong-Soo-Tiga-Twin : RM350🟩Family-Tiga : RM400🟩Studio Suite : RM400🟩GetFit Suite : RM400🟩Spa-Suite : RM400🟩Peranakan-Signature-Suite : RM550
Untuk melihat rupa serta saiz bagi setiap bilik boleh lihat di: https://santagrandhotels.com.my/inheriting-local-living/
[ Baca Juga : Pengalaman Menginap di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur ]
RUANGAN DALAM BILIK HOTEL
Baiklah, untuk bilik jenis Bong-Soo-Standard ini saiznya sebenarnya sederhana sahaja. Memang cukup sesuai sekiranya anda datang seorang atau berdua. Walaupun begitu, dekorasi dalam biliknya memang cukup cantik dan sangat kemas

Menariknya lagi disebabkan lokasi hotel ini yang betul strategik, sangat dekat dengan lokasi-lokasi menarik seperti Menara Kuala Lumpur, dan lokasi membeli belah, Selain itu, pengangkutan awam juga sememangnya dekat, jadi senang untuk mereka yang mungkin ingin berjalan-jalan di Kuala Lumpur. 


Bilik hotel ini turut dilengkapi dengan kemudahan moden TV dengan Google Android Chromecast 43" dan Netflix, peti keselamatan dalam bilik, peti sejuk mini, peralatan membuat Kopi & Teh




Secara keseluruhannya, bagi aku bilik di Santa Grand Signature Kuala Lumpur ini sememangnya cukup selesa. Dengan harga serendah RM190, aku rasa memang cukup berbaloi, terutamanya pemandangan yang sangat cantik. Walaupun saiznya agak sederhana, tetapi bagi aku masih cukup selesa. Mungkin sekiranya anda inginkan lebih selesa boleh memilih bilik yang lebih tinggi nilai harganya. 
KEMUDAHAN DI SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR
Santa Grand Signature Kuala Lumpur mempunyai sebuah kolam renang infiniti dengan pemandangan Menara Kuala Lumpur yang cukup cantik. Terletak di tingkat teratas, memang sangat cantik pemandangannya tak kira di waktu siang mahupun malam

Selain itu, di tingkat yang sama terletaknya SkyLounge dan Gym untuk mereka yang ingin bersenam dan mengeluarkan peluh. 

Selain SkyLounge, dua lagi tempat untuk makan adalah Kapitan Cafe dan Kopi Bar. Sarapan yang disertakan sekali dengan penginapan adalah di Kapitan Cafe. 


Okay, pengalaman bersarapan di sini sebenarnya biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana pilihan makanannya yang tidak banyak. Aku berpendapat mungkin sarapan di sini boleh diperbanyakkan lagi supaya tetamu atau mereka yang menginap di sini dapat menikmati juadah yang lebih pelbagai

[ Baca Juga : Pengalaman Menginap di Rouhi Retreats, Ayer Hangat, Langkawi ]
PEMANDANGAN KUALA LUMPUR DARI SANTA GRAND SIGNATURE

Walaupun sudah lama berada di Kuala Lumpur, tetapi pemandangan bangunan di bandaraya ini memang cukup cantik. Mungkin kerana aku sejak kecil mengagumi bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di sini. Boleh dikatakan hampir kesemua bangunan ikonik boleh dilihat kecuali Menara Berkembar Petronas. 
Berada di SkyLounge, aku dapat lihat begitu banyak kereta yang hanya kelihatan seperti semut. Manakala di bilik hotel pula, aku dapat lihat warna Menara Kuala Lumpur yang bertukar-tukar di waktu malam, memang cukup cantik. 
KESIMPULANNYAPengalaman bermalam di Santa Grand Signature Kuala Lumpur ini sememangnya cukup selesa dan terbaik. Bilik hotelnya yang lengkap dengan kemudahan, terutama penghawa dingin yang cukup sejuk, memang sangat selesa tidur

Beberapa penambahbaikan mungkin boleh dilakukan di Kapitan Cafe untuk waktu sarapan, dan selainnya semuanya cukup baik untuk aku dan keluarga aku. Lokasinya yang strategik menjadikan hotel ini menjadi pilihan tepat untuk para pelancong dalam dan luar negara sebagai lokasi penginapan ketika percutian di Kuala Lumpur. 
In shaa Allah bertemu lagi dalam review hotel berikutnya. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya, boleh ajukan di ruangan komen di bawah

SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR
🟢LOKASI ; No.36 Menara Santa,Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Malaysia
🟢HUBUNGI : PHONE (+603) 2027 1969 | FAX (+603) 2027 1979🟢E-MAIL :  [email protected]
🟢LAMAN WEB : https://santagrandhotels.com.my/🟢FACEBOOK : https://www.facebook.com/sgsklcc🟢INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sgsklcc
SEKIAN
#reviewhotel #santagrandsignaturekualalumpur #travelblogger


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/10/review-hotel-santa-grand-signature-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percuma Je Lee Seunggi Kembali Menemui Peminat Di Kuala Lumpur November Ini

Percuma Je Lee Seunggi Kembali Menemui Peminat Di Kuala Lumpur November Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 272 hits
Nampaknya Lee Seung gi akan sekali lagi menemui peminat di Malaysia pada tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru One TV Asia telah mengumumkan bahawa Lee Seung gi akan terbang dari Korea ke Malaysia untuk menghadiri acara ONEderful Day with Lee...
Kerja Kosong Di Petrosains Kuala Lumpur Bagi Bulan Oktober 2023

Kerja Kosong Di Petrosains Kuala Lumpur Bagi Bulan Oktober 2023

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 280 hits
Berikut kami kongsikan maklumat kerja kosong terbaru kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon kerja di Petrosains Portal kami menyediakan info terkini yang melibatkan tawaran yang dibuka oleh majikan terlibat agar dapat memu...
5 Best Hotels In Kuala Lumpur

5 Best Hotels In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 307 hits
Kuala Lumpur Malaysia s capital city is a stunning tourist destination with multiple appeals The iconic Petronas Twin Towers provide a majestic panoramic view of the city skyline Cultural and culinary diversity attracts visitors Moreover th...
Kemampanan Di Atas Pinggan Inisiatif Hijau Di Makan Kitchen Doubletree By Hilton Kuala Lumpur

Kemampanan Di Atas Pinggan Inisiatif Hijau Di Makan Kitchen Doubletree By Hilton Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 331 hits
Salam sejahtera kepada korang pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati makanan yang sedap sedap satu daripada nikmat hidup Bila dah dap...
Siapa Abdullah Hukum Sejarah Kuala Lumpur

Siapa Abdullah Hukum Sejarah Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 245 hits
Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam Banyak tempat yang disingga...
Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon Klscm 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon Klscm 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 356 hits
Info penting untuk anda yang bercadang untuk masuk ke ibu kota pada hujung minggu ini dimana pada waktu tersebut akan banyak perlu penutupan jalan sempena acara KLSCM 2023 yang berlangsung Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2023 merup...
6 Tempat Makan Dim Sum Halal Best Di Kuala Lumpur

6 Tempat Makan Dim Sum Halal Best Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 315 hits
Dim sum merupakan sejenis masakan Cina popular yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melayu Ianya merupakan hidangan ringan yang bersaiz kecil dan biasanya disajikan di dalam pengukus mangkuk buluh Menariknya dim sum boleh ...
Pameran Ulangtahun Ke 20 Animasi Naruto Tv Dilancarkan Di Kuala Lumpur

Pameran Ulangtahun Ke 20 Animasi Naruto Tv Dilancarkan Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 238 hits
Pameran Ulang Tahun Ke 20 Animasi NARUTO TV Malaysia yang dinanti nantikan para peminat siri anime NARUTO telah dilancarkan Pavilion Bukit Jalil pada hujung minggu lepas menandakan pelancaran hebat yang menghidupkan siri anime ikonik itu Da...
Pn Sprm Ugut Mp Kuala Kangsar Sokong Kerajaan

Pn Sprm Ugut Mp Kuala Kangsar Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 195 hits
MalaysiakiniPerikatan Nasional mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi serta ugutan terhadap pemimpin pembangkang Dalam satu kenyataan Setiausaha Agung PN Hamzah Za...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024