Siapa Abdullah Hukum Sejarah Kuala Lumpur



Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.
Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.
Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).
Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.
Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).
Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.
Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).
Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.
Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Bangsa kemudian bertukar menjadi Bangsar.
Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.
Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.
Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.
Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.
Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.
Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.
Alangkah malang jika nama besar ini turut tersisih seperti pupusnya nama Taman Ghazali Shafie dan kampung Paya di Jalan Bangsar berdekatan Kampung Abdullah Hukum, selepas deretan kedai yang menempatkan peniaga Melayu di situ dirobohkan untuk projek pembesaran Jalan Bangsar sekitar 1987. Walaupun peniaga di Taman Ghazali Shafie itu dipindahkan ke Kompleks Bangunan Uda di Bangsar Utama, nama Taman Ghazali Shafie tidak lagi tertera di atas peta Kuala Lumpur.
Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.
Demikian iltizam Abdullah Hukum yang menjadi ikon warisan sejarah Kuala Lumpur sejak penerokaannya dalam era 1850-an sehingga ke hari ini. Sejarah 50 tahun Malaysia merdeka tahun ini biarlah dirayakan tanpa meluputkan nama pejuang dan perintis bangsa yang banyak meninggalkan jasa, seperti Abdullah Hukum.
<< SUKA INFO INI? KLIK LIKE DAN SHARE DI FACEBOOK >>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://iniceritadunia.blogspot.com/2023/10/siapa-abdullah-hukum-sejarah-kuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Kosong Di Petrosains Kuala Lumpur Bagi Bulan Oktober 2023

Kerja Kosong Di Petrosains Kuala Lumpur Bagi Bulan Oktober 2023

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 295 hits
Berikut kami kongsikan maklumat kerja kosong terbaru kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon kerja di Petrosains Portal kami menyediakan info terkini yang melibatkan tawaran yang dibuka oleh majikan terlibat agar dapat memu...
5 Best Hotels In Kuala Lumpur

5 Best Hotels In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 338 hits
Kuala Lumpur Malaysia s capital city is a stunning tourist destination with multiple appeals The iconic Petronas Twin Towers provide a majestic panoramic view of the city skyline Cultural and culinary diversity attracts visitors Moreover th...
Percuma Je Lee Seunggi Kembali Menemui Peminat Di Kuala Lumpur November Ini

Percuma Je Lee Seunggi Kembali Menemui Peminat Di Kuala Lumpur November Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 293 hits
Nampaknya Lee Seung gi akan sekali lagi menemui peminat di Malaysia pada tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru One TV Asia telah mengumumkan bahawa Lee Seung gi akan terbang dari Korea ke Malaysia untuk menghadiri acara ONEderful Day with Lee...
6 Tempat Makan Dim Sum Halal Best Di Kuala Lumpur

6 Tempat Makan Dim Sum Halal Best Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 328 hits
Dim sum merupakan sejenis masakan Cina popular yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melayu Ianya merupakan hidangan ringan yang bersaiz kecil dan biasanya disajikan di dalam pengukus mangkuk buluh Menariknya dim sum boleh ...
Kemampanan Di Atas Pinggan Inisiatif Hijau Di Makan Kitchen Doubletree By Hilton Kuala Lumpur

Kemampanan Di Atas Pinggan Inisiatif Hijau Di Makan Kitchen Doubletree By Hilton Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 334 hits
Salam sejahtera kepada korang pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati makanan yang sedap sedap satu daripada nikmat hidup Bila dah dap...
Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon Klscm 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon Klscm 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 372 hits
Info penting untuk anda yang bercadang untuk masuk ke ibu kota pada hujung minggu ini dimana pada waktu tersebut akan banyak perlu penutupan jalan sempena acara KLSCM 2023 yang berlangsung Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2023 merup...
Malaysians Are Taking Off For Kuala Lumpur And Singapore This Year

Malaysians Are Taking Off For Kuala Lumpur And Singapore This Year

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 320 hits
Agoda reveals most popular flight destinations for Malaysian travelers As travelers take to the skies once again digital travel platform Agoda shares the top domestic and international flight destinations of 2023 so far In Malaysia the most...
Pengertian Dan Sejarah Istilah Judi Bola Di Indonesia

Pengertian Dan Sejarah Istilah Judi Bola Di Indonesia

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 347 hits
Pengertian dan Sejarah Istilah Judi Bola di Indonesia Judi bola telah menjadi salah satu bentuk hiburan yang populer di Indonesia Bukan hanya sebagai sarana untuk menghasilkan uang tetapi juga sebagai cara untuk meningkatkan kegembiraan saa...
Hampir Berdiri Setengah Abad Begini Sejarah Tk Gudang Peluru Jaksel

Hampir Berdiri Setengah Abad Begini Sejarah Tk Gudang Peluru Jaksel

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 239 hits
TK ini pernah menjadi sistem pendidikan percontohan yang dilakukan Pemprov DKI Jakarta
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy